Pepohon cintaku kian merimbun
semakin dicantas semakin bertunas
tidak mampu mendustai hatiku
rasa cinta fitrah manusia
siapalah aku, menolak cinta yang hadir dijiwa
tanpa dipaksa hidup ini tidak akan sempurna
tanpa cinta dari tuhan yang esa
Adam dan Hawa bercinta di syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia bertemu di dunia
Kerana cinta, kenal pencipta..
Dengan cinta kenal rasulnya
Kerana cinta, kenal saudara,
Bahagia keluarga.
Adam dan hawa bercinta disyurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia bertemu di dunia
Kerana cinta, kenal pencipta..
Dengan cinta kenal rasulnya
Kerana cinta, kenal saudara,
Bahagia keluarga.
Hidup tanpa cinta meranalah jiwa
Sengketa dan dusta, yang merajai jiwa
Dibatasan cinta, syariat terjaga .
Tanpa keraguan, tanpa kesangsian.
Betapa sucinya kasihMu Tuhan
betapa agungnya kebesaranMu,
Hidup ini mengharapkan cintaMu,
Kekalkanlah rasa kehambaanKu.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer