Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Ketanggungjawaban

Apabila bercakap soal ketanggungjawaban. Kita rasa seolah2 kita betul2 bertanggungjawab. Ketanggungjawaban bukan setakat kita keluar mencari duit semata-mata, menyediakan tempat tinggal semata-mata, menyediakan pakaian semata-mata, tetapi termasuk juga dari segi tingkah laku kita.


Tadi , semasa aku pergi ke kelas pra untuk bersembahyang, aku lihat pembantu pra sedang memarahi anak lelakinya yang sedang makan. Dia sedang marah anaknya kerana makan nasi tumpah dan mennyuruh anaknya membersihkan balik nasi tumpah. Jika kita melihat dari satu sudut semacam kejam dgn anak. Kononnya anak itu terlalu kecil untuk melakukan kerja-kerja seperti itu.Mendidik anak-anak orang kata biarlah dari rebungnya. Masa anak umur 5 tahunlah, kita perlu ajar anak-anak. Samada mahu rotan atau apa carapun. Waktu beginilah cara untuk kita mengajar supaya esok2 benda2 begini menjadi tabiat pada dirinya. Apabila perangai terpuji lekat menjadi tabiat kelak, dia meningkat remaja kita tidak lagi perlu marah-marah kerana perangai tidak senonohnya. Bolehlah kita amalkan prinsip ketika usianya remaja kita menjadi kawan. Tiada leteran kerana sifat terpujinya sudah terbentuk sedari umurnya 5,6, 7 tahun!


Jika anak makan, ajar anak2 supaya meletakkan pinggan mangkuk di sinki dan membasuhnya. Apabila anak membuang pakaian, jangan longgokkan merata-rata atau sepah2kan. Pakaian yang bersih jangan dicampur adukkan dengan pakaian yang kotor. Kalau guna satu tuala untuk mandi,jangan tuala itulah juga digunakan untuk mengesat mulut. Kita rasakan itu hanya perkara kecil, remeh. Tp, itulah yang sebenarnya menonjolkan keperibadian kita. Di luar, kita seorang guru, doktor, arkitek malahan ustaz ustazah. Tp, apabila berada di rumah dimana hilangnya nilai seorang guru, doktor arkitek, ustaz ustazah segala. Tampak hebat diluar, tp apabila di rumah kitalah antara orang yang gagal. Gagal mendidik nilai murni dalam diri apatah lagi dalam diri anak-anak.


Apabila dipersoalkan, memang kita marah. Kononnya kita sibuk dengan kerja, tiada masa..Banyak ibu bapa lupa akan hakikat tangungjawab, bahawa tanggugjawab bukan sekadar menyediakan yang lahiriah tp juga yang batiniah.


Mampukah aku mendidik rebung yang sudahpun genap 1 tahun ini menjadi buluh yang baik? Aku mesti berusaha sedaya upayaku.. Berusaha sedaya mungkin menunjukkan contoh teladan yang baik dari sekecil2 benda hinggalah sebesar2 benda. Supaya kelak apabila aku sudah tiada, dia mampu berdiri atas kakinya sendiri. Menjadi seorang manusia yang penuh dengan akhlak2 terpuji.. Rajin xmalas2( baik bersolat, belajar, menolong orang lain mahupun membuat kerja2 rumah), bertanggungjawab, tidak putus asa dan banyak lagi sikap2 yang positif.. Sesungguhnya sikap seseorang anak itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab ke atasnya.


Jangan kelak anak berkata kepada kita..." Ku jadi begini keranamu wahai mak, wahai ayah." Ketika itu, beribu penyesalan kita pun sebagai ibu bapa sudahpun tidak berguna lagi

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer