Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

12 Rabiulawal-Kelahiran kekasih Allah

~Selamat menyambut Maulidur Rasul~







Junjungan mulia
~Al-Mizan~

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Dia Kekasih Allah “
~Hijjaz ~

Malu Rasanya Mengatakan Cinta
Kepada Dia Kekasih Allah
Kerana Dia Insan Mulia
Sedangkan Diriku Insan Biasa

ku Pujuk Jua Hati dan Jiwa
Meluahkan Rasa Cinta Membara
Didalam Pujian Ucapan Selawat
Tanda Penghargaan Seorang Umat

Selagi Upaya ku Turuti Ajarannya
Apa Terdaya ku Amalkan Sunnahnya
Moga Didunia Mendapat Berkat
Di Akhirat Sana Beroleh Syafaat

Kerana Peribadinya aku Terpesona
Kerana Budinya aku Jatuh Cinta
Rindu ku Padanya Tiada Terkata
Nantikanlah Daku Ditaman Syurga

Sesungguhnya Apa Yang ku Dambakan
Adalah Cinta Allah Yang Esa
Kerana Cinta Kepada Rasulullah
Beerti Cinta Kepada Allah


Secebis kata..

Sambutan Maulidur Rasul.. Sambutan ini sebetulnya tidak salah. Tetapi, sambutan itu, janganlah hanya sekadar sambutan sahaja. Pada hari Maulidur Rasul, kbnyakan artis2 memakai tudung litup. Bukan saja artis, tp, org kbnyakan juga turut berbuat demikian. Selawat ke atas nabi2 pula tidak putus2.Alangkah bagusnya, kalau keadaan seperti itu berterusan.


Kita sanggup berarak disepanjang lorong dan jalan, berpanas demi menyambut Hari kelahiran Nabi Muhammad. Melihat kpd kesanggupan tersebut, alangkah bagusnya kita..Kebanyakan ustaz2 menyuruh umat Islam mencintai dan mengingati nabi.Tetapi,sejauh manakah penghayatan kita dalam mengingati nabi Muhammad S.A.W? Bagaimana cara kita mengingati dan mencintai nabi?


Apa yang kita nampak,selepas 12 Rabiulawal, kita kembali ke asal.Kenapa kita tidak boleh untuk istiqamah dalam soal mengamalkan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah? Sayangkah kita kpd nabi? Nabi sememangnya sudah terbukti sygnya kpd kita, sehinggakan di saat ajal yang kian menghampiri pun, baginda masih menyebut2 kita umatNya..


Kalau kita sayang Rasulullah, ikutlah ajaran dan sunnahnya. Bukan sekadar sambutan sahaja. Kalau kita syg ibu bapa,suami, tidak cukup dgn sekadar menyambut hari kelahiran. Tetapi berusahalah untuk menjadi anak2 dan isteri2 yg soleh dan solehah.Jagalah maruah kita, walau kemanapun kita melangkah! Jagalah maruah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.


Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan umat Islam keseluruhannya..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

No comments: