Malam tadi, aku pergi hantar adik umi dengan kereta. lalu, kumaklumkan sepatah kepada si dia yang kucintai.. Selepas kuhantar, tiada blsn kuterima.. Urm, mungkin masih awal, atau pun dia xmenyedari mesejku..
Pulang dari mengahantar adik, masih tiada jawapan dari dia.. kemanakah? Mengapa? Dimana dia? Pelbagai persoalan muncul dibenakku.. Emak ajak makan nasi, tapi seleraku terus hilang.. " Xmengapalah mak, tak lapar. " Kataku...RAsa bimbangku mengatasi selera makanku.. Urmm.
Sementara menunggu mesej dari dia, aku menonton televisyen. Mengisahkan sebuah keluarga yang tunggang langgang. Seorang suami memberi makan anak dan isteri dengan harta haram. Dan langsung tidak menitikberatkan soal sembahyang. Anak menjadi bohsia, dan isteri melawan. Sangat hancur keluarganya.Suami langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan anak-anaknya. Isteri yang tidak tahan dengan tekanan hidup pula mahu membunuh diri. Betapa singkatnya fikiran. Adakah dengan membunuh diri, akan hilang segala tekanan hidup? Adakah dengan berasuah, akan cepat menjadi kaya. Sebetulnya tiada jalan yang singkat di dunia ini. Kita perlu kembali kepada ALLAh.
Allah tak akan menguji hambanya, diluar kemampuan. Dan kita seharusnya sabar dan tabah dengan setiap ujian dn dugaan
Pengajarannya, kehidupan kita penuh dengan onak dan duri. Bekerluarga adalah satu fasa kehidupan yang penuh dengan kerumitan. Dan harus kita ingat, bahawa Islam tidak pernah merumitkan keadaan, melainkan kita sendiri yang merumitkannya.
Dalam melihat cerita tersebut, aku menerima mesej.. " Abg pergi ke Danau Kota, makan." Betapa leganya, hati ini.. Alhamdulillah!. Abang, Ida sangat memerlukan abang. Apapun yang abang lakukan, Ida teringin untuk mengetahuinya. Abang sedih, gembira. Apapun, perasaan abang, kongsilah dengan Ida. Ida adalah isteri abang yang xkan pernah jemu mendengar segala luahan hati abang. Sama-samalah kita harungi susah payah hidup ini. Kerana kita sudahpun berjanji setia, saat lafaz yang abang ungkapkan dulu .."