Kami semua tertunggu2 .Aku pula adalah antara orang yang sibuk. Menyediakan itu dan ini. Begitu rajin, menyediakan air dan apa saja yang disuruh oleh nenekku.. Bukan apa. Aku kesian dgn mak.Dengan badan yang sangat lemah..Aku ketika itu hanya ingin mak selamat.Tak sanggup menerima sebuah kehilangan.
Dan sekarang semua 12 adik-beradik sedang membesar. Walaupun keadaan kami tidaklah semewah orang.Kalo aku dulu, belanja sekolah rendah 20 sen, sek men 50sen, Sekarang adik-adikku pun lebih kurang. Nampak mcm lebih banding ngan aku tp belanja diorang pun skdar cukup2 makan..Maklum barang2 kat kantin sekolah pon dah meningkat.
Namun, kami semua terima semua itu seadanya. Bagus adik2ku klo dbndingkan dgn aku dulu.. Sebelom pergi sekolah salam dulu..Klo aku dulu, mesti ade mak kat muka pintu..Selagi mak xdatang kat muka pintu, selagi itulah aku pangil semata nak ucapkan, "Kta g dulu mak".Bukan ape kata2 itu smalah dgn kata bye .hehehe.Dengan basikal coper yang mmg xsesuai utk seorg gadis aku gagahkan juga pergi sekolah.
walaupun mak ada anak2 yang ramai. Banyak kain baju yang perlu dibasuh, tp mak aku masih punya ksmpatan untuk menambah pndptan. dAn aku antara peneman setianya.bangun2 pagi2 buat kuih. Dah aku rsa cam berat sgt nak bangun.Tp, mak aku bangun lagi awl bnding ngan aku..Xde lak rsa berat nk bangun. sbb ape,? mak aku ade rsa..rsa tanggungjawab sbg seorg ibu..! Dialah antara orang yang paling sabar yang aku kenali. Selain tu, mak jga wat penampi beras. Masuk dalam semak, cari pengikat. Dah xhirau pacat. Yang tu, mmg adik yg temankan mak.Sbb aku takut pacat.
Aku pula dididik dengan sebaik-baiknya. Mak aku bukan org sekolah tinggi.Tp, dialah cikgu aku sejak dari sekolah rendah. Cikgu yang menjadi rujukan aku. Ingat lagi aku tnya mak apa anting2. Mak aku bgtau dgn tepat dan jelas. Nenek aku jadi cikgu yang ajar mngaji..Mmg bagus. Aku diberi ajaran yang secukupnya yang mereka ada, walaupun xsepenuhnya. Aku bangga!
Dikesempatan ini, aku nak bgtau sume org. Aku sayang sangat mak.Aku xsanggup tngok mak terluka. aku akan marah lebih dahulu klo ade org kutuk mak.. kdg2 aku bercakap kuat ngan mak, aku rasa bersalah sgt..Maafkan kta mak!Selama ini, maklah tmpat aku curahkan segala rasa hati.. Tiada rahsia antara aku ngan mak! Sbb aku anak mak.
apapun, Selamat hari ibu, mak! Mak adalah yang terbaik yang pernah kta knali selama didunia ini...andai xsempat aku ucapkan kata ini, tunjukkanlah pada ibuku apa yang tertulis disini, biar dia tahu bahawa dia adalah ibu kebanggaanku!
No comments:
Post a Comment