Mak Long datang ke sekolah, termenung jauh. Ku Tanya, “ Apa citer ni? Moyok jer nampak?” Katanya, “ Dia risaukan anaknya yang berada dihospital kerana melahirkan anak secara pembedahan. Anaknya sudahpun dibolehkan keluar, tetapi cucunya terkena penyakit kuning. Jadi, tidak dibolehkan untuk keluar. Disebabkan itu, anaknya yang dibedah terpaksa berulang alik ke hospital untuk menyusu anak. Yang menyedihkan Mak Long, anaknya hanya boleh duduk dan tidak boleh berbaring. Jika demikian keadaan ruangan katil di Hospital yang tidak cukup, Mengapa setiap orang yang bersalin diwajibkan bersalin di Hospital. Sedangkan kebajikan pesakit langsung tidak dijaga. Pesakit diberi makan ayam yang kita sedia maklum tidak sesuai untuk orang yang dibedah.
Masih kuingat mak melahirkan adik2 di rumah. Kadang2 bidan yang sampai dulu, baru sampai nurse. Tp, tiada pula mslh yang terjadi. Bila pihak hospital mewajibkan setiap ibu yang bersalin di hospital, Keadaan ini sangat menyusahkan para ibu. Apa tidaknya, Kalau di rumah si ibu boleh diberi makan atau minum terlebih dahulu supaya bertenaga. Di hospital si ibu kehausan dan kelaparan lantaran tidak diberi apa2 makan atau minum seteguk air pun sebelum melahirkan. Betapa siksanya si ibu apabila melahirkan anak di hospital.
Luka yang dialami si ibu yang melahirkan anak di hospital sangatlah besar , berbanding luka yang dialami si ibu yang melahirkan di rumah. Knp terjadi hal yang sedemikian?
Belum cukup dengan kisah ini, Ada juga kisah doctor tertinggal alat bedah di dalam perut. Kecuaian itu sangatlah dikesalkan krn terjadi di hospital. Melahirkan secara normal atau secara bedah? Semuanya berisiko. Begitulah besarnya risiko seorang wanita, bagi mendapatkan seorang zuriat. Bermula daripada mengandung. Pelbagai alahan perlu di alami, muntah2, loya dan sbgnya. Dan seandainya keguguran, rahim terpaksa dicuci, juga sangat menyakitkan. Jika tidak gugur, seorang ibu akan membilang hari bertarung dengan maut. Sukarnya untuk mendapat seorang anak. Seharusnya, hargailah seorang isteri dan ibu anda! Ingatlah pengorbanannya untuk org yang dicintainya..Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita...yang bergelar isteri dan ibu.
Banyak cerita dan peristiwa yang kudengar, membuatkan aku ngeri apabila memikirkan soal ini. Jika ingin membuat pregnant test, aku akan berfikir 1000 kali. Lantaran itu, biarlah aku membuat tanggapan, mungkin belum sampai waktu... Mak Long cakap "Anak aku tu mujur suaminya kerja kat sini jer, Kalau kamu?". Suami kerja jauh? Hurm, ntahlah. Akan adalah jalannya...Mcmmn agaknya, bila aku mengandung dan seterusnnya melahirkan? Moga aku diberi kekuatan & dipermudahkan Allah S. W. T. atas segala-galaNya..Amin.
No comments:
Post a Comment