Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Ebook budak sekolah


Boleh dikatakan 5 bulan adalah bulan mengantuk. Sesampai jerr kat opis, dalam pkul 9 lebih2 gtu mata seakan xingin terbuka. Xnak layan sangat ngantuk mata, maka berlakulah aktiviti turun naik tangga. Mungkin ini adalah antara alahan2 yang aku alami.



Tapi, kali ini aku duduk jer kat tempat duduk.. Sbb penat juga main exercise ni.. Dalam keadaan ngantuk tu, datanglah bebudak sekolah. "Cik da, Tolong format ebook."
"ok. Letak kat sini". selang beberapa minit.Cik Da, Halim ni xingat password lah. Tolong buang.."ok".
Maka, setelah kepala aku penin dengan laptop cikgu yang kena format berkali2 ni, aku alih perhatian kepada ebook si Halim. Aku masuk admin dan removekan password dia. Terdetik di hati , nak tengok apa yang dia bukak kat ebook dia. Nak checklah kononnya.



Tarikh demi tarikh yang ku buka...Ok. Dia buka game, tarikh kedua plak, dia buka local disk, my document , merdia player.. Buka lagi.. Ya Allah! Halamak. Rosak2. Dia buka gambar perempuan ........dan macam2 lagilah gambar yang lebih kurang tu.. Aduyai, xtergamaklah nak sebut.. Aku tau, bukan si Halim yang buka. Ni, mesti kerja abang dia.. Aku nekad , nak tunjuk kat mak dia.



Terkejut jgaklah mak dia yang mengajar kelas Kafa. Bila ditanya, mak dia cakap anak dia yang umur 21 yang buka.. Lelaki umur 21 tengok gambar prmpn ........Apa kes? Kalau 21 tu, mmg buka spesies budak, tp kot ye pun dah gatai sangat, Cari kerja elok2, kawen cepat2. Tapi, heran jugak, apalah pekdahnya, tengok bnda2 yang xberfaedah camtu.. Jangankan bebudak, orang tua yang dikira kubur kata mari, dunia kata pergi pun perangai lbh kurang tu gak. Apa nk jadi ngan akhlak manusia skrg? Aku jd penin fikirkannya.



Inilah akibatnya,konon dunia tanpa sempadan. Tiada sempadan untuk melihat unsur yang tak senonoh, sehinggakan budak2 yang masih disekolah rendah pun sudah pandai bercakap, melihat malahan melakukan sendiri perkara2 tidak senonoh. Mendidik anak di zaman yang teknologi yang mnyediakan pelbagai unsur yang tidak berfaedah adalah satu cabaran yang besar. Meskipun dikampung dan dinegeriku yang boleh dikatakan kurang tempat hiburan seperti kelab2, tempat disko, wayang dan sebagainya, tetap juga menjadi cabaran bagi aku. Apalagi untuk membesarkan anak di Kota Metropolitan, menjadikan aku berfikir 2, 3 kali.



Tetapi, berjauhan dengan walidnya mungkin juga tidak elok untuk permata hati yang bakal lahir.. Belum lagi kujumpa jalan terbaik buat masa ini selain daripada berjauhan untuk satu2 jangka waktu. Berkorbanlah untuk masa depan. Bukan tidak jumpa langsung..Sesekali apabila rindu bertandang, pasti detik pertemuan hadir juga demi menatap permata hati..

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Badi, anak, ujian...


Badi mayat, badi kucing atau apa2 badilah. Apa yang dikatakan badi. Yang pasti mempercayai badi terkadang boleh melibatkan akidah. Jadi, kita perlu banyak2 beristighfar dengan kesilapan tersebut. Semua perkara yang terjadi datangnya dr Allah dan kembalinya juga kepada Allah. Cuma, apabila kita berbuat sesuatu perkara, kita haruslah beringat. Beristighfar. Menandakan kita masih ingat kpd Allah S.W.T. Banyak sekali pantang larang orang tua2 semasa kita mengandung. Tidak boleh bercakap besar, Tidak boleh terkejut, Tidak boleh menegur kejelikan orang. Malahan jika suami masuk ke hutan, Dilarang keras suaminya daripada membunuh binatang. Sehinggakan ada yang tidak dibenarkan menyiang ikan mahupun binatang2 lain.



Astaghfirullah... Mohon ampun kepada Allah atas segala kekhilafan yang terjadi apalagi yang kita perbincangkan mengenai badi. Terkadang, kita bukan mahu percaya, tapi sbg langkah berjaga2 kita harus beringat dengan cara beristighfar. Dan ingat, waktu itu kita sedang mengandung. Jika kita lemah semangat, jangan kita tempuh bnda yang tidak sepatutnya kita tempuh. Selagi boleh elakkan, kita elakkan.



Yang sepatutnya kita jaga sewaktu mengandung. Jauhkan diri daripada perbuatan2 yang tidak elok. Jangan mengumpat, bercakap yang perkara bukan2 elakkan diri daripada hadir ke tempat yang tidak senonoh dan macam2 lagi perkara yang buruk. Dekatkan diri kita dengan Allah S.W.T yakni banyakkan baca Al-Quran, Solat, sedekah dan bermacam lagi perbuatan yang baik2.



Jika terjadi juga apa yang tidak kita inginkan, mungkin itu satu kafarah dosa kita. Mungkin semasa mengandung, mulut kita celupar menegur segala kejelikan atau kecacatan yang kita lihat. Dan mungkin juga Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan kita dalam menerima ujian dariNya. Dan kita perlulah redha dengan apa yang kita perolehi. Yang pasti, anak adalah anugerah Allah yang harus kita jaga baik dari segi agama, makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Anak juga adalah ujian bagi setiap ibu bapa. Jika kita dah berusaha mendidik sebaik yang mungkin tetapi tetap anak tidak menjadi seperti yang kita inginkan, Itulah ujian buat kita... Banyakkan berdoa dan mohon kepada Allah sedari anak masih dalam kandungan lagi..



Ampunilah segala khilafku. Terkadang tanpa kusedari, aku telah melakukan kesilapan.
Semoga Allah memberikan keampunan kepada hambaNya yang kerdil ini.. InsyaAllah.. Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer