15,16 dan 17 Julai saat2 yang indah. Saat suamku meluangkan masa bersama-sama di kampung. Dan alang2 dia balik, kuajak dia menemaniku menyambung insurans kereta dan road tax. First time aku pergi sendiri mnyambung road tax., banyak yang aku tak tahu.
Walaupun begitu, aku tetap pergi dengan pertolongan suami tercinta, dapatlah selesai insurans dan diberi cover note. Selepas diberi cover note , kami pergi beli tiket, makan . Selepas itu, kami terus pergi ke JPj. Dari bndar , kami di fikiran kami, terus pulang ke rumah. Tetapi, sesampainya kami di JPj untuk menyambung road tax, aku diberitahu bahawa nak menyambung road tax kereta perlulah menggunakan geran kereta yang asal, terpaksalah kami berpatah balik ke Bandar( Bank Islam) untuk mengambil geran asal.
Tiba di Bank Islam aku, ke tingkat 1 terlebih dahulu bagi menyerahkan cover note untuk proses membuat road tax. Tetapi, disebabkan agak lewat pihak bank tidak dapat mnyerahkan terus road tax kpd ku. Terpaksalah aku pergi ke bank pada hari yang lain untuk mengambil road tax dengan syarat menunjukkan slip pembayaran kepada pihak bank.
Jadi, ingin aku berkongsikan cara2 menyambung road tax dan insurans bagi org yang masih baru pakai kereta seperti aku.
1. Pergi ke Syarikat insurans: contoh: Takaful Malaysia. Jika kita xingin membuat cover insurans cermin, boleh saja diberitahu kepada pihak Takaful..
2. Tunjukkan salinan geran kereta. Dapatkan cover note di Syarikat tersebut.
3. Dan ambil slip pembayaran di bank yang memberikan pinjaman kepada kita.
4. Setelah membuat pembayaran sebanyak rm80, tunjukkan salinan slip pembayaran.
5. Pihak bank yang menyimpan geran tanah atau bank yang kita buat loan akan memberi road tax kepada kita dan seterusnya bolehlah ditampal pada kereta.
Apapun. terima kasih kepada suami yang sanggup bersusah payah menemaniku menyambung insurans dan road tax.