Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Pelajar dahulu, pelajar sekarang


Zaman semakin moden. Apabila kemodenan terlalu melangkaui zaman, ada juga keburukannya.
Akibatnya, manusia terlalu bergantung kepada "machine". Bermula daripada perkara-perkara yang kecil sehinggalah kepada perkara yang besar. Kebergantungan manusia kepada machine sangat ketara.
Malam tadi saya ada mengajar budak-budak tuisyen. Dan saya sangat terkejut dengan keadaan budak-budak kelas math.
Akibat dibolehkan menggunakan kalkulator di dalam peperiksaan, pelajar diajar menggunakan kalkulator. Sehinggakan soalan semudah ini..




Masih memerlukan kalkulator untuk menjawab soalan mudah. Yang mengejutkan saya lagi diorang boleh plak cakap cikgu xajar pengiraan
mudah. Tp, mereka diajar menekan kalkulator. Bukankah itu melambatkan? Dan apa yang saya nampak pelajar dahulu berbanding sekarang sangat jauh berbeza. Pemikiran mereka jauh lebih cerdik sebenarnya berbanding pelajar dahulu. Tetapi sayang 1000 kali sayang. Kerana apa yang saya nampak tahap kecerdikan dan pemikiran mereka lebih bergantung kepada peralatan lain. Seandainya tiada peralatan tersebut, pincanglah kehidupan mereka sebagai pelajar. Itu adalah apa yang saya terjadi dalam pelajaran matematik.


Pelajar seolah-olah terlalu hanyut dengan arus kemodenan. Sehinggakan semasa kita mengajar di hadapan, pelajar memegang telefon, bermain sms. Apakah mereka tidak mempunyai matlamat dengan apa yang mereka hadapi? Bukan semua pelajar sebegitu. Tetapi, pepatah mengatakan kerana kerbau seekor terpalit semuanya. Kerana beberapa orang pelajar yang kurang berminat, Semua pelajar mungkin akan dipandang begitu. Memandangkan cabaran untuk menjadi seorang guru terlalu besar, Apakah saya masih menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang guru? Jawapan saya.YA! Sudah tentu!


Setiap pekerjaan semuanya ada cabaran. Bagaimana kita menangganinya, itulah yang sepatutnya. Bukan mengalah kepada cabaran!Saya masih berkeinginan untuk menjadi seorang guru, kerana saya yakin disebalik cabaran itu, ada kemanisannya. Cuma, bilakah rezeki saya untuk menjadi seorang guru tercapai? Wallahu a'lam.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

7 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Semoga impianmu untuk menjadi seorang guru itu tercapai akhirnya, insyaAllah... Selamat Berusaha sahabatku...

Seteguh_Karang said...

Terima kasih sahabatku di atas doamu. Akanku berusaha sedayanya.Hanya usaha, doa dan tawakkal. Semua mengikut kehendakNya( qada' dan qadar).Andainya ada rezekiku di situ, InsyaAllah!

Naimisa said...

cikgu kena sabar mengajar anak-anak....

nnt kalau kurang sabar, boleh kena sakit jantung...

siapa yang rugi? Pelajar2 juga yang rugi sebab kehilangan seorang guru... -:)

Seteguh_Karang said...

Yelah. pembetulan. bukan anak2. adik2.heheeeeee.klo cikgu ni xde, cikgu lain kan ramai lagi.. yg suruh sabar tu.. boleh gak jd cikgu...kan,kan,kan!

Anonymous said...

semoga impian menjadi cikgu tercapai..insya Allah..

pieyaris said...

kak ra u juz remember it...Seorang guru adalah Murabbi sepanjang hayatnya...

Seteguh_Karang said...

Yea.. betul. Dan tugas seorang Murabbi sangatlah berat.Bukan hanya mengajarkan ilmu yg ditentukan semata-mata, tetapi dalam xsedar seorang Murabbi juga turut mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya supaya apa yg diajar diamalkan.
Dan seorang Murabbi harus mempunyai keperibadian dan akhlak yang terpuji bagi mencontohi dan seterusnya mendidik anak didiknya..

Sedang untuk memegang title muallim pon sy rasa belom layak apatah lagi seorang Murabbi..Tetapi, Pia sy akan berusaha untuk ke arah itu..Kalaupun tidak untuk anak orang lain, InsyaAllah andai ditakdirkan untuk darah daging sy sendiri....