Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

9 tips merawat jerawat

9 Tips Merawat Jerawat


1.Kuning telur : Cara penggunaanya: Ambil separuh kuning telur ayam dan campurkan dengan madu lebah kira-kira satu camca teh dan bancuh hingga telur kelihatan seperti masak. Sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas muka dengan air suam.


2. Belimbing buluh : Kisar belimbing buluh dan sapu ke seluruh wajah anda. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

3. Limau nipis : Ambil sebiji limau nipis dan di belah dua. Gosokkan pada wajah setiap malam sebelum tidur. Anda akan berasa sedikit pedih pada wajah tetapi limau nipis sangat berkesan dalam mengawal pengeluaran minyak pada wajah.


4. Tahi cacing : Petua yang keempat ini mungkin agak menjijikkan iaitu menggunakan tahi cacing. Ambil kira-kira satu camca besar tahi cacing dan campurkan dengan limau nipis. Sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas.



5. Ubat gigi : Ubat gigi di sapu di muka sebelum masuk tidur. Jika jerawat anda membengkak, sebaik-baiknya picit dan keluarkan nanah yang terdapat pada jerawat tersebut dan sapukan dengan ubat gigi. Parut jerawat tidak akan kelihatan di muka.



6. Air teh : Air teh dibiarkan sejuk semalaman dan digunakan untuk membasuh muka. Amalkan setiap hari, Insya Allah, jerawat akan berkurangan.



7. Kacang hijau : Ambil satu sudu makan kacang hijau dan rebus. Masukkan satu camca gula, dua keping kulit kayu manis dan satu kuntum bunga cengkih. Amalkan sebagai minuman setiap hari selama seminggu atau sehingga jerawat hilang.



8. Madu lebah : Gunakan madu lebah asli untuk petua ini. Sapukan madu lebah pada bahagian yang ditumbuhi jerawat dan birkan selama selama 1 jam sebelum di bilas. Amalkan setiap hari.


9. Daun belimbing buluh : Ambil daun belimbing buluhkira-kira segenggam dan tumbuk hingga lumat, tambahkan sedikit air dan di tapis. Air daun belimbing buluh itu hendaklah dibancuh dengan bedak sejuk dan disapukan pada wajah setiap malam sebelum tidur.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

No comments: