Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Jgn kau hampiri zina

Jgn hampiri membawa maksud yg sngt dalam..


Menjadi wanita itu adalah satu anugerah yg terindah. Meskipun begitu, bagaimana kaum Hawa dapat menghindarka diri drpd kejahatan tangan makhluk yg bernama kaum Adam?




Pertama sekali, sudah tentu dgn menutup aurat dalam erti kata yg sebenarnya.
Kedua, jgnlah bercakap dgn selunak2 suara.
Ketiga, berjalanlah dgn lenggok gaya yg biasa2 sj. Bkn yg menarik perhatian.
Keempat, xperlu terlalu berwangi2an.
Kelima,Tundukkanlah pandangan krn pandangan mata seorg wanita adalah panahan Syaitan.



Tetapi, bagaimana pula setelah seorang wanita menjaga akhlak dirinya, tetapi masih lagi menjadi tumpuan kaum Adam. Kenapa, sampai begitu sekali mereka ingin menguji kaum wanita? Tidak cukup lagikah kamu merosakkan perempuan2 di jalanan? Adakah kamu menyahut cbrn kaum sejenismu sehinggakan sangggup mendekati prmpuan2 yg menjaga auratnya....untuk dipermainkan?



Menyedihkan, apabila seorg lelaki yg berpelajaran tinggi tidak berfikiran selayaknya dia berfikir. Ego dan nafsu yg menguasai diri membutakan mata hati untuk menilai kebaikan dan keburukan. Ah, lautan dalam jgn kau duga, kelak dikau akan merana, wahai lelaki pemusnah!Jgn kau samakan wanita yg menjaga agama mereka dgn wanita jalanan, yg masih mentah. Begitu rela menyerahkan diri mereka kpdmu..



Kamu wahai Adam adalah pemimpin, iaitu pemegang amanah dan tanggungjawab. Segala yg berlaku akan dipersoalkan kpdmu kelak. Dimanakah anakmu? Amal solehmu? Jadi, kamu harus ada IHSAN. IHSAN boleh mengelakkan kamu drpd melakukan perkara2 maksiat, menjadikan kamu sbg org2 yg bertakwa kpd Allah...




Apa yg aku harapkan, semoga aku dihindari drpd kekejaman tangan kaum lelaki yg tidak bermaruah yg menjadi panahan Syaitan. Aku kesian kpd kaum Hawa yg menjadi mangsa kerakusan lelaki. Mereka menjaga diri sebaik mungkin, tetapi dianiayai hidup2..Tidak adil untuk wanita yg menjaga perbatasan mereka,dimusnahkan tetapi apa nk dikata itulah yg dinamakan ujian ke atas meraka..lantaran tangan2 buas yg tidak bertanggungjawab!
Nauzubillah!



Oleh itu, aku menyeru kpd kaum Adam. Marilah kita sama2 menjaga perbatasan pergaulan sesama kita.. Kalau yg menghindarkan itu hanya drpd satu pihak saja, gejala sosial xakan dapat dikurangkan.Jd, dua2 pihak kena ambil tindakan sewajarnya. Kawallah nafsu dengan akal dan iman. InsyaAllah, selamat dunia dan akhirat!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Pembuangan bayi

Pembuangan bayi boleh dikatakan hampir saban hari dikeluarkan dalam berita.Masalah social dikalangan remaja pada hari ini sangat membimbangkan.Apatah lagi, kejadian-kejadian yang berlaku banyak didedahkan di Terengganu. Negeri yang dahulunya rendah dari segi catatan masalah sosialnya. Tetapi, hari ini,kita dapat lihat, Terengganu sudahpun menjadi Negeri yang memalukan. Aku sbg rakyat Terengganu, amat kecewa dengan segala macam kerosakan yg berlaku di Negeri sendiri..

Yang pastinya, Semua ini menunjukkan betapa maruah remaja kita sekarang ini berada di tahap terendah! Sangat menjijikkan. Aku juga tidak tahu bagaimana lagi ingin mencegah masalah social yang berlaku pada hr ini. Banggakah wahai rakyat Terengganu dgn apa yg berlaku?

Kalau dulu H1N1 merebak dan kemudiannya beransur hilang. Tp, kini muncul lagi..Adakah kita semua tidak sedar dengan balasan Allah. Mahukah kita menjadi seperti kaum Thamud, kaum Add yg sebelum ini dilaknat Allah drpd muka bumi ini lantaran kekufuran mereka terhadap perintah Allah. Adakah kita mahu mengecewakan penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. Berbaloikah Nabi Muhammad S.A.W bermati-matian memperjuangkan Islam jika ini balasan kita, jika inilah akhlak yg kita tunjukkan?

Sedarlah wahai umatku dgn apa yg tlhpun berlaku..Jangan hanya berpeluk tubuh. Buatlah apa cara sekalipun demi menyedarkan muslimin dan muslimat keseluruhannya. Bila kita mengaku kita Islam, berpeganglah kpd ajarannya. Apabila kita mengaku Allah Tuhan kita, patuhilah ajaran dan larangan-Nya. Kita harus ingat,bahawa kemurkaan Allah S.W.T itu sangatlah besar. Jangan sampai kemurkaan Allah ditahap tertinggi baru kita nak insaf. Saat itu tiada gunanya lagi. Nasi sudahpun menjadi bubur, kerana kita tidak akan pernah mendapat kemaafan Allah lagi dan nerakalah tempatnya..

Disimpulkan, dr riwayat imam-imam dan hadis, Inilah antara org2 yg tidak dapat mencium bau syurga..

a) Org2 yg mengabai dan mensia2kan tangggungjawab yakni:-
(i) Tanggungjawab ibu bapa kpd ahlinya..Anak-anak terbiar tanpa didikan ibu bapa- Ibu bap abaca Quran hr2, tp anak huruf pun xkenal.Mak pakai tudung, anak2 lantaklah, ibu bapa ke masjid mengimamkan solat untuk org ramai, tp anak- entah kat disko mana? Begitulah juga dgn lagak sang suami yg mngabaikan tanggugjawab rohani terhadap isteri2 mereka..xsolat xpe,pakai baju nipis dpan khalayak pun xpe, dah dia yg belikan.…malah, cantik pula katanya. Ada ke patut?
(ii) Tanggungjawab imam terhadap makmum
(iii) Tanggunjawab ulamak terhadap umatnya
(iv) Tanggugjawab pemimpin terhadap rakyat.

b) Org yg mencari ilmu tp digunakan ilmunya untuk kepentingan duniawi semata
c) Org yg sering bertangguh untuk beramal…Contohnya,Nantilah, sampai seru baru pakai tudung.
d) Semua penderhaka
e) Peminum arak
f) Org yang suka memutuskan perhubungan silaturahim
g) Org2 yg sombong
h) Org2 yg berzina
i) Isteri yg minta diceraikan.

Oleh: Ust. Amaluddin Mohd Napiah


Nauzubillah. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan.
Oleh itu, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Amal makruf NAhi mungkar. Aku rasa terpanggil untuk menyatakan kekesalan lantaran banyaknya kerosakan akhlak dikalangan remaja yg dikatakan beragama Islam pada abad ini..



“Sampaikan olehmu walaupun satu ayat yakni yg membawa kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sama2lah kita beramal demi mencapai kehidupan d akhirat kelak.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

NASIHAT KEHIDUPAN

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

Dr seorg teman buatku....
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer