Badi mayat, badi kucing atau apa2 badilah. Apa yang dikatakan badi. Yang pasti mempercayai badi terkadang boleh melibatkan akidah. Jadi, kita perlu banyak2 beristighfar dengan kesilapan tersebut. Semua perkara yang terjadi datangnya dr Allah dan kembalinya juga kepada Allah. Cuma, apabila kita berbuat sesuatu perkara, kita haruslah beringat. Beristighfar. Menandakan kita masih ingat kpd Allah S.W.T. Banyak sekali pantang larang orang tua2 semasa kita mengandung. Tidak boleh bercakap besar, Tidak boleh terkejut, Tidak boleh menegur kejelikan orang. Malahan jika suami masuk ke hutan, Dilarang keras suaminya daripada membunuh binatang. Sehinggakan ada yang tidak dibenarkan menyiang ikan mahupun binatang2 lain.
Astaghfirullah... Mohon ampun kepada Allah atas segala kekhilafan yang terjadi apalagi yang kita perbincangkan mengenai badi. Terkadang, kita bukan mahu percaya, tapi sbg langkah berjaga2 kita harus beringat dengan cara beristighfar. Dan ingat, waktu itu kita sedang mengandung. Jika kita lemah semangat, jangan kita tempuh bnda yang tidak sepatutnya kita tempuh. Selagi boleh elakkan, kita elakkan.
Yang sepatutnya kita jaga sewaktu mengandung. Jauhkan diri daripada perbuatan2 yang tidak elok. Jangan mengumpat, bercakap yang perkara bukan2 elakkan diri daripada hadir ke tempat yang tidak senonoh dan macam2 lagi perkara yang buruk. Dekatkan diri kita dengan Allah S.W.T yakni banyakkan baca Al-Quran, Solat, sedekah dan bermacam lagi perbuatan yang baik2.
Jika terjadi juga apa yang tidak kita inginkan, mungkin itu satu kafarah dosa kita. Mungkin semasa mengandung, mulut kita celupar menegur segala kejelikan atau kecacatan yang kita lihat. Dan mungkin juga Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan kita dalam menerima ujian dariNya. Dan kita perlulah redha dengan apa yang kita perolehi. Yang pasti, anak adalah anugerah Allah yang harus kita jaga baik dari segi agama, makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Anak juga adalah ujian bagi setiap ibu bapa. Jika kita dah berusaha mendidik sebaik yang mungkin tetapi tetap anak tidak menjadi seperti yang kita inginkan, Itulah ujian buat kita... Banyakkan berdoa dan mohon kepada Allah sedari anak masih dalam kandungan lagi..
Ampunilah segala khilafku. Terkadang tanpa kusedari, aku telah melakukan kesilapan.
Semoga Allah memberikan keampunan kepada hambaNya yang kerdil ini.. InsyaAllah.. Amin.
No comments:
Post a Comment