Hari minggu 11-12 Disember 2010 aku berada di Kl. Seawal 9.00pm aku bertolak ke Kuala Terengganu dengan tiket bus Sani pukul 10.00 pm, 10 Dis 2010. Pagi 11 Dis 2010, suamiku yang kurindui datang mengambil aku di stesen Bus Putra. Aku akui, mlm itu aku tidak boleh pejamkan mata semasa di dalam bus. Dan pada paginya, aku menumpang di rumah Saiddah Sofiyyah dan Sa buat sementara waktu. Terima kasih banya2 kepada kalian berdua kerana sudi menumpangkan saya...Dan siap2 minum air teh dan sarapan sdikit sbnyak.
Setelah selesai, aku dan suami kembali bertemu dan kami makan pagi di sebuah kedai di Sentol, sambil suamiku menunggu kereta siap dibasuh. Sedang kami makan, aku terpandang seseorang. Cikgu Amin! Hai, tinggal 1 negeri. sejak aku berpindah sekolah, tidak pernah lagi aku menemuinya baik di Mydin, di Bandar atau dimana2. Dan tiba2, kami terjumpa di Kedai kat Sentol ni.. Sempat jugalah kami bertegur sapa sesama keluarganya terutama anak dan isterinya..
Setelah selesai, kami bertolak ke Sogo dan membeli sedikit barang. Memang barang yang kubeli betul2 kuinginkan. Selesai di Sogo, kami bertolak pulang ke Stesen komuter Sentol dan suamiku bersolat di masjid. Alhamdulillah! Dalam keadaan apapun, solat didahulukan. Selesai solat, barulah kami bertolak ke MyHome Hotel
Agak jauh rasanya tempat yang ingin kami tuju.
Sampai di hotel, kami mempersiapkan diri. Mandi, gosok pakaian dan seterusnya apalagi, Aku terbaring keletihan. Kugagahkan juga diri untuk ke Majlis HESCOM 2010.
Ada seorang Ustaz yang ingin menumpang kami. Dan malam itu, kami meredah kepekatan malam mencari hotel Budaya. 2 , 3 kali jugak kami berpusing2 mencari Hotel tu..Agaknya dah brp kali kami sampai daa.. Mcmmn nak jumpa, kalau ini laman budayanya?
Tp, akhirnya setelah bertanya beberapa orang termasuk budak Sabahan, kami jumpa jugak laman budaya. Lucu juga, dahlah 2 kali ditanya pada budak yang sama. Dijawab juga dgn jwpn yang sama. " alah laman budaya, hari2 kami lalu bah!". Sempat jugaklah kami ber "bye2".Kikikkik. Kelakar sungguh! Org semenanjung bertanya pada org Sabahan.
Tahniah kepada suami yang tidak pulang dengan tangan kosong. Ada juga hadiah yang diraihnya. xterucap kata tahniahku padanya mlm itu lantaran kepalaku yang berdenyut2, minta istirehat. Ustaz padamulanya, ingin menumpang kami tetapi berubah fikiran. Mugkin dia bimbang jika kami tersesat kami.. Hihiii. Malu juga pada Pak Ustaz, tp tebalkan muka je laa.. hihiii. Ustaz2. Kesian dia..Terpaksa mkn buah langsat dengan kami.
Dan esoknya, pagi lagi kami makan dengan Sdr Puzi dan isteri. Peserta yang turut membaca sajak pada malam HESCOM. Dan sempat berbual2. " Nanti, datanglah rmh kami di Kedah", Kata isterinya. Apa yang mampu kukatakan. :InsyaAllah, kalau xde aral, sampailah kami..Selesai makan kami bertolak pulang ke Sentol kerana suami terpaksa menyelesaikan kerja dipejabat.
Seharian dipejabat. Sempat juga aku bertegur sapa dengan bekas rakan sekerjaku. Menemani orang tersayang. Sekali sekala bagus juga.. Selepas maghrib, kami mendengar kuliah maghrib, berkenaan solat. Memang sebetulnya kita memandang remeh soal itu, dan sebelum ini pun, kita jarang didedahkan soal itu. Iaitu soal tertinggal rukun solat samada solat bersendirian atau solat berimam. Selepas itu, barulah kami bertolak semula ke Stesen Putra. Suamiku menghantarku pulang ke Stesen Putra. Alangkah sekejapnya masa kurasakan berlalu. Dan perpisahan lagi buat kami berdua.
Pasti akan menjadi detik indah dalam memori kami berdua. Terima kasih abang. Ida selalu mengharapkan detik2 waktunya kita luangkan bersama2...
Dan kini, aku kembali menjadi Sang perindu...Rindu pada dia di kejauhan.
No comments:
Post a Comment