Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Pengalaman ke ,SMAKL,Bandar Manjalara

Hari Jumaat.Pkul 4.15.Perjalanan bermula. Dgn semangat dan azam yg kuat,sy tekadkan diri untuk pergi ke Kota Damansara.

Episod pertama
Sy naik teksi ke Stesen Komuter Sentol. Dari Stesen Komuter Sentol, sy pergi ke KL Sentral. Sampai2 je kat KL Sentral, hujan turun dgn lebat. Tp, sy tetap kuatkan semangat. sy tunggu bus kat bhgn dalam. Tanya punya tnya org rupa2nya kna tunggu bus kat luar. sy menyusur laluan ke luar. Sempat juga dalam keributan tu, ade sorang amoi kempen sy suruh beli brg dia. Siap2 tnya umur lagi. sy cakap umur sy 25 tp dia langsung xcaye. Cakp sy main2. Ade ke patut dia kta sy bdak sekolah. HAmpeh sungguh. Ape? penampilan sy ni xmatured sgt ke? Pastu ade sebuah bus ajak sy naik.Sy ckp nk p ke Kota Damansara. Dia ckp adik kna lintas jalanlah. Tunggu sebelah sana..Apalagi sy pun meredah hujan lebat tunggu bus u88 di seberang jalan. Adohlaa. Penatnya. Nasib baik Allah masih menginginkan sy di muka bumi nih. Huhuhu.

Episod kedua
Bermulalah perjalanan sy naik bus u88.Nilah bus yg sy naik.

Start naik bus pukul 5.10, Ya Allah, sy duduk dalam bus tu, ramainye org. Hujan xberenti lagi....Jauhnya perjalanan dalam bus ni.. Sempatlah jugak sy berbual dgn makcik dalam bus tu...Mmg betullah destinasi yg sy nk pergi ni paling ujung. Mean, tmpat bus berenti last skali. Sy sampai kat Kota Damansara dekat2 pkul7 lah jugak.

Episod ketiga
Sampai je kat Kota Damansara, sy terus tepon Nurul, kwnnya Si Dyla. Boleh dia ckp dia blik opis lmbat. Mak aii. dahlaa sy xsolat asar lagi time tuh. Nurul ckp klo sy nk p masjid kna ambk keta. Takkan aku nk p masjid ambik keta. Batang idung teksi pun xnmpk.
So, termanggulah sy, sendirian kat dpan2 blog gugusan dahlia tu.. Dalam sy duk termanggu2 tu, ternmpklah 3 hamba Allah. Sy apalagi, mntak tumpang umah dia, smntara kwn sy balik keje. Dia dgn murah hati atas izin Allah, membenarkan sy solat umah dia. Syukur, Alhamdulillah. sempat jugak sy solat Asar dalam waktunya.

Episod keempat
Sampai2 umah dia, sy terus ambik wudhu' dan solat Asar. Kami xbanyak cakp sbb tuan rmh memberi ruang pada sy terlebih dahulu menunaikan yang wajib. Selepas solat tulah baru berkenalan. Ketiga-tiga gadis itu asal dr Pahang. Mereka ingin dikenali sbg Angah, Mira dan Salaf. Sy cukup2 berterima kasih pada mereka yg sudi menumpangkan sy. apabila sy menyuarakan hasrat nk kuar dr rumah mrk pkul 11 mlm, mereka melarang sy keluar. Mereka ajak sy bermalam terus kat umah mereka.

Episod lima
Sy xmandi pun malam tu. Maklum duk umah org. Sy xberani nk mandi sesuka ht.. Malam tu sambil2 cakap, kami mkn cengkodok yang dgoreng oleh Salaf. Sy sangat terharu dgn layanan yang diberikan mereka pada sy.. Malam tu kami berkongsi cerita. Sy memberitahu mereka bagaimana sy boleh smpai kat situ.. Untuk mtest. Dan esok kna pergi pagi2 lagi.tp, diorag ckp ssh nk dptkan teksi area tu. so, diorg ckp diorng ade no phone pakcik teksi.Sy bg tepon kat diorg, then diorg ckp dulu dgn pkcik tu sbg mukaddimah.Diorg tepon nombor pakcik manan. Pakcik yg selalu diorg col klo nk pergi mn2.
settle, soal nk p sana

Episod enam
Rupa2nya diaorg ni pekerja di bawah Anbakri. Banyaklah buku2 terbitan syarikat anbakri tu. Nilah antara buku yang diorag bagi sy tengok.

sy teringin nk beli buku bunga kebahagiaan tuh.

Episod tujuh
Sy diberi 1 bilik untuk tdo. Agak lewat jugak tdo mlm tu...Mimpi mmg pasal testlaa..Pukul 2 saya terjaga.. Tngok jam lmbt lagi. Sambung tdo balik. Boleh dkatakan setiap jam terjaga. Sampailah pukul 6. Terus bangun basuh tubuh lebih kurang, terus solat.. Sy antara yg terawl bangun tdo.. Fuh walhal badan letih, tp xboleh nk lena.. Bolehla kata tdo xlena , mandi xbasah. Lebih drpd org yg tngah bercinta lagi..
Pagi tu sempatlah bergambar kenangan dengan tuan rmh. Nilah diorg..


Episod tujuh
Setelah bersalam dgn Angah, Mira dan Salaf, sy bw sume brg2 terus ke tmpat mtest. tulah pertemuan akhir kami.. InsyaAllah, Ada pertemuan berjumpa lagi.. Apapun syukur pada Allah mempertemukan sy dgn mereka..Pagi2 lagi sy tunggu teksi kat bwh flat. Smpai jugak pakcik Manan tu. Pesan kat Pkcik Manan, Klo balik nnti andaikata xde org nk hntr sy, sy akan col pkck manan.Sampai2 je terus carik class test. Then jumpa , sign kat pintu tu...
Dalam pada tunggu nk masuk ambik test, tertengok srang bdak Cina. Cam knal. So, Sy tnya. "Awk lam class ni jgak ke test?".Dia jwblah "Yup".Awk study kat Sabah??Yup. Dia plak tnya Kat Labuan> Sy jwb yeap. Yes! Rupanya dia 1 batch ngan sy msa study dulu...

Episod last
Masuk exam. Dapat je kertas terus jwb.Kertas first analitikal, pastu BI, pastu kuantitatif, INSAK last skali verbal.. Sampai kat verbal. Tekak loya, penin nk muntah sume ade..soklan dah jwb sume. Ms ade lagi. Tp, dah xlarat nk recheck. Hantr je kertas. Sy cuba nk angkat kpala.. Sakit nye leher ni.. Dah xleh nk pandang kiri kanan. Sakit siot. Kuar2 je wife si stank tunggu. Dia nilah hntr kat Sentol sentral. Smpai kat Sentol Sentral, sempatlah kami bergmbr. Inilah Wife si Stank.

diorg ni bercinta kat u, smpailah kawen.Kuat jodoh diorg. Apapun, sy sgt berterima kasih pada dia.. sbb hntr sy kat Kepong sentral. jauh jgak. Klo x sy terpaksa sshkan pkcik manan.Lama jgaklah tunggu komuter. Org ramai lak tuh dlm komuter. Smpai kat KL Sentral, jumpa ngan kak ba. Pastu terus balik Wangsa Maju..Smpai je rmah terus baring. Xlarat sgt dah.. Demam smpailah skrg.. huhuhu. P keje pun demam lagi.. Sabar. Ujian.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Kembara perjalananku

Hati berdebar kencang? Sampaikah aku.Debaran untuk pergi ke sekolah menengah agma kl mengatasi debaranku untuk mngmbil MTEST! Bersemngatlah dan jdilah seorg yg kuat! Seteguh karang yang berdiri di tngah2 lautan..Mesti tegar menempuh apapun badai yg melanda nanti...

Dan esok kembara perjalananku bermula. Menyambung tautan persahabatan yg telah lama terpisah..Dan aku tdak dpt mmbayangkan penrimaan sahabatku nanti.Apapun penerimaan dia. Aku mesti terima seadanya...C u tomorrow dyla..

Pergi kekandang kambing mengembek. Pergi kekandang lembu, menguap. dan itulah sepatutnya aku. Pandai2lah mmbawa diri dtempat org!

Barang2 penting yang perlu dbawa:-
Tiket panggilan ujianMTEST JUlai
Kad Pengenalan
Pensil
Pemadam
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Meniti hari....

Hari Sabtu p masjed jamek ngan shidah n saiddah. DAlam berkira2 nk beli xnk beli kain tuh. Akhirnya terbelilah juga...

Selain tu kami beli hadiah anak kak Ghah, xtaulaa smada dapat p @ x? Yang penting bagi...mb balik kg minggu tu..sbb ade hal nk kna settle kan..huhuhu...

Dan hari ni, sy, saiddah ngan ct wat majlis sket sempena bulan kelahiran kami...Moga2 majlis tu berjalan dgn lancar, InsyaAllah dgn izin-NYa.

Apa yang kami bertiga harapkan semoga semua yang hadir berpuashati dgn majlis yang tdak sbrapa tuh.. Semoga Allah memberkati majlis kami, memanjangkan umur kami, melimpahkan rahmat ke atas kehidupan kami serta memsukkan kami dikalangan hamba-hambaNya yang mendapat keredhaan drNya.

Syukur ke atas Tuhan yang memberi ruang & peluang untuk kami menghuni bumiNya walaupun hanya untuk sementara waktu. Berilah bahagia kpda kami Ya Allah. Bahagia dunia Dan bahagia di akhirat kelak. Sesungguhnya kami sentiasa mengharapkan redhaMu dalam setiap perlakuan dan kesudahan urusan kami...

Amin....
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Antara Cinta dan maut


" Awk gadis yang baik, pandai jaga diri, Jangan tertekan krn sy sbb sy tahu sy xlayak.Sy tahu, siapa saya.. Sy syg awk, cuma awk xde langsung syg kat sy. Sy bukan mintak awk syg sy 100%, 1% pun dah dikira sbg bsar. Sy tahu sy sakit.Xde mkna nk hidup".

Ini adalah antara kata2 yang dilafazkan oleh seorang jejaka yang tidak pernah mengalah dalam memenangi hati gadis yang dicintainya. Tp, dia salah. Dia tdak sepatutnya berckp mcmtu..Bukankah bunga bukan sekuntum. Dan setiap kita yang dilahirkan didunia ini ada maknanya. Jangan dikesali apa yang berlaku. Cintailah Allah sepenuhnya, kerana kamu tdak akan kecewa walaupun kehilangan cinta drpd gadis itu.



Dari dahulu, mendengarkan suaranya,
Siapakah itu, intan atau permata,
Lalu Kutulis kata2 pujangga
Menghiasi isi hatiku..
Hanya untukmu.
Luas lautan , usah cuba diduga.
Jadi ingatan, teman sbg pedoman.
Namun kuterus cuba mendekatimu..
Tetapi aku tertewas, kita tak serupa

Kau bandingkan ku dgn kekayaan,
Ternyata aku ketinggalan, walau ikhlas menyintaimu.
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran, nista yang kucari,
Baru kini aku sedari,
bkn mudah untuk melewati,
Sememangnya aku bersalah tidak mengerti,
Ku antara sejuta yang meminatimu.
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jwpn pasti,
Terlanjur menyinta,
tanpa jawapan pasti..



Inilah antara bait2 kata irama lagu dari seorang jejaka kepada gadis yang dicintainya..Sayang seribu kali sayang jejaka ini tidak dapat memenangi hati gadis tersebut. Lantaran sikapnya yang tidak mnyenangkan gadis itu..Dan dia seharusnya pasrah menerima kenyataan yang dia sudah tidak ada peluang lagi untuk mendekati gadis itu...
Dan dia juga harus berpaling kpda cinta Allah.




"Biarlah hati ini kosong drpd cinta manusia, Nak cari cinta yang hakiki dahulu...."(19March2009).

Dan inilah sms yang kuterima dari seorang teman yang juga tidak dapat memenangi hati gadis yang dicintainya.Lantaran mungkin sikapnya yang kurang menyenangkan gadis itu atau ada sbb yang tetentu..Aku harap dia sentiasa tabah dalam menempuhi hidup ini kerana cinta Dia(Allah) adalah cinta hakiki yang akhirnya membawa bahagia....Dgn cinta Allah, dia akan mendapat cinta yang tulus ikhlas drpd mkhluk bernama manusia..



Dan aku sangat simpati terhadap jejaka2 ini. Maut menanti manusia pada bila2 masa saja. Abangku adalah salah seorang bekas pesakit cancer otak. Dan dia pula langsung tidak mengharapkan cinta drpd seorang manusia, kerana dia tahu tidak ada org yang sanggup menerimanya..Dan yang paling penting dia xmahu membebankan wanita yang akan berdampingan dgnnya. Tp, klu ada yang sudi, mungkin dia akur dgn ketentuan Tuhan.Dan aku sangat mengerti perasaan dia.



Kadang2 aku juga tidak faham dgn sikap manusia, terlalu melihat pada yang zahir, yang duniawi sahaja. Kalau seseorang itu sakit@miskin sudah tentu akan direject awl2 lagi. Kita tahukah bila maut yang menanti kta? Mungkin orang yang sakit itu mautnya lebih lambat dr kt! Mungkin juga org yang miskin itu, akhirnya akan bertukar menjadi kaya! Sebenarnya semua terserah kpdNYA. Aku juga kdg2 tidak terlepas drpd melihat pada yg zahir..Walhal benda2 tu sume bukan penilaian di mata Allah.



Dan drpd apa yang dipaparkan sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada aku..Bahawa, walau apapun yang berlaku, akhirnya kt harus kembali kpd Allah S.W.T.Aku harap aku takkan pernah merasa kecewa sepertimana jejaka2 ini. Aku ingin menjadi seperti abangku, yang begitu tabah dalam menempuhi hidup. Aku tdak suka jejaka2 yang cengeng& manja.. Mempunyai perasaan yang begitu ampuh. Cepat mengeluarkan airmata. Itu bukan sifat lelaki sejati seperti abang aku.. Walaupun sakit, dia sedar kedatangannya dimuka bumi ini banyak memegang amanah Allah. Dia diturunkan ke bumi ini sbg khalifah yang berusaha sedayanya selagi mampu untuk mntdbir alam ini dgn sebaik2nya.


Apa yang penting, aku mesti tabah.. Biar apapun yang berlaku, diri mesti kuat, hati mesti teguh..Harus diingat, bahawa cinta Allah adalah cinta yang sebenar2nya.. Tidak pernah pudar ditelan dek masa..Dan aku akan berusaha untuk mencintai Dia sepenuh hatiku... Terima kasih Ya Allah kerana telah memilih aku sbg antra yg memegang amanahmu untuk menghuni alam ini.Masukkan aku dikalangan hamba2 yang sentiasa mendapat rahmatMu.InsyaAllah.Amiin
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

kwnku kawen

Akhirnya Nieza Honey kawen jugak. Tp, atas sebab yang xdapat dielakkan xdapat saya p mjlis kawen si niza ni. Anyway, Harap2 dia berbahagia bersama Kojack tersayang. Cepat2 dapat anak.


Inilah gambo dia mase ari kawen. Siap2 naik keta lagi tuh.Ni mesti kak Dna tukang edit gambo..cun2.Kata en.Rizal. HAHAHA.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

LUASNYA NERAKA

ﻻالهاﻻالله محمدرسولالله
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua.....bacalah.. ...

Ya Allah... takutnyer.... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s..a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah...(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Rukun 5(Tajwid Al-Quran)





Org cakap, kalau nak baca Al-Quran, atleast biarlah kt tahu rukun yang 5.Iaitu izhar halqi, ikhfa' haqiqi,idgham maal-ghunnah, idgham- bila-ghunnah,, iqlab.



1.Izhar halqi


Yang dinamakan Izhar Halqi itu ialah apabila huruf tersebut bertemu dgn nun mati atau tanuin mka pembaca hendaklah tidak mendengungkan bacaannya. Hurufnya termasuklah:- ha' , ghim, kha, ain, hamzah dan Ha'. Untuk memudahkan kita mengingati hurufnya bacalah secara mudah iaitu Arg hing kho a' hu.
Kita boleh melihat hurufnya seperti berikut:-

Contohnya adalah seperti berikut iaitu tanuin(baris dua) bertemu dengan ghin:-



2.Ikhfa' hakiki

Ikhfa' hakiki pula secra ringkasnya bermaksud apabila huruf tanuin atau nun mati bertemu dgn huruf tersebut, bacaannya hendaklah didengungkan.

Huruf2 tersebut termasuklah seperti yang dibawah.Ia diletakkan baris untuk memudahkan pembaca mengingati huruf-hurufnya:-

Contohnya seperti di bawah iaitu apabila nun mati bertemu dengan qaf. Bacaannya hendaklah didengungkan:-



3.Idgham maal ghunnah
Idgham maal ghunnah adalah apabila tanuin atau nun mati bertemu dgn hurufnya, maka bacaan hendaklah dibaca secara dengung.Huruf2nya seperti dibawah .Juga diletakkan baris untuk memudahkan kita mengingati huruf2nya:-

Contoh bacaannya adalah seperti berikut, iaitu apabila nun mati berjumpa dengan ya bacaannya hendaklah didengungkan:-



4.Idgham Bila Ghunnah
Yang dinamakan idgham bilaghunnah itu adalah apabila tanuin atau nun mati bertemu dgn huruf2nya,bacaannya mestilah tidak didengungkan. Antara hurufnya termasuklah seperti di bawah.Ia tidak diletakkan baris kerana terlalu mudah untuk diingati:-

Contohnya adalah seperti di bawah iaitu apabila baris dua dihadapan bertemu dengan lam, bacannya tdak perlu didengungkan:-



5.Iqlab
Iqlab adalah apabila tanuin(baris dua) bertemu dengan hurufnya, bacaan hendaklah didengungkan. Hurufnya adalah:-

Dan contohnya adalah seperti dibawah iaitu apabila nun mati berjumpa dgn ba', bacannya hendaklah didengungkan:-

Ok! Inilah sedikit sebanyak berkenaan ilmu tajwid asas yang boleh saya kongsikan..Maaf, andai Tulisan jawi tidak brpa cantik kerana saya tidak mempunyai perisian untuk menulis hurufnya secara menarik..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Biarlah aku dalam Kesepian ini...




Aku berada disini... Dalam kesepian. Aku bahagia. Tanpa mendengar suara2, tanpa mendengar celoteh sesiapa..Mungkin ini yang aku perlukan. Dan dalam kesepian ini, aku boleh menilai diri.

Sudah banyakkah amal yang kulakukan? Dan mampukah aku memberi bahagia kepada insan-insan yang kukasihi sebelum aku menutup mata? Bagaimanakah harus kulalui hidup ini? Apakah masih ada bahagia untukku? Dimanakah aku akan digolongkan nanti?? Persoalan demi persoalan muncul difikiranku.

Tdak termampu rasanya untukku menjawab semua persoalan itu. Dan untuk membuat keputusan, aku harus mencari, aku harus bertanya... Seandainya tiada jawapn pada persoalan aku, aku mesti menggunakan jalan terakhir. Bertawakkal!! Berserah kepadaNya atas setiap kekeliruan, dan persoalan itu..

Aku harus beristiqomah dalam mencari jawapan. Jadi, bagaimana? Aku mesti tekadkan hati, aku mesti cekalkan diri untuk terus mencari jawapan kepada setiap persoalan hidupku...Jangan mudah terpedaya dengan godaan syaitan..Walaupun bukan mudah tapi aku mesti berusaha untuk melawannya..

Dan dalam kesepian ini, aku dapat merasakan ketenangan..Jauh dari kebisingan, Jauh dari segalanya...Dan andai ditakdirkan aku berada dalam kesepian, dan ini membahagiakan aku, aku pasrah.. Kesepian membahagiakan, menyenangkan orang2 seperti aku yang sememangnya tidak pernah membahagiakan orang lain...

Aku pasrah hidup dalam kesepian ini..Kerana sepi ini lebih indah!!
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Ketakutan dalam diri...

Ketakutan !!
Ketakutan pada Allah melambangkan ketakwaan. Dan sememangnya patut ade dalam diri kita untuk takut. Tapi, kita janganlah takut untuk berbuat kebaikan. Jangan takut untuk berjuang selagi kita hidup selagi itulah memerlukan perjuangan.

Dalam kehidupan ini, aku paling takut diri ini melakukan sesuatu yg tidak menyenangkan.. Paling takut diri ini menyakiti hati org. Dan dalam ketakutan ini, aku kdg2 terleka.. Ade je hati yg terasa dgn sikapku.. bermcm sikap aku yg tdak menyenangkan org..Bermcm2 sikap aku yg meloyakan org yg melihat.

Aku berusaha untuk membuat yg terbaik. Tp, entah mcmmn masih belum memuaskan hati org.. Mungkin aku rasa aku dah buat yg terbaik, tp yang sebenarnya dimata orang, aku hanya sekadar berpura2.. Aku kurang memberi perhatian pada mereka yang menasihati aku.... Ibarat mencurah air ke daun keladi....aku tdak pernah berubah!! kata mereka..

Lalu, harus bagaimana lagi aku perlu lakukan andai ade saje perbuatan aku, yang membuatkan mereka benci dgnku..?
Bagaimana aku boleh yakin bahawa aku boleh memberi kebahagiaan kepada insan yang mengharapkan kehadiran aku di dalam hidupnya??

Dapatkah aku memberi kebahagiaan kpada insan itu?? Sebab itulah, aku kdg2 mengecewakan insan yg ingin berdampingan dgnku.. Aku tdak yakin terhadap diri sendiri....aku tidak yakin yang aku boleh membuatkan insan itu gembira, bahagia dgn kehadiran aku dalam hidupnya..

Andai boleh dipercepatkan, ingin saje aku pergi dari hidup mereka. Tinggalkan dunia ini...Pergi kemana2 saje, asalkan jauh drpd mereka.Mungkin dengan sepeninggalan aku, mereka boleh merasakan bahagia..Tanpa melihat kewujudan aku, mereka boleh hidup dengan gembira.. Tp, masih begitu banyak dosa dan hutang yang berbaki..aku harus bertahan kerana itu.. Kerana aku masih hamba Allah yg lemah.. hamba yang perlukan pengampunan drNya..

Kepada mereka yang tidak senang dengan kehadiranku, maafkan aku..Aku tdak pernah berubah! Aku berusaha tp, masih lagi tidak berubah, maaafkan aku.. Aku tahu walau jutaan maaf yg kupinta, mereka masih terluka, apa lagi yang harus aku katakan! Sebelum aku pergi tinggalkan dunia ini, aku harap sgt2, jgn biarkan aku pergi dgn seribu kekesalan, jgn biarkan aku pergi dgn rasa bersalah yang mendalam. Aku mohon!!

AKU XLAYAK UNTUK BERSAMA KALIAN. DAN TUHANKU, AKU TAU AKU INSAN LEMAH.....
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Besday





Tepat kol 12 mlm my house mate wish birthday...Terharu rsnya... Ramai gak yg wish ..., kebetulan sume pink mlm tu. Pakai baju pink, kek pink hadiah kak izan pon pink.
Tonite we all celebrate my birthday kat satu tmpat. Harap2 dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam kerahmatanNYA. InsyaAllah.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

This weekend


Salam.

Untuk weekend ni.. sy nk cerita satu story...xtaulaa bad story atau joke story...

Hari Sabtu..(.7 Mac 2009)
Kami rancang nk p batu 12, Gombak. Leh tahan gak awl p sana.. Beli mknn tuk mkn sana..
Pastu sy p xmandi.. Kak ghah, bena, sidah, saiddah anak2 kak ghah sume mandi. Saya sorang jer xmandi..hehehe. jeles tp nk wat camner... Masing2 kesejukan. BAlik2 je ingat nk tngok tv.. tp, dsebabkan masing2 letih, ktorg xtngok tv, tv pon xtngok ktorg..sbb tidoo..

esoknya,, ari ahad(8 hb mac 2009)..Saya, saiddah, sidah dan kawn sidah p masjid jamek.. Time pergi , clear jgak. Tp tunggu kwn shidaa leh tahanla lama.. maunye dkat2 sejamlah jugak.. Pastu ktaorg p mkn2. Ingat nk beli hadiah besday tuk saiddah.Tp, dia asyik ikut je kat blakang..Cancel plan.. Pastu sy jln sorang2. Akhirnya dapat beli hadiah tu saiddah lebih kurang..hadiah yg xseberapa jer....

pastu ktorg mkn2, pAstu singgah mn2 kdai. PAstu balik. MAse lam lrt tu.. mcm biasalah.. sy naik dgn muke serious giler. Konon xnk bg org tegurlah tu... Biar org takut nk tegur. Tiba2 saiddah panggil. CAm org ketakutan.Sy pon pergilah kat dia,. Dia pon citer ade sorang pakcik yg duk kat wangsa maju jgak. Tnye dia mcm2 soklan. Lpas tu... dia dgn jujurnya menjwb setiap persoalan pakcik tu..setepat2nya.. Nasib baik x bgtau no rmah kat mn jer...

Pastu, pakcik tu tngok dia atas bwh.Mulalah dia takut. So, ajak turun kat Stesen lrt Setiawangsa jerk. Mse nk turun tu sempatlah jugak saiddah meletakkan punggung dia atas kusi.. duduk! Tba je kat setiawangsa saiddah dgn gembiranya turun sbb dapat lari dr pakcik tu...duduk je kat kusi stesen tu, tba2 saidaah berteriak. handphone sy, handphone sy...panic kami ni ha! tulah td.. org bg suruh duduk. Dia duduk, tp beg tepon dia duduk x kuar2.Menggelabahlah semek tuh!
Kami pon menggelabahlah jugak. tmbah2 xingat naik lrt mn...

kami p tanye pakcik yg jga kat laluan masuk. Boleh plak e tinggal phone dia. KAlut punye psal.Nasib baik sy ambik phone tu...Pastu kami pon plan. Sy ckp kat hafiz, " kt naik lrt tinggal lgi 2 stesen hujung. mean, dtg lrt yg lpas ni kt kna naik. tuk cari balik phone tu.. ikhtiar.. Datanglah lrt tu... Sy dgn bersemangatnya mnyuruh kwn e, saiddah dan e naik lrt tuh. e tu plak tinggal handbag dia.. klako btul. Sylah yg mengutip beg e.. huhu...

sy naik lrt yg selepas tu.color hijau. dgn beg kiri kanan. Berlari2 atas train yg tngah laju berjln.Tngok kiri, tngok kanan. xhirau dah org kat tepi tu.. masing hairan tngok sy yg mcm cari something. Xpernah2 tegur org kat dlm lrt ari tu leh lak dgn selambenye ckp. cam dah knal lame...Adik sy lak 1 hal.Time2 terdesak tulah dia nk tepon. Bila lrt stop kat jelatek,sy pon trun sbb nk ckp dgn adik. lrt dah nk tutp baru sy masuk balik. nasib baik x tersepit.. Nak djadikan jodoh. Bertemu baliklah sy dgn saiddah dan e..

Mase tu, baru dapat col tepon yg ilang tu..marah saiddah dan e. Sb diorg ingat cina yg jumpe phone tu nk main2kan diorg. Rupa2 nya cina tu buta.. Nasib baik cina tu buta.. klo dapat dgn org celik mmg xberbaulah.. Ade rezeki lagilah tu...

PAstu ktorg cdg balik wangsa maju..
Lpas balik wangsa maju tu,, sy kna jaga umah. Yg lain p rmh pakcik cina yg jumpe phone tu..

Naseb baik dapat.. Itulah pngalamn kami.. so, moral valuenya kat cni... jgn terlalu jujur dgn org yg x dikenali..
Xleh gelabah sgt klo kehilangn sesuatu.. kna cool..
xkna lehlaa ckp.. klo aku yg kna .. xtaulaaa camner...hahaha
1 lagi, itulah gunanya kengkawn..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Wadah Wanita Islam: Surah an-Nur perjelas hidup bermasyarakat

Oleh Prof Madya Maznah Daud:-


SURAH an-Nuur yang bererti cahaya, mengandungi 64 ayat, diturunkan di
Madinah beberapa tahun selepas hijrah. Dalam surah ini terkandung ayat
dan petunjuk Allah bagi manusia yang berhubung dengan hidup bermasyarakat,
mahu pun berumah tangga. Semuanya, adalah cahaya yang menyinari kehidupan
manusia dalam menempuh jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.



Allah memulakan surah ini dengan satu penegasan agak unik dan berbeza
dengan surah lain. Firman-Nya bermaksud: "(Ini adalah) satu surah yang
Kami turunkan dan Kami fardukan (menjalankan hukum yang ada dalam)nya,
dan Kami turunkan dalamnya ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya."
(Surah an-Nur, ayat 1)


Secara jelas dan tegas apa yang terkandung dalam surah ini diturunkan
oleh Allah dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang beriman kepadaNya dan
ayatNya, supaya menerima dan melaksanakannya tanpa ragu-ragu atau
berdolak dalik.



Penegasan seperti ini sangat penting. Ia adalah asas kukuh dalam hati
setiap Muslim agar bersedia mendengar, menerima dan seterusnya
melaksanakan apa saja yang tuntut oleh-Nya. Meragui dan mempersoalkan
hukum atau peraturan Allah tidak wujud sama sekali dalam hati orang
beriman. Ini sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud:
"Sesungguhnya jawapan orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah
dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) antara mereka ialah
ucapan:"Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang yang beruntung."
(Surah an-Nuur, ayat 51)



Masyarakat adalah himpunan manusia daripada lelaki dan wanita. Mereka
bukan saja saling memerlukan, malah difitrahkan mempunyai keinginan yang
kuat terhadap satu sama lain. Bagi memenuhi keinginan semula jadi ini,
Allah mensyariatkan perkahwinan dan menggesa pihak berkuasa dalam
sesebuah masyarakat atau keluarga memberikan perhatian sewajarnya terhadap anggota
yang belum berkahwin.



Firman Allah bermaksud: "Dan kahwinkanlah orang yang sendirian antara
kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba sahayamu yang lelaki dan
hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan
mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha
Mengetahui." (Surah an-Nur, ayat 32)



Perkahwinan adalah satu-satunya jalan paling selamat dan terhormat bagi
memenuhi keinginan semula jadi manusia. Keinginan seksual adalah wasilah
atau jalan yang menghubungkan antara satu generasi dengan generasi
sebelum dan selepasnya. Lantaran, ia tidak boleh dipadam atau diketepikan.
Keinginan itu tidak boleh pula dibiar lepas bebas tanpa batasan. Ini
kerana keadaan sedemikian bukan saja akan menjatuhkan martabat insan,
malah boleh menghancurkan institusi keluarga dan masyarakat seluruhnya.



Ayat di atas ditujukan kepada ketua keluarga serta pihak yang berkuasa
dalam sesebuah masyarakat. Mereka tidak sepatutnya mengabaikan anggota
yang belum mempunyai pasangan hidup yang sah. Kemiskinan bukan suatu
alasan untuk melambat-lambatkan urusan perkahwinan. Jalan mesti dicari.
Penyelesaian mesti diusahakan. Allah sendiri memberi jaminan akan
memudahkan rezeki orang yang ingin berkahwin (Jika mereka miskin Allah
akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya).



Hubungan antara lelaki dengan perempuan yang lain daripada ikatan
perkahwinan dibataskan dengan adab serta panduan tertentu. Ini supaya
keutuhan keluarga yang dibina terpelihara, terselamat daripada fitnah dan
noda serta terhindar daripada jerangkap syaitan durjana.
"Katakanlah kepada lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah
lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat." (Surah an-Nur, ayat 30).



"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka..." (Surah an-Nur,ayat 31)



Lelaki dan wanita tidak dihalang daripada membabitkan diri dalam
masyarakat. Ini kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat yang
bertanggungjawab membangun, memaju dan memeliharanya daripada perkara
yang boleh menjejaskan kesejahteraannya. Apa yang wajib dilakukan ialah
memelihara tiga perkara iaitu menjaga mata, kemaluan dan aurat.
Hari ini, kesedaran memakai tudung di kalangan Muslimah laksana gelombang
besar yang tidak mampu dibendung oleh sesiapa lagi. Memakai tudung saja
tidak memadai. Mata hendaklah sentiasa dijaga kerana ia adalah penggoda
yang amat berbisa. Apabila mata bertentang mata, hati mula berkata-kata,
nafsu pun ikut bergelora, lantas iman terluntur dan iblis segera
menjalankan peranan.



Tidak cukup juga dengan kaum wanita saja yang bertudung litup, menutup
aurat dan menjaga maruah. Kaum lelaki juga seharusnya melakukan perkara
sama. Kaum lelaki wajib juga mematuhi adab menundukkan pandangan dan
kewajipan memelihara tiga perkara tadi. Ayat itu tidak hanya ditujukan
kepada wanita, bahkan menjadi tanggungjawab lelaki dan wanita.



Kadang-kadang terdengar suara mengatakan menutup aurat juga tidak
selamat.Mungkin ada benarnya luahan itu. Ini kerana menutup aurat mesti
dilaksanakan secara bersepadu dengan memelihara pandangan serta aturan
lain yang terkandung dalam surah ini. Ia tidak boleh diambil secara terpisah.
Perkara lain yang wajib dijauhi ialah memfitnah dan menyebarkan keburukan
serta kemungkaran. Firman Allah bermaksdu: "Dan orang yang menuduh wanita
yang baik-baik (melakukan zina) kemudian mereka tidak mendatangkan empat
orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali
sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 4)



Tidak dapat dinafikan bahawa fitnah atau tuduhan tanpa bukti meninggalkan
kesan yang mendalam dalam diri seseorang sama ada dari aspek kejiwaan
atau kemasyarakatan. Kesan itu bukan saja dirasai oleh orang yang dituduh,
malah seluruh anggota keluarganya. Lantaran, Islam melarang perbuatan
menuduh tanpa saksi hingga hukuman yang dikenakan ke atasnya hampir sama
berat dengan hukuman ke atas orang yang melakukan zina.



Penyebaran perbuatan keji juga laluan yang memudahkan anggota masyarakat
terjebak dalam kemaksiatan. Ini kerana sesuatu kemungkaran itu, apabila
disebarkan akan cepat merebak dan mendorong anggota lain meniru perbuatan
sama. Lantaran, tidak wajar disebarkan secara meluas hanya sekadar untuk
dijadikan bahan berita tanpa diiringi usaha bersungguh-sungguh untuk membendungnya.



Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka agar (berita)
perbuatan keji itu tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab
yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu
tidak mengetahui." (Surah an-Nuur, ayat 19)



Kesungguhan Islam memerangi kemungkaran, khususnya zina yang menjadi
punca runtuhnya institusi keluarga, tercemarnya zuriat dan menimbulkan
keresahan masyarakat, dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud :
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap
seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas
kasihan kepada kedua-duanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama
Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah
(pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang beriman."
(Surah an-Nur, ayat 2)


Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Pantun untuk couple..jgn mare...sape mkn cili dia rs pedas

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah..... x tau lagi....

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran....pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar / kejer kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal.... tunggu sampai jadi mayat ?/...

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?.../

bila kena tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..


masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

suruh sembahyang...nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...


yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama

kesudahanya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat...

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka² penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ' bercinta cara islam' itu nak
dijana....

bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat...

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah....balak cover, belum pecah tembelang...

pegang sana pegang sini,
x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai...

tulah... tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..


kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
"taulah...taulah xpayah susah²,
tau lak senyap bila dah bunting....

la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan²,
baru sekarang menyesal bangat....

nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas...
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Shopping sakan


Salam.

Bertemu lagi kita..

Sabtu Ahad, mmg weekend kat cni...sy mmg dah gtau kat mak xnak balik. Tp , nk beli something kat mak & satu2 adik besar(sis). Mak sy skrg dah jadi wanita berkerjaya. Dan adik sy(umi umaimah) bakal masuk universiti.. InsyaAllah.

Punyalah semangat nak shopping, smpai tdo rmh Pia n kwn2 kat sentol. so, ari jumaaat tu terus balik kat sentollah. Malam tu, sy ikut zura p kat danau Kota. Dalam xnk beli tu, terbelilah juga T-Shirt belang2 color PINK..leh tahan.Wat pakai tuk tdo.. Ngantuk xyah ceritalah.. Xpasal2 sy jalan dalam tdo...

Tiba2 mlm tu , we all nmpk adegan kjar mngjar. Piya dgn beraninya ajak tngok..Huuu....bahaye tu piya . Nasib bek ktorg xikut khndk dia...ade org curi barang.
sy pgang kmas2 wallet..lewat balik.. PAgi esok lak .. Bangun punyalah awl.. Mata cam xnak bukak jerr. Tp, paksa jugak.

sy dgn smngatnya ikut Hana ambik duit kat CIMB.. Lpas tu baru p makan kat kdai makan. Tunggu nasi lemak.. Lama gilerrr.Mase tngah makan nmpk seorg kanak2 istimewa.Tabahnya dia.. Zahirnya yg dia nmpk kegelapan jerr.. Tp, hati dia celik. Dia boleh mkn sndiri jln sndiri..MasyaAllah. Kagumnyer sy dgn budak tu...

Lpas mkn, piya, hana, tiey dgn zura nek teksi. Saya lak nek bus dgn kak nor & Pali. Smpai2 jer trus jln ke MAll. Pastu jumpa ngan pia n d gang kat mall. Bermulalah perjlnn ktorg ke GM .So, memandangkan hand bag benda yg paling sesuai untuk mak & umi, sy borong hand beg tu...

Pastu, kami jalan kaki smpai jln TAR. Kbtln hr tu hr minggu.. Bersesak2lah sy.. Yg sy boleh GO on je, go back xleh.ramai giler manusia.. Lenguh xpayah ckplah. Dgn beg yg byk 1 plastic besar, org plak ramai...sy ilang mood nk singgah kat mn2 gerai. Jaln2 punye jlan xsedar. Dah smpai kat stesen LRT masjed jamek..Sy sorang..
lma plak tunggu yg len smpai.

Smpai je e, sy trus ajak dia balik. Marah e, hehee . sorry. i dah penat sgt dah.dah dia xsmpat nk tngok2. Bnyk brg yg dia nk beli tp xjd...nsib baik ade lgi next week.
Tp, rsa cam dah serik. yelah , lenguh smpai hr ni xilang2 lagi....Yg bestnya. Tercapai gak hajat nk beli handbag. kirim ke hanalah.wat balik kg sbb sy xblik...

tulah sedikit sbyk citer tuk weekend niii....nk smbung keje lak.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer