Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Jgn setakat cakap je. Tp, buat n ubah!

First, nak mintak maap kat Saiddah Sofiyyah.
Second kat Shidah.

Memang semuanya sbb sikap. Sikap pelupa! Sikap tu adalah sikap yg patut ada pada org2 tua lama. So, buanglah jauh2 sikap tu.. Sbb sikap tu boleh merosakkan keadaan. Yang kedua, sbb sikap x alert. Bila org dah cakap tu, alert la sket..Sbb ni lak sikap budak2.

Bila org cakap kita iakan. Tp, tak betul2 tanya.. Lain kali, bile org pesan sesuatu, tnya betul2. Pastikan betul2. Baru buat. Barulah xsilap nanti xde kesilapan tu.... N satu lagi sikap nervous n kalut. Tolonglah buang jauh2. B a cool girl. N satu lagi. Sikap ambik mudah! Jangan ade sikap yg mcm ni..Take overall, SERIOUS.Okay! Walaupun sume tu dah settle, tp, Shidah n Saiddah. So sorry.....
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Student kesayangan!28072009

Malam last bersama student kesayangan.




Meskipun diorg ni nmpk cam budak hyperactive tp, diorg ni bdak2 baik sumenye...Harap2 diorg sume ni berjaya dapat 1A dalam math. Amboi, nmpk cikgunya ni posing! Control ayu gitu..Ayulah konon!hahaaa.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Balik Kampung(17/07/2009)

Hurmm,


Hari ini, jasad dah ade kat KL balik.. Huhuuuu, sekejapnya mase di kampung? Sedar2 dah ada kat cni..teringat2 lagi suasana mase kat kg. Berat sangat ati nk berpisah. Tp, betullah kate org! Kalo xnk berpisah , jgn nk bertemu.. Sbb bile dah bertemu, Akn ade perpisahan., Mmg itulah adat dalam sebuah kehidupan. Hilang di mata tp di hati xkan lupa....


Skali skala pulang ke kampung. Menghindar diri daripada kesibukan diri di SKALi. Amat menyeronokkan. Apatah lagi, bila semua adik-beradik ada di Kampung.Tujuan asal nak jumpa diorg je.. Tp, yang seronok lagi bile dapat makan buah durian, manggis dan rambutan.. Mmg cukup best. Heheee. Macam dah terlupa, masih ada yg memerlukan tenaga sy di sini..


Posing!


Balik kampung, org cakap masa tuk berehat-rehat kan? tp, bg sy xade istilah rehat dalam diri ini. Yelah mase balik tgh modified umah. Tu yg bz. Mak wat keje kat sekolah lagi, kat umah lagi.. memmg memenatkan. Dan sy ni plak xdapat dah nk nolong. Kesian gak mak bnyak sgt yg nk diuruskan


Apalagi, next week sume dah xde..kecuali abg mie dgn beri je lah. Pg ngan umi dah balik kampus masing2. Anyway, sy epi sgt2. Sbb dapat gak kumpul ramai2. Tambah2, Dapat lak main ngan Si Comel. Mase sy pergi dulu, comel xleh bukak mate lagi.. Skrg dah dapat berlari.... Menikus lak tuh..Eii, geramnya kat budak kecik sekor tu....


Balik x balik agaknya dekat2 raye ni..Klo ikut plan, nk balik 3hari sblm raye dan 3 hari selepas raye.. Ntah dapat ke x? Harap2 dapatlah. Tp, xsempat nk wat kuih raya nanti.. Ni mmg nk kna guna kuih raye tunjuk jelah. Nmpk pada gayanye.. terpaksa guna kuih raye tunjuk jeaa. Xpelah, tunjuk pon tunjuklah.. nk wat mcmmn, terpaksa. Nk harapkan mak sorang, mmg susahlaa. Sbb mak sy bz sgt2.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Pelajar dahulu, pelajar sekarang


Zaman semakin moden. Apabila kemodenan terlalu melangkaui zaman, ada juga keburukannya.
Akibatnya, manusia terlalu bergantung kepada "machine". Bermula daripada perkara-perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara yang besar. Kebergantungan manusia kepada machine sangat ketara.
Malam tadi saya ada mengajar budak-budak tuisyen. Dan saya sangat terkejut dengan keadaan budak-budak kelas math.
Akibat dibolehkan menggunakan kalkulator di dalam peperiksaan, pelajar diajar menggunakan kalkulator. Sehinggakan soalan semudah ini..




Masih memerlukan kalkulator untuk menjawab soalan mudah. Yang mengejutkan saya lagi diorang boleh plak cakap cikgu xajar pengiraan
mudah. Tp, mereka diajar menekan kalkulator. Bukankah itu melambatkan? Dan apa yang saya nampak pelajar dahulu berbanding sekarang sangat jauh berbeza. Pemikiran mereka jauh lebih cerdik sebenarnya berbanding pelajar dahulu. Tetapi sayang 1000 kali sayang. Kerana apa yang saya nampak tahap kecerdikan dan pemikiran mereka lebih bergantung kepada peralatan lain. Seandainya tiada peralatan tersebut, pincanglah kehidupan mereka sebagai pelajar. Itu adalah apa yang saya terjadi dalam pelajaran matematik.


Pelajar seolah-olah terlalu hanyut dengan arus kemodenan. Sehinggakan semasa kita mengajar di hadapan, pelajar memegang telefon, bermain sms. Apakah mereka tidak mempunyai matlamat dengan apa yang mereka hadapi? Bukan semua pelajar sebegitu. Tetapi, pepatah mengatakan kerana kerbau seekor terpalit semuanya. Kerana beberapa orang pelajar yang kurang berminat, Semua pelajar mungkin akan dipandang begitu. Memandangkan cabaran untuk menjadi seorang guru terlalu besar, Apakah saya masih menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang guru? Jawapan saya.YA! Sudah tentu!


Setiap pekerjaan semuanya ada cabaran. Bagaimana kita menangganinya, itulah yang sepatutnya. Bukan mengalah kepada cabaran!Saya masih berkeinginan untuk menjadi seorang guru, kerana saya yakin disebalik cabaran itu, ada kemanisannya. Cuma, bilakah rezeki saya untuk menjadi seorang guru tercapai? Wallahu a'lam.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Hargai dirimu....wahai diriku..Insan lemah.

Wanita, bilamana dia belom berkahwin, dia adalah gadis.
Kejadiannya sngat istimewa,
sangatlah unik.
Diciptakan dirinya dari tulang rusuk kiri Adam yg bengkok.

Lalu, bagaimana harus kamu menghargai dirimu?
Wanita bak mawar merah,
Cantik di mata, harumannya,
Kecantikannya, keindahannya menjadi tarikan kepada si kumbang.
Dan sedarlh bahawa, betapa sukarnya si kumbang mendekatimu,
Lantaran duri2 yang sentiasa menjagamu..

Duri itu adalah MALU,IMAN dan TAKWA.
Berpeganglah pada tali Allah,
Tundukkanlah pandangan,
Bukan bermakna berjalan dengan menundukkan muka,
Tetapi, jauhilah drpada dipuja dan memuja,
Walaupun mmg itulah hakikat sebuah kejadian,
Tertarik dan menarik,
Apabila kutub Utara bertemu dngan Kutub Selatan,

Jangan sesekali mngabaikan tanggungjawabmu kpd pencipta,
Yakni, jgn sesekali abaikan solatmu,
Banyak gadis moden sekrg begitu mngambil mudah,
solat-Nya,
Sedangkan solat itu adalah tiang,
yang menjadi benteng, mengelakkan dirimu drpda
perkara yg dilarang,

Jangan sesekali didedahkan auratmu,
Kerana pakaian yang tertutup boleh mengelakkan dirimu darpd fitnah,
Taukah bahawa, setiap gadis adalah fitnah,
Fitnah bagi kaum Adam,


Tidak dinafikan, seorg gadis ingin mencintai & dicintai,
Benar itu adalah fitrah,
Tp, jagalah fitrah itu dgn batsan agama,
Jangan sesekali mengejar cinta manusia,
Tetapi carilah cinta Allah,
Iaitu cinta yang paling hakiki,

Dan andainya, ingin mencintai Adam,
Cintailah sekadarnya,
Labuhkan cintamu pada Allah melebihi cintamu padanya,
Dan andai ingin dicintai,
Carilah Adam yang melabuhkan cinta-Nya pada yg maha pencipta,
Selamatlah cintamu, dalam redha-Nya.

Memang dirimu adalah gadis yg sangat lemah,
Lemah xbermakna mnyerah segalanya
kpd Adam,
Jagalah apa yg ada padamu, kerana dirimu begiru berharga.
Kerana dirimu mempunyai ibu bapa,
Maruahmu adalah maruah mereka,
Ingatlah, sebaik2 hamba adalah yang mentaati pencipta-Nya.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Di sebalik wasatiah-sekadar ingatan untuk semua

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda..

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif

16. Terlalu banyak baca e-mail - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca e-mail je..

Post by: Tengku...
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Don't blame it on me

As time goes by, I learned that my space is
A great responsibility
And I realize all the things I haven’t done
Affect all people around me


So, I wanted to take this time out and
Apologize for thing I haven’t done and
Things that didn’t occur yet
And things I don’t want to take
Responsibility for


I’m sorry that my friend requests have grown
Takes about an hour to approve I’m alone
I’m sorry for the times that I had to go
You were online and I did not know


That you were at home just waiting for me
To respond to every message and comment I see
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times that I did not check
I’m sorry for the things I haven’t done


I’m a teacher, student, and staff of softlake
I’m sorry that I’m busy and always away
I got a lot to do, what more can I say
Coz I’m doing work hard like everyday


I’m sorry that I had to write that Fricke essay
I know I didn’t take your entire request
Like how to b a happy or how to b a prep


I understand that u get pissed off
And it’s not ur fault, I know
All the hate mail I got from you
Just because I respond too slow
I apologise for singing this song
It nothing and makes a funny of me
I would respond to you right now


But I forget cuz my KPP
You can blame my KPP
For me being so busy
Its not that I’m lazy
Its just cuz my LDL
Said you can blame my PDL
For me being so busy
Its not that I’m lazy
Its just cuz my CDL
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Janganlah dikau tenggelam dalam kejayaan

Kejayaan,
terkadang boleh membuatkan kita menangis,
dan terkadang pula membuatkan kita senyum kegembiraan,

Dan andainya kejayaan menjadi milik kita,
jgn sesekali ditenggelami keangkuhan,
kesombongan,
dan kesibukan,
jgn sesekali membiarkan diri hanyut dgn kegembiraan,
Ingatlah,
kegembiraan itu xkekal lama,
Ia bisa membuatkan manusia alpa,
alpa pada kedukaan yang bakal mendatang,

Dan andainya kejayaan sudah di genggaman,
bersyukurlah,
bersyukurlah pada Dia yang selalu murah dgn pemberian,
Ingatlah, bahawa kita cuma insan,
yang seringkali tak lepas dari ujian,
ujian yang bernama kejayaan.

dan aku disini terus memburu kejayaan,
Setelah kegagalan demi kegagalan,
Aku hadapi dengan penuh ketabahan,
semoga kejayaan menjadi milikku,

Dan seharusnya diingat bahawa,
Masa lalu adalah kegagalan,
Masa lalu adalah segala jenis kepayahan,
Jangan sesekali lupa diri,
lupa daratan,
Apabila kejayaan digenggaman,
Hargailah kejayaan dengan sekadarnya..
Sekadar yang sentiasa menyedarkan diri kita,
siapakah kita yang dulu...?


Ingatlah diriku dan saudara-saudaraku......

Nukilan: dari insan bernama "Aku"
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

7.07.2009-tuisyen

Tonite(math-straight line and/or statistic)




kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
dan mulai turun setitis air langit dari tubuhnya

tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasaMu
yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini


terima kasihku padaMu Tuhanku
tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
hanya diriMu yang tahu besar rasa cintaku padaMu

oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku takkan berpaling dariMu

(terima kasihku) ya Allah
(padaMu Tuhanku) anugerahMu


Engkau sisihkan semua aral melintang di hadapanku
dan buat terang seluruh jalan hidup untuk melangkah
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Sekadar ingatan untuk "AKU"

Pertunangan bukan Lesen "P"
oleh:Ustaz Muhammad Fauzi


Rasanya rata-rata pasangan yang sedang di dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan di antara pasangan. Kalau sebelum bertunang segala-galanya jelas; tidak boleh dating, tidak boleh berbalas sms, tidak boleh tegur menegur ikut suka dan sebagainya, tetapi di dalam tempoh pertunangan ianya akan menjadi sedikit kelabu. Mungkin sebab itulah agaknya sebahagian ibu bapa lebih suka menangguhkan majlis pertunangan dan melewatkannya sehingga hampir-hampir hari pernikahan. Ibu bapa tidak yakin agaknya anak-anaknya yang wara’ ini boleh mengawal perasaan dan jiwa mudanya ketika tempoh bertunang.



Sebelum ini saya lebih suka jika mana-mana pasangan yang telah nekad untuk hidup bersama melangsungkan pertunangan rasmi agar setiap pasangan merasai sedikit komitmen dan menyediakan diri untuk perkahwinan itu. Tetapi setelah melihat beberapa kes yang berlaku kepada beberapa pemuda-pemudi wara’, rasa seperti saya terpaksa menyokong pula pandangan kebanyakan ibu bapa.



Pertunangan dalam erti kata mudahnya adalah satu proses menanda bahawa diri ini sudah berpunya. Sebab itu lepas seseorang bertunang, dia akan pakai satu cincin yang di dalam masyarakat kita dikenali sebagai cincin tanda. Kalau orang Arab, mereka akan memakai cincin tersebut di jari tertentu untuk menunjukkan bahawa dia sudah bertunang. Kalau sudah berkahwin, cincin dipakai di jari lain. Dalam erti kata mudah kita kata pertunangan ini hanyalah satu proses ‘cup’ sahaja.



Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Jawapannya ada tetapi amat sedikit. Lelaki tidak wajib memberikan nafkah. Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana dari tunangnya. Tetapi, boleh sekadar memberitahu, untuk mengelakkan wasangka dari tunangnya.



Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi. Lelaki mungkin boleh meminang orang lain sebab syarak benarkan dia untuk berkahwin empat, tapi macam gelojoh sangat pula jika si lelaki meminang lebih dari seorang wanita semasa masih bujang.



Ini semua kerana pertunangan bukan perkahwinan. Bezanya amat jauh. Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Permilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si wanita pada tunangnya adalah orang asing. Kalau si wanita jumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Nak panggil ayah mungkin boleh tapi tak payahlah kot, macam mengada-ngada rasanya. Tidak ada ikatan lagi. Bahkan sebenarnya ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu kalau putus tunang.



Oleh itu kena kuatkan iman sepanjang tempoh pertunangan. Nak bercakap-cakap boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. Ada orang tengah seperti ada ahli keluarganya sekali. Begitu juga berutus sms atau email. Dating tidak sama sekali. Keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali.



Saya pernah melihat satu kes di depan mata saya sendiri di mana seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita. Dia menziarahi keluarga wanita tersebut bersama keluarganya. Sampai situ ok lagi. Tiba-tiba lelaki tadi memanggil wanita, tunangnya itu dan meminta tuangkan air. Ya salaammm. Tak bolehlah macam tu. Dalam satu kes yang lain pula lebih berat dari itu, si wanita memanggil tunangnya dengan kuat di hadapan semua ahli keluarga ‘ABANG’. Belum jadi ‘abang’ lagi saudari! Sabarlah sikit. Jangan tunjuk sangat depan orang. Semua orang tahu awak tu tengah seronok.



Kesimpulannya jagalah batas-batas dengan tunang sama seperti kita menjaga batas dengan orang lain. Ada sedikit tarikan untuk kita mengexpesskan perasaan kita kepada tunang, kawallah perasaan itu.


Bersabarlah sedikit demi sebuah perkahwinan yang Islamik.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Al-Waqiah(Jadilah puak kanan)

(9) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);


(10) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),


(11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.


(12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;


(13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.


(14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;


(15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.


(16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;


(17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.


(18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.


(19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,


(20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.


(21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,


(22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.


(23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.


(24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;


(25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).


(26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?


(27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.


(28) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,


(29) Dan naungan yang tetap terbentang,


(30) Dan air yang sentiasa mengalir,


(31) Serta buah-buahan yang banyak,


(32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,


(33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.


(34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


(35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),


(36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.


(37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;


(38) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
.......................................
Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan.(91)


Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. / (96)
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Michael Jackson - Give thanks to Allah Lyrics

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir


Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

HURMMMMM...

Malam selalu panjang
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh

Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karena kita tak mampu
Untuk selalu pergi menjauh

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu

Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba

Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karena cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer