- Jangan dilewatkan tidur selepas solat Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi s.a.w membenci untuk tidur sebelum Isyak.
- Ambik wudhuk sebelum tidur. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Jika kamu mendatangi tempat tidur kamu, maka berwuduklah sebagaimana wuduk untuk solat.
- Baca Doa tidur:Bismikalloh humma ahya wa amutt
- Kalau termimpi yang buruk2, bacalah
- Baca dua ayat terakhir dalam surah al-Baqarah(sbg pendinding masa tidur).
- Baca 3 kul dan ayat kursi..
- Biarkan rusuk kiri ke atas untuk kesihatan.Lapik tangan kanan di bawah kepala semasa tidur. Mulakan tidur atau baring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada al-Barra. Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan. tidur mengiring ke kanan menghadap kiblat.
- Bangun tidur, kita dipaku oleh syaitan melalui 3 penjuru di atas kepala.Kalu tidak dibuka, syaitan leh control gna remote control drpd salah 1 penjuru tersebut.
- Untuk membukanya, baca doa selepas tidur:Alhamdu lillah hillazi ahyaa naa ba' da maa amaa tana wailaihinnu syurr.
- ambik wudhuk
- solat subuh.
bismillahilazzi la yadurru maas mihi syaiuun fi ardhi wala fi ssama i huwassami ul alim
Waktu yang tidak sepatutnya kita tidur.Malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.:-
- selepas Subuh hingga terbit fajar
- waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari
- dari waktu Maghrib ke Isyak.
Dari segi posisi tidur:-
- cara berbaring dengan posisi terlentang adalah kurang sihat. Ini kerana cara demikian akan menekan atau menyesakkan tulang punggung, bahkan ia kadangkala menyebabkan kita ingin ke tandas.
- Tidur secara menelengkup pula tidak praktis untuk pernafasan.
- Tidur pada posisi mengiring ke kiri juga akan mengganggu kesihatan kita, kerana menghimpit jantung sehingga peredaran darah tergangga dan mengurangi alirah darah ke otak, jika ini terjadi kita akan mengalami mimpi sedih atau buruk.
Ringkasnya, pengajaran Islam dalam persoalan tidur memberi penekanan bahawa tidur itu sebahagian daripada nikmat yang diberikan Allah. Demikianlah, ajaran-ajaran Islam yang begitu sempurna merangkumi segala persoalan harian hidup.
Dr:Ustaz Zawawi,tv9.
No comments:
Post a Comment