Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Yang bernama hati

Duhai hati,
Kanapa harus bersedih?
Sedangkan saat kau berduka lara,
Tiada siapa yang mahu berkongsi,
Saat kau perlukan teman,
Tiada yang ingin menemani,

Duhai hati,
Mudah benar terguris,
Oleh satu kaca kata,
Yang menikam,
Lantaran, satu putusan,
Yang perlu di noktahkan.

Duhai hati,
Betul kau terasa sangat susah,
Tp, siapa yang peduli dengan kesusahanmu?
Siapa yang mengerti akan keperluanmu,
Tiada siapa2, bukan?

Lalu, Kenapa kau harus terasa berat dengan kesusahammu?
Seharusnya, kau tabah,
Sabar menempuhinya, sendirian.
Iya, sendirian..

Kerana, suatu saat, kau juga akan bersendiri,
Menuju alam kekal abadi,
Menunggu panggilan dr Yg Satu,
xperlu terkilan,
Andai ada yg xdapat Kau tunaikan,
Andai ada yang xdapat Kau miliki,


Duhai hati,
Kau resah dan gelisah,
Memikirkan masa depan,
Tp, siapa yang peduli dengan kegelisahanmu?
Lalu,sendiri lagi,
Sendiri bertemankan sepi,

Duhai yang bernama hati,
Mungkin sudah takdirmu,
Hadapi segenap ujian,
Tanpa siapapun yang sanggup bersama denganmu,
Sepantasnya, kamu perlu ingat,
Bahawa, kamu di sini hanya sementara,

Andai takdirnya, kau bersendiri,
Redhalah,
Kerana, kamu sebenarnya, masih ada Dia,
Dia yang selamanya di hati..
Tp, andai ada insan yg sudi mememani,
Syukurlah pada Dia,
Yg bisa memberi,
Seorang insan, sbg wasilah dr-Nya untuk-Mu,

Dia, yang memberi kau walau senafas udara,
Menyediakan meskipun seteguk air,
Menyediakan rezeki, walau dalam sekecil2 rezeki,


Duhai hati,
Kau harus percaya,
Allah tidak akan pernah mensia2kan hamba-Nya,
Dalam segenap sudut di dunia ini,
Dia sentiasa mengambil berat terhadapmu,
Sentiasa memerhatikan gerak langkahmu,
Selalu dapat membaca apa yang terlintas olehmu,
Seharusnya kau tahu, Dia sangat menyayangi hamba-Nya,


Kaulah di antaranya.
Hati-hati yang terpilih, olehnya,
Untuk menerima kesusahan demi kesusahan,
Kerana kesusahan itu adalah ujian,
Yang akan menjadi kekuatanmu,
Dalam menongkah arus kehidupan,
Yang tidak pernah berkesudahan,
Sehinggalah,
Kau diambil-Nya…

Dan aku,
Akulah yang memiliki hati itu,
Tidur xlena, Mandi x basah, Makan x kenyang,
Hati yang perlukan pengorbanan,
Hati yang perlu hadapi setiap kesusahan,

Lalu?
Hati ini, seharusnya ikhlas,
Dalam menerima setiap mehnah,
Yang diberikan oleh-Nya.

Dan seharusnya, hati ini,
Sedar,
Akan setiap aturan-Nya,
Akan tiba juga saatnya,
Muncul mentari gilang gemilang,
Menerangi kehidupan.
Yang suram dan kelam.

Bingkisan sendu,

Dr insan.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Apabila lelaki perasan bercerita


Hurm, dia ni hensem. Ramai perempuan berminat. Keliling pinggang..Woo..Punyerlah dasyat!Asyik terasa bangga bila perempuan muda panggil dia abang walhal dia dah pun layak dipanggil atuk...Ada isteri. Tp, masih mencari perempuan diluar. Xmau kawen. Katanya kawen ramai2 bazirkan duit.Bukan terasa segan dgn pernyataan sebegitu, tp rasa begitu bangga bila bercerita... Xada langsung dalam diri dia rasa berdosa. Katanya itu anugerah Tuhan padanya. anugerah Tuhan? Mudah menjinakkan perempuan. Konon nk suruh aku kagum dgn dia...Heyyyy! Aku jelik mendengarnya...


Itu baru bab perempuan. Bila masuk bab pekerjaan pulak. Dia paling berkuasa di kawasan tu... Dia berhak buat apa saja.. Org yang dah dapat kelulusan pun , dia kata dia boleh sekat lagi... Lihat! Betapa berkuasanya dia...Hinggakan ular pon boleh tunduk dengan dia... Wah, Hebatnya! Nak kata dia lupa, tp dia boleh lagi bercakap pasal munajat dia pada Tuhan... Hurmm. Mcmmn agaknya yer?


Lantaklah dia nak buat apepun. Aku pedulik apa! Selagi dia xsekat periuk nasi aku. Citerlah. sampai berbuih2 mulut pun. Yg jadi mslhnya, dia suka sangat ugut aku. Konon aku ni bukan apa2 pada dia...klo dia nak buang aku bila2 masa jer..aku ni setaraf je dgn tukang kebun. Ceh! skali skala terasa cam melukut di tepi gantang jerr...Selalu jer rasa bimbang.. Dan bila aku lari dari dia, seakan dia nak tahan aku jerr. Alasannya, aku membelakangi dia.. Mmg aku xberitahu dia, tp aku xpernah berniat nak membelakangkan dia... Kata si Saufi, dia xberhak menghalang kita....Nak tukar xperlu inform pada dia pon. itu hak kita. Entahla.... Harap2 mcmtulah..


Apa yang aku harap. Biarlah aku dapat lari daripada dia. Meskipun surat pelepasan dan kelulusan dari pihak yang berhak sudah pun aku dapat, Tp, kalau dia gunakan kuasa dia tuk buruk2kan aku, xdapatlah aku nak lari...Begitulah ugutnya padaku..Segalanya mungkin. Aku berharap sangat, moga2 Allah lembutkan hati dia untuk aku.. Melepaskan aku dengan tenang. Tanpa rasa sebagaimana yg dia katakan. Biarlah aku pergi, andai itu boleh mengelakkan aku daripada mendengar perkara2 yang tidak sepatutnya..

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Musim cuti sekolah


Biasa..musim cuti sekolah. Saya akan keseorangan di rumah sewa...huhuuu...Duk sorang2 kat umah sewa ni...bisa hilang selera makan.. Kuih muh terasa pahit, nasi lemak terasa hambar, air teh kegemaran pon rasa semacam jer...Kenyang jer memanjang..Ntah lerr..Hantar email ke PPD Marang..Maklum. Kat sekolah xdapat nak send.Alang2. minum airlah sat.


Lam hati ni.. rasa cam sayu jer..Ntahnyer... ingat apa lah agaknya....Jgn berada dalam kesunyian. Syaitan akan mengganggu! Huhuuu..Elakkan Syaitan. So, apalagi. Time nilah nak dekat2kan diri dengan Dia... Mengadu pada Dia.. InsyaAllah dia memahami apa yang kita rasa.



Sememangnya kita perlu begitu..mengingati 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain. Terkadang kita berfikir2 untuk membuat kebaikan. Menunggu saat yang sesuai untuk memberikan bakti kita kpd seseorang. Adakah seseorang itu akan terus tetap disitu? Yakinlah,Kita akan menyesal apabila seseorang itu berlalu tanpa berpaling lagi kepada kita. Dan kita tidak sempat memberikan bakti yang kita hajatkan


Yang pastinya....

Semuanya kita yang menghalatujukan arahnya! Walaupun begitu, berserahlah kpd Dia.. Kerana sehebat manapun perancangan kita, Dia lebih hebat dalam merancang..Ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya...


Jadi, jangan sesekali biarkn diri bermimpi di siang hari.. Kerana khayalan tidak akan pernah membawa kita kemana2, jika tidak disertakan dengan tindakan.Hidup ini penuh dengan warna dan corak...Dengan corak2 inilah, kita dapat mengenal keindahan ciptaan-Nya...

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer