Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Dah masuk 3 minggu..


Ada hikmahnya aku xdapat KPLI lagi. Rupanya, Allah ingin menganugerahkan rezeki dalam bentuk yang lain.







Hari ni 30jan 2011,wat test dan result adalah merah pada kedua2 tanda. tiada kata yang dapat kuungkapkan saat aku mendapat keputusan ini. Alhamdulillah! Semoga abang dan Ida dapat menjaga amanah yang dianugerahkan ini dengan sebaik-baiknya serta dapat mengharungi setiap ujian dan cabaran yang bakal mendatang. Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Jangan menilai peribadi menerusi pakaian

KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto seksi yang ‘menyerlahkan’ sebahagian payudaranya, tersebar di laman gosip dan forum.

Namun, anak keempat daripada 15 beradik itu meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian.



Nursyella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 25, berkata dia mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.

“Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya.

“Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara.


“Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.

“Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya.

“Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi,” katanya kepada Metro Ahad.

Nursyella mempunyai tiga album, bermula dengan judul Manis, disusuli Pasti Kembali dan terakhir pada 2006 dengan album koleksi 60-an. Antara lagu popularnya ialah Menangis Dalam Hujan dan Kaulah Bintang.

Dia yang menjadi artis rakaman ketika berusia 15 tahun, pernah beberapa kali dikaitkan dengan kontroversi mengenai pembikinan sebuah albumnya di Indonesia, empat tahun lalu.

Ada yang mendakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang VIP hingga sanggup mengeluarkan modal untuk menerbitkan albumnya di negara jiran itu. Dia juga pernah dilabel artis kelas rendah dan dituduh menjadi GRO.

Sejak kebelakangan ini, timbul gosip menerusi blog dan forum hiburan mendakwa dia ‘dibela’ seseorang hingga menyebabkan hidupnya kelihatan mewah.

Nursyella, ketika mengulas kontroversi itu, menjelaskan, segala yang dikecapi dia dan keluarganya ketika ini adalah hasil titik peluh sendiri tanpa menerima bantuan atau tajaan seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, orang tidak tahu betapa susahnya dia membina perniagaannya hingga berjaya ke tahap sekarang, sebaliknya cuma tahu memfitnahnya dengan pelbagai tuduhan.

“Alhamdulillah, rezeki saya murah. Apa yang saya usahakan memberi pulangan berbaloi, bermula dengan membuka restoran, salun, spa dan kemudian butik pengantin.

“Allah limpahkan rezeki kepada saya dan ketika ini saya dalam proses membuka cawangan butik ketiga tidak lama lagi, semua itu saya usahakan sendiri dan dengan bantuan keluarga. Saya ada 15 adik-beradik dan mereka banyak membantu dan mengusahakan perniagaan bersama saya.

“Saya juga diberi peluang menceburi pelbagai lagi projek yang memberi pulangan lumayan, jadi tidak mustahil orang lihat saya mewah kerana memang saya berkemampuan.

“Bukan mahu berlagak tetapi semua yang saya kecapi turut dikongsi bersama keluarga, terutama ibu bapa,” katanya yang merancang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada tahun ini.

Empayar perniagaannya juga semakin berkembang apabila Nursyella turut memasarkan produk perubatan herba khusus untuk wanita dan kini mendapat permintaan menggalakkan.

“Saya bercita-cita besar dalam perniagaan, malah dilatih sejak kecil dalam perniagaan kerana kami sekeluarga orang susah sebelum ini dan kini mungkin saatnya merubah nasib keluarga.

“Sebenarnya, saya malas nak layan kontroversi ditimbulkan tetapi semakin saya mendiamkan diri, bermacam pula tuduhan, cacian dan fitnah dilemparkan hingga mengaibkan maruah saya.

“Diharapkan tiada lagi fitnah dilemparkan kepada saya lepas ini, cukup dengan pandangan serong terhadap saya dan sebab itu saya tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya saya lakukan,” katanya.

Metro Harian-23 Jan 2011



KOMEN SAYA



Jika tidak dinilai peribadi melalui pakaian, melalui apakah kita sepatutnya menilai peribadi dan hati budi seseorang? Jika hamba Allah ini melihat seseorang yang berpakaian compang-camping, pakai parang panjang di pinggang dan berjalan pulak terhuyung hayang adakah hamba Allah ini sekadar tercegat melihat ataupun pergi bertanya kepadanya, " abang , boleh sy tolong?" Hanya orang yang tidak menilai melalui pakaian saja yang akan berbuat demikian. Betapa rendahnya nilai agama diletakkan. Apa nak jadi dengan dunia zaman skrg yer?



Fitnah adalah sesuatu yang dituduh oleh seseorang kepada seseorang yang lain terhadap apa yang tidak dilakukan. Apabila sesuatu itu sebetulnya dilakukan oleh yang empunya badan dan diakui sendiri, Apakah itu dinamakan satu fitnah? Sesungguhnya setiap yang diberikan oleh Allah merupakan ujian kpd kita. Allah sangat murka terhadap orang yang mempersendakan agama. Sedangkan agama menyuruh kita menutup aurat, kita pula dengan bangganya mendedahkan aurat.


Sebetulnya yang di dalam itu, Allah yang tahu. Yang namanya makhluk, takkan pernah dapat menilai seseorang tanpa melihat luarannya. Jika ingin membeli buah, lihatlah luarannya dahulu. Kalau nak lihat kat dalam, payah jugak tu.. Jarang2 penjual je yang bagi tengok kat dalam.



Kepada teman2, ambillah iktibar daripada rencana ini. Di akhirat kelak, setiap amalan kita akan ditanya. Adakah kita mahu menjawab kpd Allah sebagaimana kita menjawab kpd manusia yang sama seperti kita? Sesungguhnya, setiap anggota badab yang diberikan oleh Allah , bukan untuk disia-siakan. Dan setiap rezeki yang kita dapat haruslah ditimbangkan halal haramnya. Rezeki, kesihatan, kekayaan dan segala macam bentuk kemudahan lagi yang diberikan Allah adalah ujian untuk kita, Ingatlah! Ingatlah wahai saudara yang mengaku Islam, janganlah kalian sekadar Islam pada nama, tp pada perlakuannya anda jauh menyimpang dari ajaran Islam.



Apabila kita susah, tp kita masih takbur untuk mematuhi perintah dan larangan Allah, sungguh kita termasuk di kalangan org2 yang merugi.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Bersalin.


Mak Long datang ke sekolah, termenung jauh. Ku Tanya, “ Apa citer ni? Moyok jer nampak?” Katanya, “ Dia risaukan anaknya yang berada dihospital kerana melahirkan anak secara pembedahan. Anaknya sudahpun dibolehkan keluar, tetapi cucunya terkena penyakit kuning. Jadi, tidak dibolehkan untuk keluar. Disebabkan itu, anaknya yang dibedah terpaksa berulang alik ke hospital untuk menyusu anak. Yang menyedihkan Mak Long, anaknya hanya boleh duduk dan tidak boleh berbaring. Jika demikian keadaan ruangan katil di Hospital yang tidak cukup, Mengapa setiap orang yang bersalin diwajibkan bersalin di Hospital. Sedangkan kebajikan pesakit langsung tidak dijaga. Pesakit diberi makan ayam yang kita sedia maklum tidak sesuai untuk orang yang dibedah.


Masih kuingat mak melahirkan adik2 di rumah. Kadang2 bidan yang sampai dulu, baru sampai nurse. Tp, tiada pula mslh yang terjadi. Bila pihak hospital mewajibkan setiap ibu yang bersalin di hospital, Keadaan ini sangat menyusahkan para ibu. Apa tidaknya, Kalau di rumah si ibu boleh diberi makan atau minum terlebih dahulu supaya bertenaga. Di hospital si ibu kehausan dan kelaparan lantaran tidak diberi apa2 makan atau minum seteguk air pun sebelum melahirkan. Betapa siksanya si ibu apabila melahirkan anak di hospital.
Luka yang dialami si ibu yang melahirkan anak di hospital sangatlah besar , berbanding luka yang dialami si ibu yang melahirkan di rumah. Knp terjadi hal yang sedemikian?


Belum cukup dengan kisah ini, Ada juga kisah doctor tertinggal alat bedah di dalam perut. Kecuaian itu sangatlah dikesalkan krn terjadi di hospital. Melahirkan secara normal atau secara bedah? Semuanya berisiko. Begitulah besarnya risiko seorang wanita, bagi mendapatkan seorang zuriat. Bermula daripada mengandung. Pelbagai alahan perlu di alami, muntah2, loya dan sbgnya. Dan seandainya keguguran, rahim terpaksa dicuci, juga sangat menyakitkan. Jika tidak gugur, seorang ibu akan membilang hari bertarung dengan maut. Sukarnya untuk mendapat seorang anak. Seharusnya, hargailah seorang isteri dan ibu anda! Ingatlah pengorbanannya untuk org yang dicintainya..Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita...yang bergelar isteri dan ibu.


Banyak cerita dan peristiwa yang kudengar, membuatkan aku ngeri apabila memikirkan soal ini. Jika ingin membuat pregnant test, aku akan berfikir 1000 kali. Lantaran itu, biarlah aku membuat tanggapan, mungkin belum sampai waktu... Mak Long cakap "Anak aku tu mujur suaminya kerja kat sini jer, Kalau kamu?". Suami kerja jauh? Hurm, ntahlah. Akan adalah jalannya...Mcmmn agaknya, bila aku mengandung dan seterusnnya melahirkan? Moga aku diberi kekuatan & dipermudahkan Allah S. W. T. atas segala-galaNya..Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer


Sedang cetak nama student tahun 4 & 5. Mmmm. Banyak lagi yg lom siap. Ni , yang tngah wat .



ALAH NK G TEMAN KWN AMBIK DUIT LAH PLAK.. kNA TINGGAL DULU...
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Hati...selalu terluka..


Apb hati terluka bak kaca yang terhempas ke batu tanpa boleh dicantum lagi, Terasa seperti mahu saja ku melangkah pergi..Pergi jauh, sejauh-jauhnya dari dunia ini yang seperti tidak lagi memerlukan aku di sini…..Aku xlayak masuk ke SyurgaMu namun tak pula aku sanggup ke neraka-MU...Ampunkanlah dosa2ku...



Andai diriku diuji, biarlah aku mampu bertahan dgn ujian-Mu , Ya Allah!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer