Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Penangan Syaitan

Syaitan tu ada dalam was was ada dalam sifat marah. Sifat tu kamutahu doh sifat Syaitan tp kamu dokleh nok lawan rasa tu? Bakpe? Cuba kamu lawan sifat Syaitan tu.. InsyaAllah kamu selamat.
Kamu rasa kamu hebat doh. Kamu rasa kamu terbaik. Kamu khayal, Kamu membazir . Kamu kena wat keje sket dah mengeluh. Kamu pemalas .Kamu Terlalai. Tanpa sedar lamu dah kalah dgn Syaitan.
Tabiat buruk. Kamu gagal berubah. Kamu xmampu mendidik diri. Apa lagi nak mendidik yang lain. Nak mendidik keluarga pon kamu xmampu, mcmmn kamu nk pertikaikan pemimpin Negara?
Kamu menyuruh orang buat kebaikan. Tp, kamu sendiri gagal membuat kebaikan. Sebab kamu rs kamu dah cukup baik. Sbb kamu rasa sikap kamu dah cukup sempurna tanpa kamu sedar kamu sebenarnya sedang menuju neraka. Sebenarnya kamu gagal mendidik. Mendidik diri dan keluarga kea rah kebaikan.
Kadang2 manusia tertanya2 , aku dh banyak wat solat sunat, aku dah taat perintah Allah S.W.T. Tp, jgn kamu ingat betapa banyaknya amalan kebaikan yg kamu buat, tp kamu tidak sedar kamu sedang ditarik ke neraka dia. Nauzubillah!
Makanya, seharusnya kamu bangun. Hijrahkan diri. Berusaha keras melawan Syaitan. Jgn biar diri kamu menjadi Syaitan. Syaitan yang bertopengkan manusia. Orang nampak kamu bahagia, tp hakikatnya kamu sedang menderita. Itu sebenarnya sedikit sebanyak balasan Tuhan kpd mu. Kamu tidak pernah mendapat rahmat bahagia sepertimana yang orang lain rasa. Sbb kamu tidak mampu memecahkan tembok Syaitan yang ada pd diri kamu.
Bila kamu sudah masuk kedalam fasa lain, Ubahlah sedikit demi sedikit sikap kamu. Cuba bahagiakan orang lain , biarpun hakikatnya kamu sedang menderita. Membahagiakan org lain adalah punca pahala yang kamu cari selama ini. Jangan hanya sekadar menulis tp kamu tidak pernah laksanakan!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Panduan..ilmu berterusan

6 Rahsia menjadi ayah yang berkesan Blog ibu hamil yang menjadi panduan keibubapaan.

63 Petua Keluarga Bahagia
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Beza dulu, skrg dan akn datang. Selamanya harus diselam.

Umur razin dah setahun sebulan. Kawan2 dia ada yang tak cukup bulan lagi dah boleh berjalan. Tp, Ahmad Razin Itqan belum berjalan. Kedudukan dia asyik nak terbaring jerr.. Rajin sangat kot. Macam orang letih jer. Adakah tulang razin lemah? Atau ada apa2 yang tak kena pada razin.


Keadaan sekarang agak sibuk. Balik keje, terus bekerja.. Selagi namanya manusia, kita tidak akan sunyi dari bekerja. Klo mcmmni kena jd Supermak. Baru dapat wat keje dengan tangkas dan cepat. Ada juga rasa penat, tp sape lagi yang nak buat kerja2 kalu kita yang jd pelakon pentas dunia ni tak buat. Berbanding dgn keadaan anak dara dulu, skrg bila dh jd mak org jauh sekali perbezaannya. Perubahan secara drastik berlaku.(Bukan aku sorang, semua ibu2 mcmni. ) Klo xmcmmni , bukan real ibulah kot.


Bila dh jd ummi orang ni, xbolehlah mcm dulu2 lg. balik rmh duk lepak2. duk bc2 buku, duk ckp2 ngan org. Semua tu dh berlalu. Bila dh jd ummi ni, kita kenalah cergas. Ke situ ke sini. Terutamanya kalau anak demam. Terutamanya keperluan anak. Kita sbg ummi kenalah ambik perhatian psl2 nim. Contohnya susu anak akan habis, pampers akan habis, pampers yg dh dipakai sudah penuh, Kenalah "alert". Bertindak sebelum terjadi. Kalau tidak alamatnya lah......


Bukan kita sorang cenggitu. Tp, semua ibu begitu. So, kuatkan semangat, tekadkan azam. Semangat juang yang tinggi. KAU BOLEH! KAU BOLEH!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Ketanggungjawaban

Apabila bercakap soal ketanggungjawaban. Kita rasa seolah2 kita betul2 bertanggungjawab. Ketanggungjawaban bukan setakat kita keluar mencari duit semata-mata, menyediakan tempat tinggal semata-mata, menyediakan pakaian semata-mata, tetapi termasuk juga dari segi tingkah laku kita.


Tadi , semasa aku pergi ke kelas pra untuk bersembahyang, aku lihat pembantu pra sedang memarahi anak lelakinya yang sedang makan. Dia sedang marah anaknya kerana makan nasi tumpah dan mennyuruh anaknya membersihkan balik nasi tumpah. Jika kita melihat dari satu sudut semacam kejam dgn anak. Kononnya anak itu terlalu kecil untuk melakukan kerja-kerja seperti itu.Mendidik anak-anak orang kata biarlah dari rebungnya. Masa anak umur 5 tahunlah, kita perlu ajar anak-anak. Samada mahu rotan atau apa carapun. Waktu beginilah cara untuk kita mengajar supaya esok2 benda2 begini menjadi tabiat pada dirinya. Apabila perangai terpuji lekat menjadi tabiat kelak, dia meningkat remaja kita tidak lagi perlu marah-marah kerana perangai tidak senonohnya. Bolehlah kita amalkan prinsip ketika usianya remaja kita menjadi kawan. Tiada leteran kerana sifat terpujinya sudah terbentuk sedari umurnya 5,6, 7 tahun!


Jika anak makan, ajar anak2 supaya meletakkan pinggan mangkuk di sinki dan membasuhnya. Apabila anak membuang pakaian, jangan longgokkan merata-rata atau sepah2kan. Pakaian yang bersih jangan dicampur adukkan dengan pakaian yang kotor. Kalau guna satu tuala untuk mandi,jangan tuala itulah juga digunakan untuk mengesat mulut. Kita rasakan itu hanya perkara kecil, remeh. Tp, itulah yang sebenarnya menonjolkan keperibadian kita. Di luar, kita seorang guru, doktor, arkitek malahan ustaz ustazah. Tp, apabila berada di rumah dimana hilangnya nilai seorang guru, doktor arkitek, ustaz ustazah segala. Tampak hebat diluar, tp apabila di rumah kitalah antara orang yang gagal. Gagal mendidik nilai murni dalam diri apatah lagi dalam diri anak-anak.


Apabila dipersoalkan, memang kita marah. Kononnya kita sibuk dengan kerja, tiada masa..Banyak ibu bapa lupa akan hakikat tangungjawab, bahawa tanggugjawab bukan sekadar menyediakan yang lahiriah tp juga yang batiniah.


Mampukah aku mendidik rebung yang sudahpun genap 1 tahun ini menjadi buluh yang baik? Aku mesti berusaha sedaya upayaku.. Berusaha sedaya mungkin menunjukkan contoh teladan yang baik dari sekecil2 benda hinggalah sebesar2 benda. Supaya kelak apabila aku sudah tiada, dia mampu berdiri atas kakinya sendiri. Menjadi seorang manusia yang penuh dengan akhlak2 terpuji.. Rajin xmalas2( baik bersolat, belajar, menolong orang lain mahupun membuat kerja2 rumah), bertanggungjawab, tidak putus asa dan banyak lagi sikap2 yang positif.. Sesungguhnya sikap seseorang anak itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab ke atasnya.


Jangan kelak anak berkata kepada kita..." Ku jadi begini keranamu wahai mak, wahai ayah." Ketika itu, beribu penyesalan kita pun sebagai ibu bapa sudahpun tidak berguna lagi

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Pesanan Ummi buat Ahmad Razin


Semasa ummi tinggal Razin, janganlah Razin menangis. Jangan nakal2. Jadi anak yang baik.Semoga orang-orang yang menjaga Razin sentiasa menyenangi anak ummi. Ummi sangat sayang pada Razin.


Apabila dah mula pandai berkata-kata. Berkata-katalah perkara yang baik-baik. Sayang ummi, Razin, Ummi harap doa dan ayat Al-Quran sentiasa meniti di bibir Ahmad Razin. Jadilah anak yang baik. Apabila Ahmad Razin mula bersekolah rendah. Dengar kata cikgu, apa yang baik jadikan teladan , apa yang buruk jadikan sempadan. Pilih kawan yang baik, iaitu kawan yang selalu ajak Razin melakukan kebaikan dan mencegah Ahmad Razin daripada melakukan perkara-perkara keburukan.



Apabila Ahmad Razin mula bersekolah menengah. Ahmad Razin perlu semakin kuat belajar. Tidak semestinya Ahmad Razin belajar itu hanya dengan membaca buku. Tetapi, Ahmad Razin harus belajar tentang pergaulan. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguap, masuk kandang ayam , berkokok. Jangan jadi kaku apabila bergaul dengan masyarakat.Komunikasi sangat penting dalam mengharungi kehidupan ini. Jadi, Ahmad Razin mesti bercakap. Jangan sesekali Ahmad Razin pandang remeh sesuatu perkara sehinggakan menyinggung perasaan orang sekeliling.



Ahmad Razin Ummi. Apabila memasuki Universiti atau mana-mana pusat pengajian tinggi, Ahmad Razin mesti lebih pandai dalam memilih kawan. Tingkatkan amal ibadat. Carilah ilmu dunia dan akhirat. Biarlah seimbang. Hubungan dengan manusia, hubungan dengan alam, hubungan dengan haiwan dan yang paling penting hubungan dengan ALLAH. Haruslah Ahmad Razin jaga. Boleh kalau nak berkawan, tapi jagalah adat pergaulan kerana kita ada had dalam setiap perhubungan. Nak berkawan dengan perempuan, boleh. Tp, jangan sesekali menyentuh sebelum menjadi hak kita.Senang kata, Ahmad Razin xpayahlah fikir sangat soal perempuan. Belajar bersungguh-sungguh dulu. Capailah keputusan yang tinggi dalam pengajian. Cari pekerjaan yang bagus.


Ahmad Razin bila dah bekerja. Jagalah adat pergaulan sesama rakan sekerja. Jangan lupa orang tua. Dapat duit, banyakkan bersedekah. Buatlah kenduri kesyukuran, tanda Ahmad Razin berterima kasih kepada Dia yang Maha Memberi.Biar murah rezeki. Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mengumpul duit untuk masa hadapan.


Ahmad Razin dalam mencari pasangan. Pilihlah pasangan yang betul2 mencintai Ahmad RAzin. Cintanya kpd Ahmad Razin Lillahi Taala(Kerana Allah). Carilah dia yang menjaga aurat, yang amanah dalam perhubungan, yang menghormati orang tua terutamanya Ummi dan walid. teguhkanlah kewangan Ahmad RAzin terlebih dahulu sebelum mengambil dia yang Razin cintai sebagai isteri. Sediakanlah tempat untuk dia berteduh bersama anak-anak nanti.



Ahmad Razin bila dah berkahwin. Jadilah anak yang soleh. Yang sentiasa mengingati Ummi dan Walid. Tinggallah sekeluarga, jangan berpisah jika keadaan mengizinkan. InsyaAllah, nikmat rumahtangga psti terasa.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer