Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP


Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

9 tips merawat jerawat

9 Tips Merawat Jerawat


1.Kuning telur : Cara penggunaanya: Ambil separuh kuning telur ayam dan campurkan dengan madu lebah kira-kira satu camca teh dan bancuh hingga telur kelihatan seperti masak. Sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas muka dengan air suam.


2. Belimbing buluh : Kisar belimbing buluh dan sapu ke seluruh wajah anda. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

3. Limau nipis : Ambil sebiji limau nipis dan di belah dua. Gosokkan pada wajah setiap malam sebelum tidur. Anda akan berasa sedikit pedih pada wajah tetapi limau nipis sangat berkesan dalam mengawal pengeluaran minyak pada wajah.


4. Tahi cacing : Petua yang keempat ini mungkin agak menjijikkan iaitu menggunakan tahi cacing. Ambil kira-kira satu camca besar tahi cacing dan campurkan dengan limau nipis. Sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas.



5. Ubat gigi : Ubat gigi di sapu di muka sebelum masuk tidur. Jika jerawat anda membengkak, sebaik-baiknya picit dan keluarkan nanah yang terdapat pada jerawat tersebut dan sapukan dengan ubat gigi. Parut jerawat tidak akan kelihatan di muka.



6. Air teh : Air teh dibiarkan sejuk semalaman dan digunakan untuk membasuh muka. Amalkan setiap hari, Insya Allah, jerawat akan berkurangan.



7. Kacang hijau : Ambil satu sudu makan kacang hijau dan rebus. Masukkan satu camca gula, dua keping kulit kayu manis dan satu kuntum bunga cengkih. Amalkan sebagai minuman setiap hari selama seminggu atau sehingga jerawat hilang.



8. Madu lebah : Gunakan madu lebah asli untuk petua ini. Sapukan madu lebah pada bahagian yang ditumbuhi jerawat dan birkan selama selama 1 jam sebelum di bilas. Amalkan setiap hari.


9. Daun belimbing buluh : Ambil daun belimbing buluhkira-kira segenggam dan tumbuk hingga lumat, tambahkan sedikit air dan di tapis. Air daun belimbing buluh itu hendaklah dibancuh dengan bedak sejuk dan disapukan pada wajah setiap malam sebelum tidur.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Petua membuat biskut

Terjumpa la artikel yang saya kira sangat berguna pada musim-musim macam ni. Ok jom kita baca …
1. Terdapat lebih kurang 3 jenis doh yang dihasilkan untuk membuat biskut moden iaitu jenis yang rangup, lembut dan kenyal.
2. Bagi biskut jenis yang ranggup seperti chocolate chip, oatmeal dan raisin, chocolate rolling cookies, biskut badam, biskut cornflakes dan sebagainya, penggunaan lemak adalah lebih banyak berbanding penggunaan cecair seperti air, susu dan jus tertentu.
3. Biskut yang lembut atau cair sebaik dimakan, biasanya menggunakan lebih banyak cecair seperti susu dan air berbanding penggunaan lemak. (Contohnya biskut kacang, biskut jagung, spritz cookies, bahulu, samperit dan lain-lain lagi )
4. Biskut yang kenyal seperti macaroon pula lebih banyak menggunakan gula.
5. Bagi biskut jenis lembut dan lembap, sesuai dibakar di bawah tahap masak maksima ( underbake ). Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapannya.
6. Anda perlu tahu bahawa setiap biskut akan melalui proses mengembang, berbeza dengan kek yang akan melalui proses menaik. Proses menaik ini berlaku dalam kadar yang sedikit @ kecil berbanding dengan proses mengembang bagi biskut.
7. Baking powder atau nama Melayu nya serbuk penaik adalah sejenis bahan yang diperlukan dalam proses menaik seperti membuat kek manakala soda bikarbonat pula digunakan agar biskut dapat mengembang dengan sempurna. Kena tahu perbezaan kedua-duanya tu ye.
8. Dalam kebanyakan persediaan membuat biskut moden, bahan seperti gula, telur dan mentega tidak dipukul keterlaluan hingga begitu mengembang. Cukup sekadar untuk memastikan ia sebati, mungkin boleh dipukul dalam tempoh sekitar 3,4 minit sahaja.
9. Pastikan kepanasan oven @ ketuhar berada pada takat sederhana agar biskut dihasilkan tidak hangit Suhu 180 – 190
darjah Celcius adalah suhu yang sesuai.
10. Tepung berprotein tinggi (tepung roti) kurang sesuai untuk penyediaan biskut jika dibandingkan dengan tepung gandum biasa.
11. Terdapat 3 kaedah dalam pembuatan biskut iaitu secara one stage method ( kaedah paling mudah iaitu dengan mencampurkan semua bahan sekaligus lalu dipukul sekitar 2 atau 3 minit, direhatkan sebentar lalu dipukul semula), creaming method ( menyerupai kaedah membuat kek . Cara ni sesuai untuk biskut jenis rangup atau yang kurang menggunakan cecair) dan sponge method ( kaedah span sama seperti kaedah membuat bahulu tradisional. Gula dan telur perlu dipukul sehingga betul-betul kembang, baru dimasukkan tepung ) .

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Ayat penyembuh dlam Al-Quran

6 kali ayat penyembuh disebut d dlm Al-Quran.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Start lulus lesen memandu

Tempat belajar : batu 13 Oleh: JPJ , Wilayah persekutuan Tetba jer terjumpa benda alah ni....

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Tanggungjawab Suami Isteri

Tanggungjawab Suami Isteri Posted by Nuralhadi. TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab suami (Hak Isteri)
Memberi nafkah zahir dan batin
Membayar mas kahwin kepada isteri
Memberi layanan yang baik
Menjaga maruah isteri
Memberi didikan agama
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
Menjaga dari sebarang ancaman
Adil terhadap semua isteri


Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)

Taat dan hormat kepada suami
Menjaga maruah suami
Memberi layanan yang baik
Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
Tidak keluar rumah tanpa izin
Tidak mendedahkan kelemahan suami


Tanggungjawab bersama

Mengekalkan kerukunan rumahtangga
Memelihara dan menjaga anak-anak
Memberi pendidikan yang sempurna
Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
Menyediakan rawatan dan perubatan
Menjamin keselamatan


ISTERI BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH

Antaranya ialah:
1.Sentiasa taat kepada Allah.
2.Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya.
3.Menyenangkan hati suami.
4.Pergi ke mana-mana setelah mendapat keizinan suami.
5. Tidak mudah menerima tetamu tanpa keizinan suami.
6. Pandai melayani suaminya dan anak-anaknya.
7.Tidak suka mengomel.
8. Suka hidup sederhana.
9. Tidak boros berbelanja.
10.Tidak suka berhutang.
11.Tidak suka mengumpat.
12.Memelihara kehormatan diri dan keturunannya


MERANCANG KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
1. Mencari tempat tinggal yang selesa.
2. Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menang­gung nafkah isteri dan anak-anak dan masa depan keluarga.
3. Berbincang suami isteri tentang perjalanan hidup berumahtangga dan rancangan pembangunan keluarga.
4. Mengenal pasti kerja-kerja dalam rumahtangga dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas suami atau isteri atau tugas bersama.
5. Mengatur waktu untuk bekerj a dan untuk melaksana­kan tugas-tugas di rumah dan dalam masyarakat dan waktu untuk bermesra.
6.Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi dan harmoni antara suami isteri.
7.Mengenal pasti perkara yang digemari dan tidak di­gemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.
8.Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga dan merancang masa hadapan mereka.
9.Membina daya kreatif untuk mengekalkan ke­mesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga.
10.Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat “Rumahku Syurgaku.”
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/peranan-hak-dan-tanggungjawab-dalam-institusi-keluarga/
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Bahang GST

Bila pergi ke pasaraya, aku sebagai pelanggan bertanya. mcmmn harga barang bila Gst nanti. Cashier jawab. kami akan meletakkan harga barang sebelum dan selepas gst. Rupanya , mn2 kedai yang letak harga barang sebelum dan selepas gst akan dikenakan tindakan. Harga barang yang semakin melambung tinggi, rupanya pihak atasan nak sorokkan. hurmm, bodohnya bila aku tengok iklan2 yang menyokong gst! Sape sokong gst yang memang menganiayai rakyat? gasak sampai tetonggeng! rakyat merana. Bila pergi ke pasaraya, aku sebagai pelanggan bertanya. mcmmn harga barang bila Gst nanti. Cashier jawab. kami akan meletakkan harga barang sebelum dan selepas gst. Rupanya , mn2 kedai yang letak harga barang sebelum dan selepas gst akan dikenakan tindakan. Harga barang yang semakin melambung tinggi, rupanya pihak atasan nak sorokkan. hurmm, bodohnya bila aku tengok iklan2 yang menyokong gst! Sape sokong gst yang memang menganiayai rakyat? gasak sampai tetonggeng! rakyat merana. Kesan bila terlalu banyak cukai SERDANG – Rakyat patut menggesa kerajaan untuk tidak mengenakan cukai tambahan seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika mereka berpendapat ia akan hanya menambahkan beban. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebarang cukai tambahan akan menyebabkan harga barang naik, termasuk kos ubat dan rawatan kesihatan. “Saya rasa rakyat perlu beri maklum balas. Mereka boleh beritahu, jika kerajaan kenakan lebih banyak cukai, mereka tidak akan undi kerajaan itu lagi pada masa depan,” katanya, mengulas isu kos perubatan dan penjagaan kesihatan yang dikhuatiri meningkat selepas GST dilaksanakan, 1 April ini. Beliau ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Perdana University dan University of California, San Diego di sini, semalam. (SINAR HARIAN)
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer