24 ogos adalah hari yang sangat penting sepanjang hidup saya sbg seorng pelajar hari pengijazahan graduan UMS-LIC. Saya belajar bersungguh2. Disamping tujuan menuntut ilmu, memegang skrol dan memakai jubah semasa gaduation adalah impian saya.
Tp, harapan hnya menjadi impian dan igauan. Saat 24 Ogos tidak menjadikan harapan saya sbg satu knyataan. Saya tidak dapat menghadirkan diri lantaran keadaan yang tdak mengizinkan. Ini kerana masa, jarak dan kewangan yang tdak mengizinkan. Saya sangat berterima kasih kepada seorang sahabat yang menolong saya.dia banyak menolong saya. Mengambil skroll dan terpaksa kehulu hilir untuk menguruskan penerimaan tersebut. Mohd Faizal Azmi, sahabat yang saya akan ingat selamanya. Semoga dia mendpat apa yg diimpikan di dlm hidupnya dan mendapat kebahagian bersama insan yg dikasihi. Kata org:
pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dbawa ke mati.
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik becabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yg baik dikenang juga.
Saya pasrah. Tidak semua yang kita impikan menjadi kenyataan. Dan saya dapat merasakan bahawa kata2 itu sudah sebati dalam hidup saya. Setiap apa yg diinginkan tidak semestinya kt perolehi..kata2 itu membuatkan sy menjadi seorg yang kuat. Saya kecewa tapi masih mampu menerima kenyataan. Saya percaya suatu hari nanti ada juga saat bahagia dalam hidup saya. Dan akan sy pegang kata2 itu smpai bila2. Meskipun begitu, kita mesti berusaha sedaya upaya dalam mengharungi kehidupan. Berubah kepada yang lebih baik. Buruk kpd baik,Miskin kpd kaya.. Kaya akhlak , kaya agama, kaya harta. bahagia selamanya...
sy tdak dapat menghadirkan diri dimajlis yang gilang gemilang itu, mungkin ade hikmahnya. mungkin majlis itu bukan untuk saya tapi untuk abag dan adik2 saya. Dan andai saya ditakdirkan berumahtangga , mungkin saat indah itu untuk zuriat saya..InsyaAllah.Saya akan pastikan.
No comments:
Post a Comment