Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Detik mula hidup berumahtangga..


Pejam celik,pejam celik sudahpun 2 bulan diri ini bergelar isteri kepada seorang suami... Alhamdulillah! Semoga rumahtangga kami sentiasa dilimpahkan mawaddah dan sakinah selamanya..InsyaALLAH!


Ujian?

Manusia diberi anggota badan untuk membuat pekerjaan. Akan ada saja kerja yang ingin dilakukan sehinggakan tidak punya masa untuk berehat. Apabila kita demam, Sistem badan secara automatik menjadi lemah. Kita sama sekali tidak punya kekuatan dan keinginan untuk melakukan kerja. Ini bermakna, tubuh kita perlukan rehat. Jadi, kepada diri ini, yang telahpun hadapi demam, dan andai demam lagi pada masa akan datang, perlulah banyak bersabar kerana Allah anugerahkan demam supaya anggota tubuh kita berehat.



Demam yang menimpa ini juga adalah anugerah Allah SWT di atas dosa-dosa yang dilakukan selama ini. Ini tandanya masih ada kasih sayang Allah untuk kita sebagai hamba sentiasa melakukan muhasabah diri diatas kesilapan yang dilakukan.Disaat kita demam, sudah pasti kita lebih menghargai waktu sihat. Jadi, waktu sihat perlulah digunakan sebaik-baiknya untuk melakukan amal ibadat kepada ALLAH S.W.T.



Dan, kini Allah kembali menganugerahkan kesihatan. Alhamdulillah. Ini, bermakna Allah kembali membuka peluang kepada kita untuk kembali menebus waktu sakit dahulu.. Jadi, gunakanlah waktu sihat untuk perkara-perkara yang baik. Semoga diri ini sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi mehnah dariNya.. InsyaALLAH!






Begitu juga dengan pekerjaan. Kita cuba lakukan yang terbaik. Tp, pasti ada tidak memuaskan hati sesetengah pihak. Jadi, ada lagi yang harus kita perbaiki. Kadang, ada juga perasaan geram dengan pelajar. Kita bercakap perkara yang sama. Dan hampir setiap kali juga, mereka membuat kesalahan yang serupa. Agak menyakitkan. Tp, mungkin itu adalah ujian. Ya, ujian kepada kita sebagai pekerja dan hambaNya..


Semoga , Allah memurahkan rezeki kali ini untuk mendapat pekerjaan sebagai seorang guru, yang sudahpun begitu lama menjadi impian. InsyaALLAH! Dengan izinNya, kami mendapat pekerjaan tersebut. Dan, semoga Allah memurahkan rezeki kami mendapat zuriat yang soleh dan solehah.Amin.



Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer