Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Al-Waqiah(Jadilah puak kanan)

(9) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);


(10) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),


(11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.


(12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;


(13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.


(14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;


(15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.


(16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;


(17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.


(18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.


(19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,


(20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.


(21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,


(22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.


(23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.


(24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;


(25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).


(26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?


(27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.


(28) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,


(29) Dan naungan yang tetap terbentang,


(30) Dan air yang sentiasa mengalir,


(31) Serta buah-buahan yang banyak,


(32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,


(33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.


(34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


(35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),


(36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.


(37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;


(38) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
.......................................
Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan.(91)


Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. / (96)
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

2 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Ingatan utk ku jua..hihi

Seteguh_Karang said...

Bagus! Harap diamalkan. Sama2lah kita menjaga kesucian agama..hehe..