Bermula detik diri ini menjadi seorang isteri kepada suami… Alhamdulillah. Bercinta selepas kahwin. Percintaan yang lebih suci dan murni. Lebih indah dan nikmat. Abang. Itulah ungkapan yang kupendam selama ini, akhirnya terungkap jua. Panggilan yang sangat istimewa hanya untuk seorang yang istimewa bergelar suami..Alangkah indahnya hidup berumah tangga. Nikmat yang Allah anugerahkan padaku…Nikmat seorang suami yang soleh.. Dambaan setiap wanita..Dan akulah wanita yang bertuah itu..
Abang.
Bimbinglah Ida supaya sentiasa berada di jalan-Nya. Ida akan berusaha sedayanya untuk menjadi seorang isteri yang solehah kepada abang. Isteri yang sentiasa di hati abang. Ida sangat bahagia miliki suami seperti abang. Andai ada khilaf Ida, tegurlah. Ida sedia menerima dengan terbuka setiap nasihat dan teguran dari abang. Semoga bahagia mengiringi kita hingga ke syurga.
Terima kasih abang atas segalanya. Syukur kpd Allah yang menganugerahkan seorang suami padaku..Alhamdulillah!