Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-52


31 ogos adalah satu tarikh keramat yang mana Malaysia telah berjaya mendapat pemerintahan sendiri.Dalam erti kata yang lain , Malaysia telah bebas dari penjajah.



Kita dapat lihat di kaca television, sambutan kemerdekaan tetap dibuat di Stadium merdeka sekalipun sekarang Malaysia sedang dilanda H1N1, dan mereka tetap bersemangat walaupun ini merupakan bulan Ramadhan yang menuntut umat Islam seluruhnya berpuasa.Kita semua berbangga dengan semangat yang ditunjukkan demi meraikan hari kemerdekaan tersebut.



Tetapi, cukupkah kalau sekadar semangat yang kita ada semasa menyambut hari kemerdekaan tersebut? Yang nyata, pemikiran kita sebenarnya belum merdeka.Anak-anak muda terkinja-kinja di kelab-kelab malam, disko2, dan berkepit disana sini.Rambut perang, pakaian cukup menjelikkan mata memandang.Begitukah caranya bangsa yang merdeka? Mengambil identiti barat, menjadikannya sbg identiti kita sendiri..Menjadikan Barat sbg icon kpd pembentukan diri.....



Oleh itu, wahai anak bangsaku. Marilah kita memerdekakan diri kita sepenuhnya. Jadikanlah cara hidup Islam sebagai identiti diri kita dan nabi Muhammad S.A.W sbg icon kita...Sebetulnya, kita sudah punya icon sendiri yang jauh lebih baik daripada yang ada di Barat sebagaimana yang telah didasarkan dalam Al-Quran kalamullah.




Apapun, sy sangat mengharapkan diri saya dan umat Islam seluruhnya dapat menghayati kemerdekaan serta memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Tag dr Piya

1. Anda rasa anda Hot?
xlah hot mn...biasa2 jerr kot.

2. Upload gambar kesayangan anda.


3. Kenape anda suka gambar ini?
sebab gambo ni adalah gambo hr penting aku..ingat lagi...mmg saat yg mendebarkan aku.. Rasa cam xcaye pon ade..Lg plak aku suka gambo nim sbb ade gambo satu-satunya nenek aku. Yg bnyak menjadi peneman setia aku msa2 lapang. Jadi, xheranlah klu perangai aku pon ada iras2 nenek. cakap pon mcm org tue lama.hahaahaa.

4. Bile kali terakhir anda makan pizza?
opsss. masa misah wak alik pizza.. baru lagi wase...klu xsilap bulan 7.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
lagu....pasal mati-mati. Bila aku dngr je, rasa sayu jerr..pergi tak kembali(rabbani)...ngan mati(hijjaz)..

6. Ape yang kamu buat sambil selesaikan tag ni?
buat ape??buat blog ni jelah....abih pia tu.. xmenyabor nk bacenye ha!..eiii, dahla aku ni lmbat menaip! Sabar, sabar piya ehh!

7. Selain dari nama sendiri anda suka dipanggil dengan nama ape?
Nur Falah(Sbb maknanya tu), Ida(panggilan manja) heheeeh.

8. Tag lagi 6 orang tanpa kekesalan.
-Shidah-
-Kak Wien-
-Ajan-
-Kak Ba-
-Naim-
-Firdaus-

** siapa no. 1 kepada anda?
Ex housemate aku dulu. Masa kat wangsa maju....Aiii, pandai masak ni...Power...peh. Klo korang makan masakan dia......Mimpilah korang kat dia. Sbb tulah ade org tu pergi rmh dia smpai xreti2 nak balik umah! hahahaha.

** bagaimana pulak dengan no. 3?
Ni, budak Pahang,kwn aku mse g wat demonstrasi ngan dia ari tu(housemate akulah)...Tanyalah dia, mcmmn bau asap yg FRU sembur tu.. Dia tau tu...

** pendapat anda pada no. 4?
Kak Ba, kwn aku mase g kat plaza GM, G beli tudung ngan dia, Boleh lak, lpas penat2 beli, tertinggal kat plaza gm..huhu,,Klako.. klako...

** kata sesuatu tentang orang ke-2
Ni lak, Kak Rock aku(Housemate gak)...Klo korang nk tau, dia ni, awek Tomok tau... Korang nk tau ape pasal Tomok. Tanye je dia.. Compem dia jawab dgn tepat-setepatnya. hehee.i luv u.......
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

1. Anda rasa anda Hot?
xlah hot mn...biasa2 jerr kot.

2. Upload gambar kesayangan anda.




3. Kenape anda suka gambar ini?
sebab gambo ni adalah gambo hr penting aku..ingat lagi...mmg saat yg mendebarkan aku.. Rasa cam xcaye pon ade..Lg plak aku suka gambo nim sbb ade gambo satu-satunya nenek aku. Yg bnyak menjadi peneman setia aku msa2 lapang. Jadi, xheranlah klu perangai aku pon ada iras2 nenek. cakap pon mcm org tue lama.hahaahaa.

4. Bile kali terakhir anda makan pizza?
opsss. masa misah wak alik pizza.. baru lagi wase...

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
lagu....pasal mati-mati. Bila aku dngr je, rasa sayu jerr..pergi tak kembali(rabbani)...ngan mati(hijjaz)..

6. Ape yang kamu buat sambil selesaikan tag ni?
buat ape??buat blog ni jelah....abih pia tu.. xmenyabor nye nk bace..eiii, dahla aku ni lmbat menaip! Sabar, sabar piya ehh!

7. Selain dari nama sendiri anda suka dipanggil dengan nama ape?
mek bunga, tu mase aku dok kg. Agoknye sbb aku manja ngat kot. Ye r . siket2 jatuh. siket2 pengsan. Ayam amik mknn aku, pop..pengsan. Aisyy, apalah. Manja nor yee.. kat sekolah org panggil shidah .kat u lak.. org panggil shida...kat spike..Aiii, awat ramai nor yg nma shida ni? Last2 aku terpaksa mengalah. Org panggil aku Ra..tp, Saiful panggil Nur Falah. Budak2 KE lak panggil Rashidah. Fiance aku panggil ida..heheeee
8. Tag lagi 6 orang tanpa kekesalan.
-Shidah-
-ieydah-
-kak herma-
-diana-
-a'aa-
-eyna-

** siapa no. 1 kepada anda?
member opis yg agk kecoh orgnyer....hidup kak ra...hehe...

** bagaimana pulak dengan no. 3?
baru je melangsungkan perkahwinan bulan 6 baru ni...

** pendapat anda pada no. 4?
kawan yg aku knl dalam blog...

** kata sesuatu tentang orang ke-2
kawan zaman koloh ni....semoga berbahagia ngan suami tercinta...
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Sempena Ramadhan ini.......

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ni........Sy mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua.. Andai ada terguris rasa, terkasar kata.. Halalkan yang termakan dan terminum. Segala kesalahan yang sengaja atau yang xsengaja, terumpat, termengadu atau segalanyalah yang boleh mengundang kemarahan dan melukakan hati anda semua........Maafkan saya!maafkan saya..Maafkan saya!Semoga Ramadhan yang datang pada kali ini membawa 1000 macam makna pada kita semua....Tingkatkan amalan, tiadakan kemungkaran. Dekatkan diri dengn AllahS.W.T, Jauhkan diri dari nafsu Syaitan..

Semoga ibadat puasa kita diterima Allah S.W.T. InsyaAllah!
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

16Ogos2008-kenangan di rumah anak yatim

Syukur, kerana sy adalah antara orang yang dapat pergi ke rumah anak yatim dan tahfiz di Taman Wilayah, Selayang.
Dan, sungguh luarbiasa, mereka yang sekecil 6 tahun sudah disuruh menghafal Quran. Dan yang paling menarik, kecik2 dah pandai lilit serban.Amat bagus.

Andai semua anak2 masa kini, diajar tatacara kehidupan yang sedemikian.. Sudah tentu, gejala sosial dapat dikurangkan..Tp, apa yg dapat kta lihat skrg ank2 sekecil itu, berada di pentas2 hiburan..


Lalu, bagaimana mungkin bala Allah dapat dielakkan. Gejala H1N1 semakin meningkat..Dan, itulah antara langkah berjaga-jaga. Iaitu memakai "mask". Rasa sesak nafas, atau dalam erti kata yg lain LEMAS dan gatal seluruh muka akibat mask yg dipakai. Tp, apa nk buat. Mencegah lebih baik drpd mengubati...
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Pengalaman pertama drive kereta


Saat yang kutunggu2 akhirnya tiba jua..Tepat 1.30 tghr, aku sudah terpacak di tempat menunggu bas.Lalu kuhantar mesej kpd en azhan. Aisyy, mn pulak no phone en.azhan ni..?


Sejak menggunakan telefon aku rosak dahulu, sehinggalah telefon yang sekarang ni, aku seolah-olah sudah terbiasa tidak maenyimpan no phone. sbb tulah agaknya, aku tercari-cari no phone en Azhan. Lalu kuimbas mesej2 terdahulu. entah mcmmn aku boleh terhantar mesej tu dekat en azhan yg mn mesej tu berbunyi" encik, esok saya nk kna tunggu pukul berp yea?


Lantas aku mndapat panggilan drpd en azhan. Salam, Rashidah, bukan esok tau. Tp, hr ni...Ye encik, sy tersalah hntr mesej..huhuu...Itulah, sape suruh xsave nombor phone!
Sampai2 jea, aku tunggu cikgu datang. Yang terbayang kat mataku, cikgu tu tua, garang!Rupanya, muda lagi cikgu tu....Nasib baik muka jenis senyum. Lega sket aku..Aku lak senyum buat2 sbb nk cover takut...


Klo ikutkan cikgu tu, dia nk bwa aku terus ke jalan raya.. Tp, aku mntk nk wat kat dlm track dia..2 pusingan.Agak2 dh berani, aku bwa keta kat jln raya..Bengkang bengkok jalannya..Sekejap ketepi, sekejap ke tengah.Malu xpayah nk ckplah. Sbb buta bawa keta...Sampai monyet kat tepi jalan pun sempat lagi buat muka kat aku yang xpandai ni..Yelah monyet! Mentang2lah aku xpandai bwa keta, kau sempat lagi perli2 aku yea..Aku sahut cabaran kau, monyet!


Agak mencabar bwa keta ni.. Maklumlah, first time.. Apa yg aku kna ingat!Buka je suis keta, tekan gear pelan2, agak2 rsa cam nk gerak tu, tariklah handbreak..tekan gear 1, tekan minyak slow2...mcmmn nk tukar gear, n nk u-turn.Klo setakat ingat bolehlaa. Tp, bila dah bawa sndiri, tindakan dah xselari dengan fikiran.mcmmn tu yer?


Punyalah syok bwa keta, sedar2 je dah cukup 2 jam. huhhuuu...Perasaan smngt aku yg agak berkobar2 sebelum ni, start dr ambik test, skrg baru rsa agak menurun. Tp, mngenangkan aku mesti ada lesen keta. Aku kena terus bersemangat. Skrg en Azhan col lagi.RAshidah, awk nk blajar keta xesok? Errr...esok ye Encik? Maaf, saya ada hal! Debaran yg tadi pon lom hilang. NAsib baik aku dah ade appointment nk g kat umah anak yatim tu...huhuu.


InsyaAllah, next week pulak.. InsyaAllah, aku terus diberi semangat yg berkobar-kobar. Dan. InsyaAllah, aku xade halangan untuk aku meneruskan pelajaran yang seterusnya....

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Gambar sekadar hiasan..tp coretan itu....

Hasil suntingan semasa tahun 2006 dahulu....


Inilah coretannya lbh kurang...


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.



Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.



Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.



Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.



Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.



Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?



Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.



Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?



Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!



Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?



Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.



Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.



Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.


Adam,
percayalah,bukan emas yang kucari, bukan berlian yang kupinta,tp hanyalah hati yang tulus darimu Adam. Dengarlah keluhan hatiku buat dirimu.....


Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

kem Sri Raudah dalam kenangan(8-9hbOgos2009)

Gambar kenangan usrah Team.......

heh!

Di Batu 12...seramai 24 org.

Walaupun, x main paintball, tp lekat juga tanda kat betis.huhuuu..knngan!
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Influenza A(H1N1)..Takutlah amaran Allah


Sekarang wabak Influenza A(H1N1) semakin menular di negara kita..Malahan seluruh penduduk dunia.. Apakah kita masih belum tersedar dari lamunan yang panjang?
Memandangkan manusia sekarang semakin lama semakin lupa pada diri masing2. Sudah lupa bahawa mereka hanyalah hamba yang didatangkan hanya sementara. Dan bila tiba masanya akan dijemput pulang. Buktinya dapat kita lihat, makin ramai yang meremehkan amal makruf nahi mungkar iaitu membuat yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.


Apa yang kita nmpak sekarang bnyak muda mudi yang rosak akhlak, meremehkan solat, tidak menutup aurat dan sebagainya.. Dan bnyaklah pula yang membuat apa yang dilarang. Antaranya termasuklah minum arak, zina, arak dan sebagainya.. Seolah2 manusia pada masa sekarang sudah tidak boleh dikawal lagi.. Dan kita semua sudah sedia maklum dengan kemarahan Tuhan. Begitu banyak cerita-cerita pengajaran nabi-nabi yang terdahulu. Tidak takutkah kita kpd bala Allah S.W.T?


Mengapa kita semua masih lagi menutup mata? Tidak cukup dengan Tsunami(gelombang biru yang begitu diagung2kan), SARs dan sekarang pula influenza A(H1N1)..Bala Allah datang tanpa berlengah-lengah. Melanda semua orang. Samada yang beriman ataupun tidak. kerana itulah kemarahan Tuhan. setelah apa yang dititipkan kpd hambanya diingkari.


Influenza A(H1N1) adalah peringatan dari Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya termasuklah aku yang sangat kerdil dimataNya. Maka, sy seru kpd saya juga kalian muslimin dan muslimat, marilah kita semua muhasabah diri... Banyak manakah amalan kita untuk dibawa kesana? Knp kita begitu tegar melibatkan rakan-rakan muslimin dan muslimat dalam kemarahan Allah S.W.T??

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Terperangkap dalam rusuhan dan gas pemedih mata

1 Ogos 2009
ni..masa tngah aman lagi kat dalam sogo.....


Pengalaman kna gas pemedih mata..Itu adalah pengalaman pertama seumur hidup saya...
Tak tahulah siapa yang harus disalahkan. Diri sendiri, org2 yang wat rusuhan atau FRU. tp, yang pastinya org2 awam seperti saya yang menjadi mangsa. Diri sendiri...
mungkin jugak bersalah. Sbb tidak tahu pasal rusuhan x baca berita semasa..Org yang wat rusuhan. Dah tau, wat rusuhan pon xdapat pekdah baik xpayah buat. Sbb FRU tetap menang. FRU plak mmg salah besar. Main sembur sesuka hati..Xfikir langsung org awam.
Gambar ajan pegang adik afifah. msa kitaorg tngh buntu, xtau nk tuju ke mana.. Kesian...


Aku yang tngah ketakutan. Lari dari gas pemedih mata FRU...Tngoklah muka pon.. Mmg takut habis...Dan org2 lain yg jugak ketakutan. Siren polis disana sini...MMg menakutkan! Anda fikirkanlah!Mengapa keadaan sebegini yang dipilih? Bagaimana dgn rakyat palestin?
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer