Apa yang aku ingin perkatakan di sini…Adalah:
Berkenaan sikap dan peribadi seorang lelaki..
Okay. Lelaki sbg suami.. Kenapa kamu ingin bernikah? Dimanakah letaknya org yang kamu nikahi? Adakah disisi untuk disayangi? Atau di bawah semata-mata untuk dihina, dipijak2 dan disakiti? Tahukah kamu bahawa yang dinamakan Hawa itu, jiwanya mudah tersentuh, sensitive dan peka..Apabila kamu sudah berniat untuk mengambilnya sbg isteri, kamu seharusnya bersedia untuk menjadikannya sbg org yg paling bahagia apabila bersama dgn kamu.
Bagaimana kamu ingin membuat dia bahagia? Boleh kalau kamu ingin memarahi dia, tp gunakanlah cara yang paling berhemat. Bukannya main marah je sesuka hati. Kesalahan kecik jer, tp berleter smpai esok pagi pun xhabis2 lagi…Jangan meleteri isteri di hadapan anak-anak.. Jika kamu begitu tegar berbuat sprt itu, nyata kamu bukan seorang lelaki yang berwibawa. Sebenarnya, kamu mengundang kebencian anak-anak terhadap diri kamu..Mahukah kamu disisihkan di hr tuamu? Pokok pangkalnya adalah asas kpd kbhgiaan. Kamu tidak ada asas.
Seterusnya, kamu sbg seorg bapa. Mengkritik sekeras-kerasnya anak2 bukan satu cara yg baik. Bolehkah kamu menghasut isteri supaya jangan sesekali menyokong anak-anak sbb dibimbangi anak2 makan diri? Apatah lagi menghasut di depan sekumpulan anak-anak.. Wajarkah berbuat sedemikian? Sudah tentu anak-anak yg mendengar akan terguris hati dan perasaan mereka.. Adakah mereka tidak cukup baik buat seorg insan bernama ayah? “Huh! Lebih baik aku buat jahat, buat baik pun tetap tidak nampak kebaikan aku!” Begitulah bicara si anak.
Apabila kamu menjadi ayah, jangan sesekali mengungkit apa yg telah kamu berikan. Bukankah itu sudah tanggungjawab kalian sbg seorg bapa?? Dan jangan sesekali meminta-meminta drpd si anak. Kerana dibimbangi anak-anak akan salah fhm. “Apakah selama ini dia tidak pernah ikhlas menjaga aku? Belum pun aku bekerja sudah meminta macam-macam. Aku beli itu , beli ini, tidak pernahkah dia nampak? Lebih baik aku xpayah beli apa-apa,!” Itulah yg akan bermain di dalam difikiran si anak.Apakah prsn kamu kalau kelak anak-anak betul2 menaburi duit kpd kamu tp tidak pernah menaburkan kasih syg. Rs bangga, rsa puas? Nyata kamu seorg yang tidak tahu dalam menilai erti kasih sayang.
Dan kamu sbg bapa seharusnya kamu mengajar anak-anak sifat yang baik. Mengajar apa yang sepatutnya. Menjadi guru tatkala di rumah. Ibu bapa adalah guru yang pertama bagi setiap org yang lahir. Menjadi contoh yg sebaiknya. Apabila subuh menjelang, kamulah org pertama yg bangun. Dan mengejutkan yang lain.Bukannya, kamu teruskan tidurmu..Bangun diluar waktu solat. Kamu juga seharusnya mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Kalau kamu sendiri tidak pernah menyentuh Al-Quran, bagaimana kamu ingin menyuruh anak-anak? Begitu juga dgn sifat mazmumah. Kalau kamu tidak segan silu melakukannya, bagaimana kamu ingin melarang anak-anak? Contohnya kamu merokok. Bagaimana kamu mahu melarang anak-anak spy tidak merokok?
Lelaki sbg ketua..Ada juga masanya, seorang ketua perlu mendengar pendapat anak buah. Jangan terlalu berpegang kpd kuasa veto yg ada pada kamu. Kalau tidak, kedudukan kamu pasti tergugat sama sekali.
Bagaimana ingin mewujudkan keluarga bahagia?
1. Kamu harus berpegang pd agama.(Amal makruf, nahi mungkar)
2. Kamu perlu sentiasa peka dgn sensitivity anak2 dan isteri
3. Kamu harus mepunyai nilai kepimpinan dan tanggungjawab
4. Jangan terlalu egois (Kamu seorg bapa, suami tidak semuanya kamu betul).
5. Sentiasa ingin memajukan diri
6. Mempunyai sifat pelindung, bukan penghentam!
7. Menyediakan tempat tinggal yang elok sbg tempat berteduh untuk keluarga.
8. Kamu harus menanamkan nilai kasih sayang dalam diri anak-anak.
9. Kamu juga harus peka dgn keperluan anak-anak.
10. Kamu perlulah lebih aktif dalam keluarga kerana kamu seorang ketua.
Daripada:
XXXXXXXX
Aku bukan yg terbaik, cuma Aku ingin kamu mengerti...wahai insan yg bernama abg, ayah,adik-adik lelaki, dan juga lelaki yg berada di luar sana. Mengertilah.
1 comment:
bagus entri nie.. zul tersenyum bile membacenye.. aha!~ :)
psst: Miliki buku2 ilmiaah karangan ikon2 terkenal seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah, Dr. Irfan Khairi dan lain2 lagi di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!
Post a Comment