Semasa ummi tinggal Razin, janganlah Razin menangis. Jangan nakal2. Jadi anak yang baik.Semoga orang-orang yang menjaga Razin sentiasa menyenangi anak ummi. Ummi sangat sayang pada Razin.
Apabila dah mula pandai berkata-kata. Berkata-katalah perkara yang baik-baik. Sayang ummi, Razin, Ummi harap doa dan ayat Al-Quran sentiasa meniti di bibir Ahmad Razin. Jadilah anak yang baik. Apabila Ahmad Razin mula bersekolah rendah. Dengar kata cikgu, apa yang baik jadikan teladan , apa yang buruk jadikan sempadan. Pilih kawan yang baik, iaitu kawan yang selalu ajak Razin melakukan kebaikan dan mencegah Ahmad Razin daripada melakukan perkara-perkara keburukan.
Apabila Ahmad Razin mula bersekolah menengah. Ahmad Razin perlu semakin kuat belajar. Tidak semestinya Ahmad Razin belajar itu hanya dengan membaca buku. Tetapi, Ahmad Razin harus belajar tentang pergaulan. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguap, masuk kandang ayam , berkokok. Jangan jadi kaku apabila bergaul dengan masyarakat.Komunikasi sangat penting dalam mengharungi kehidupan ini. Jadi, Ahmad Razin mesti bercakap. Jangan sesekali Ahmad Razin pandang remeh sesuatu perkara sehinggakan menyinggung perasaan orang sekeliling.
Ahmad Razin Ummi. Apabila memasuki Universiti atau mana-mana pusat pengajian tinggi, Ahmad Razin mesti lebih pandai dalam memilih kawan. Tingkatkan amal ibadat. Carilah ilmu dunia dan akhirat. Biarlah seimbang. Hubungan dengan manusia, hubungan dengan alam, hubungan dengan haiwan dan yang paling penting hubungan dengan ALLAH. Haruslah Ahmad Razin jaga. Boleh kalau nak berkawan, tapi jagalah adat pergaulan kerana kita ada had dalam setiap perhubungan. Nak berkawan dengan perempuan, boleh. Tp, jangan sesekali menyentuh sebelum menjadi hak kita.Senang kata, Ahmad Razin xpayahlah fikir sangat soal perempuan. Belajar bersungguh-sungguh dulu. Capailah keputusan yang tinggi dalam pengajian. Cari pekerjaan yang bagus.
Ahmad Razin bila dah bekerja. Jagalah adat pergaulan sesama rakan sekerja. Jangan lupa orang tua. Dapat duit, banyakkan bersedekah. Buatlah kenduri kesyukuran, tanda Ahmad Razin berterima kasih kepada Dia yang Maha Memberi.Biar murah rezeki. Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh supaya dapat mengumpul duit untuk masa hadapan.
Ahmad Razin dalam mencari pasangan. Pilihlah pasangan yang betul2 mencintai Ahmad RAzin. Cintanya kpd Ahmad Razin Lillahi Taala(Kerana Allah). Carilah dia yang menjaga aurat, yang amanah dalam perhubungan, yang menghormati orang tua terutamanya Ummi dan walid. teguhkanlah kewangan Ahmad RAzin terlebih dahulu sebelum mengambil dia yang Razin cintai sebagai isteri. Sediakanlah tempat untuk dia berteduh bersama anak-anak nanti.
Ahmad Razin bila dah berkahwin. Jadilah anak yang soleh. Yang sentiasa mengingati Ummi dan Walid. Tinggallah sekeluarga, jangan berpisah jika keadaan mengizinkan. InsyaAllah, nikmat rumahtangga psti terasa.