Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Nak buat cursor guna gambar sndiri

Xpayah nak bayar2, kalau masuk ke blog ni.. Ini caranya...


Pergi kat design add widget html/javascript


Paste coding nim...




Sebelum tu...

Adjust gambar kat adobe photoshop.

width:50
height: 50

Save gambar yang kita edit tu sbg save as web. contoh: cursor.gif

Upload gambar tu kat photobucket. Copy direct link tuh yer.. paste kan kat bahagian merah.

Lepas tuu,

replace coding yang kita dah paste tu kat gadget html/javascript td...

ok. selmt mncuba..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Musim cuti sekolah

Pelajar darjah 4 dipanggil untuk mempelajari Microsoft Office Word. Hanya beberapa orang saja yang berminat mempelajari Microsoft Office.

Tarikh: 4-8 Disember 2012

Tempat : Dataran Ilmu, Sk Durian Mas, Manir.

Pelajar yang berminat cepat mempelajari Microsoft Office tersebut. Sekuramng-kurangnya masa mereka terluang kepada perkara yang berfaedah.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Sempena berakhirnya Ramadhan

Di sini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.

Ramadhan pergi meninggalkan kita, dan Syawal datang bertemu kita. Begitulah putarannya kehidupan kita ini..

Andai ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Andai ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi,

Semoga dapat kita kembali bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. InsyaALLAH!

Ya Allah, semoga dipermudahkanku dalam melahirkan, Semoga diberi kekuatan untukku menghadapi saat itu dan Semoga Engkau memberikan keselamatan kepada kami . Amin..

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Syahadah Tokku





Ertinya aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua yang kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripada-Nya dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepada-Nya. Lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang maha suci Ia daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagi-Nya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yang memperanakkan bagi-Nya. Dan tiada menyamai Ia pada zat-Nya dan sifat-Nya dan af’al-Nya akan seseorang maka Ialah Tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang ‘ulvi-Nya dan syufli-Nya lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qudrat dan iradat-Nya maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah perintah-Nya dan tiadalah jenis ‘itirat bagi seorang jua pun akan kehendak-Nya.








Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad itu anak Abdullah hamba Allah dan pesuruh-Nya kepada sekalian makhluk lagi sangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya. Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu benar akan dia dan mengikut akan dia dan haram atas mereka itu mendusta akan dia atau menyalahi akan dia maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia. (Mula menadah doa) Mudah-mudahan memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempurna mengikut akan dia dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalannya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum syariat-Nya dan memati Ia akan kita atas keagamaan-Nya dan menghimpun Ia akan kita serta perhimpunannya. Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih la akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin. Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Road tax dan insurans-17 Julai 2011


15,16 dan 17 Julai saat2 yang indah. Saat suamku meluangkan masa bersama-sama di kampung. Dan alang2 dia balik, kuajak dia menemaniku menyambung insurans kereta dan road tax. First time aku pergi sendiri mnyambung road tax., banyak yang aku tak tahu.


Walaupun begitu, aku tetap pergi dengan pertolongan suami tercinta, dapatlah selesai insurans dan diberi cover note. Selepas diberi cover note , kami pergi beli tiket, makan . Selepas itu, kami terus pergi ke JPj. Dari bndar , kami di fikiran kami, terus pulang ke rumah. Tetapi, sesampainya kami di JPj untuk menyambung road tax, aku diberitahu bahawa nak menyambung road tax kereta perlulah menggunakan geran kereta yang asal, terpaksalah kami berpatah balik ke Bandar( Bank Islam) untuk mengambil geran asal.


Tiba di Bank Islam aku, ke tingkat 1 terlebih dahulu bagi menyerahkan cover note untuk proses membuat road tax. Tetapi, disebabkan agak lewat pihak bank tidak dapat mnyerahkan terus road tax kpd ku. Terpaksalah aku pergi ke bank pada hari yang lain untuk mengambil road tax dengan syarat menunjukkan slip pembayaran kepada pihak bank.


Jadi, ingin aku berkongsikan cara2 menyambung road tax dan insurans bagi org yang masih baru pakai kereta seperti aku.


1. Pergi ke Syarikat insurans: contoh: Takaful Malaysia. Jika kita xingin membuat cover insurans cermin, boleh saja diberitahu kepada pihak Takaful..
2. Tunjukkan salinan geran kereta. Dapatkan cover note di Syarikat tersebut.
3. Dan ambil slip pembayaran di bank yang memberikan pinjaman kepada kita.
4. Setelah membuat pembayaran sebanyak rm80, tunjukkan salinan slip pembayaran.
5. Pihak bank yang menyimpan geran tanah atau bank yang kita buat loan akan memberi road tax kepada kita dan seterusnya bolehlah ditampal pada kereta.


Apapun. terima kasih kepada suami yang sanggup bersusah payah menemaniku menyambung insurans dan road tax.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Julai

Merupakan bulan yang agak sibuk. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Bayar bulanan kereta dan ptptn. Sambung insurans dan road tax kereta..

3 Julai- Ke Giant bagi membayar bulanan kereta dan ptptn bersama mak dan adik.
4 Julai- Ke Klinik Desa P. Bahagia.
Merupakan hari yang agak mengemosikan dan menyedihkan. Di beri injection pada jari dan bahu untuk HB dan kancing gigi.
5 Julai- Ke top It, menambil ebook pelajar dan laptop cikgu yang rosak.

Pergi ke rumah Bidan untuk dibuat selusuh.


26 Julai- Expired date bagi road tax kereta. Menyambung roadtax dan insurans kereta, belum diketahui tarikhnya. InsyaAllah, akan dibuat apabila ada kelapangan

Update: 25- 28 Julai (Diwajibkan ke kursus BTN di Kem Damai Besut, Terengganu..
xtau boleh excuse ke x?

Dan sekarang terasa tubuh ini seakan2 sangat lemah. Semoga diberi kekuatan mental dan fizikal hinggalah sampai waktunya..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Petikan berkenan tidur


Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yanng penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullahmengatakan, “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.


Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.


Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah.


BAHAYA TIDUR PAGI
[Pertama]
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua]
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga]
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat]
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullahberkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima]
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam]
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222).

Dilarang tidur di siang hari di dalam cuaca yang panas kerana:

* Mendatangkan penyakit kulit
* Merosakkan warna kulit
* Melemahkan jantung
* Menambahkan tekanan yang meluap
* Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat
* Melemahkan kecerdasan akal

Tidur adalah satu cara untuk kita sebagai manusia
menghilangkan keletihan dan kepenatan. Oleh itu, mari kita kongsi bersama cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

~ tidurlah di awal malam sesudah solat isyak jam 10.00 atau 11.00 dalam keadaan berwuduk.

~ bangunlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

~ kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum
terbit fajar.

~ tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap kedudukan makanan dalam usus, cepat hadam makanan.

~tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

~tidur seketika sebelum masuk waktu zohor

Waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur:

1- awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2- selepas masuk waktu asar.
3- tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan


Di petik dari rumaysho.com.
http://tazkirah.wordpress.com
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Menanti kehadirannya.....


Ummi, ummi, ummi.... Betapa kini aku dapat merasakan sendiri pengorbanan seorang yang bergelar ummi. Saat anak yang dinanti2kan mula hadir sehingga mencapai umur matang 9 bulan. Saat aku melihat perkembangan permata yang kunanti2kan, kurasa bahagia sekali.. Dan kadang2 aku jadi tersenyum sendiri. Melihat dia begitu aktif bergerak. Dan sepanjang 6 bulan dalam kandungan, banyak perubahan2 yang terjadi termasuk fizikal dan mental. Kalau dulu boleh aktif berlari2, sekarang dah xlagi..Kalau dulu, aku seorng yang tahan kena kutuk, Sekarang agak sensitif.



Hari ini, 6/6/2011, aku di di inject lagi. Alhamdulillah, Hb dan semakin menaik. kepekatan darah bertambah. Dan aku dikenakan 1 lagi injection untuk kancing gigi bagi dos 1. Masih terasa lenguh2 pada bahu sebelah kiri..Nurse ckp injection ni, boleh menyebabkan aku demam. Tapi, aku harap aku selalu sihat walafiat. Bulan depan, aku akan dikenakan injection kancing gigi bagi dos 2.



Semoga aku terus diberi kekuatan untuk menghadapi hari2 seterusnya. Menanti saat2 melahirkan adalah saat yang mendebarkan..

Antara yang perlu aku amalkan saat menjelangnya waktu2 bersalin.

"Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". Al-Anbiya':87

" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam. "
Al-Araf:54

Ayat Kursi

Surah An-Falaq

Surah An-Nas

InsyaAllah, Aku diberi kekuatan olehNya.. Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Ebook budak sekolah


Boleh dikatakan 5 bulan adalah bulan mengantuk. Sesampai jerr kat opis, dalam pkul 9 lebih2 gtu mata seakan xingin terbuka. Xnak layan sangat ngantuk mata, maka berlakulah aktiviti turun naik tangga. Mungkin ini adalah antara alahan2 yang aku alami.



Tapi, kali ini aku duduk jer kat tempat duduk.. Sbb penat juga main exercise ni.. Dalam keadaan ngantuk tu, datanglah bebudak sekolah. "Cik da, Tolong format ebook."
"ok. Letak kat sini". selang beberapa minit.Cik Da, Halim ni xingat password lah. Tolong buang.."ok".
Maka, setelah kepala aku penin dengan laptop cikgu yang kena format berkali2 ni, aku alih perhatian kepada ebook si Halim. Aku masuk admin dan removekan password dia. Terdetik di hati , nak tengok apa yang dia bukak kat ebook dia. Nak checklah kononnya.



Tarikh demi tarikh yang ku buka...Ok. Dia buka game, tarikh kedua plak, dia buka local disk, my document , merdia player.. Buka lagi.. Ya Allah! Halamak. Rosak2. Dia buka gambar perempuan ........dan macam2 lagilah gambar yang lebih kurang tu.. Aduyai, xtergamaklah nak sebut.. Aku tau, bukan si Halim yang buka. Ni, mesti kerja abang dia.. Aku nekad , nak tunjuk kat mak dia.



Terkejut jgaklah mak dia yang mengajar kelas Kafa. Bila ditanya, mak dia cakap anak dia yang umur 21 yang buka.. Lelaki umur 21 tengok gambar prmpn ........Apa kes? Kalau 21 tu, mmg buka spesies budak, tp kot ye pun dah gatai sangat, Cari kerja elok2, kawen cepat2. Tapi, heran jugak, apalah pekdahnya, tengok bnda2 yang xberfaedah camtu.. Jangankan bebudak, orang tua yang dikira kubur kata mari, dunia kata pergi pun perangai lbh kurang tu gak. Apa nk jadi ngan akhlak manusia skrg? Aku jd penin fikirkannya.



Inilah akibatnya,konon dunia tanpa sempadan. Tiada sempadan untuk melihat unsur yang tak senonoh, sehinggakan budak2 yang masih disekolah rendah pun sudah pandai bercakap, melihat malahan melakukan sendiri perkara2 tidak senonoh. Mendidik anak di zaman yang teknologi yang mnyediakan pelbagai unsur yang tidak berfaedah adalah satu cabaran yang besar. Meskipun dikampung dan dinegeriku yang boleh dikatakan kurang tempat hiburan seperti kelab2, tempat disko, wayang dan sebagainya, tetap juga menjadi cabaran bagi aku. Apalagi untuk membesarkan anak di Kota Metropolitan, menjadikan aku berfikir 2, 3 kali.



Tetapi, berjauhan dengan walidnya mungkin juga tidak elok untuk permata hati yang bakal lahir.. Belum lagi kujumpa jalan terbaik buat masa ini selain daripada berjauhan untuk satu2 jangka waktu. Berkorbanlah untuk masa depan. Bukan tidak jumpa langsung..Sesekali apabila rindu bertandang, pasti detik pertemuan hadir juga demi menatap permata hati..

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Badi, anak, ujian...


Badi mayat, badi kucing atau apa2 badilah. Apa yang dikatakan badi. Yang pasti mempercayai badi terkadang boleh melibatkan akidah. Jadi, kita perlu banyak2 beristighfar dengan kesilapan tersebut. Semua perkara yang terjadi datangnya dr Allah dan kembalinya juga kepada Allah. Cuma, apabila kita berbuat sesuatu perkara, kita haruslah beringat. Beristighfar. Menandakan kita masih ingat kpd Allah S.W.T. Banyak sekali pantang larang orang tua2 semasa kita mengandung. Tidak boleh bercakap besar, Tidak boleh terkejut, Tidak boleh menegur kejelikan orang. Malahan jika suami masuk ke hutan, Dilarang keras suaminya daripada membunuh binatang. Sehinggakan ada yang tidak dibenarkan menyiang ikan mahupun binatang2 lain.



Astaghfirullah... Mohon ampun kepada Allah atas segala kekhilafan yang terjadi apalagi yang kita perbincangkan mengenai badi. Terkadang, kita bukan mahu percaya, tapi sbg langkah berjaga2 kita harus beringat dengan cara beristighfar. Dan ingat, waktu itu kita sedang mengandung. Jika kita lemah semangat, jangan kita tempuh bnda yang tidak sepatutnya kita tempuh. Selagi boleh elakkan, kita elakkan.



Yang sepatutnya kita jaga sewaktu mengandung. Jauhkan diri daripada perbuatan2 yang tidak elok. Jangan mengumpat, bercakap yang perkara bukan2 elakkan diri daripada hadir ke tempat yang tidak senonoh dan macam2 lagi perkara yang buruk. Dekatkan diri kita dengan Allah S.W.T yakni banyakkan baca Al-Quran, Solat, sedekah dan bermacam lagi perbuatan yang baik2.



Jika terjadi juga apa yang tidak kita inginkan, mungkin itu satu kafarah dosa kita. Mungkin semasa mengandung, mulut kita celupar menegur segala kejelikan atau kecacatan yang kita lihat. Dan mungkin juga Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan kita dalam menerima ujian dariNya. Dan kita perlulah redha dengan apa yang kita perolehi. Yang pasti, anak adalah anugerah Allah yang harus kita jaga baik dari segi agama, makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Anak juga adalah ujian bagi setiap ibu bapa. Jika kita dah berusaha mendidik sebaik yang mungkin tetapi tetap anak tidak menjadi seperti yang kita inginkan, Itulah ujian buat kita... Banyakkan berdoa dan mohon kepada Allah sedari anak masih dalam kandungan lagi..



Ampunilah segala khilafku. Terkadang tanpa kusedari, aku telah melakukan kesilapan.
Semoga Allah memberikan keampunan kepada hambaNya yang kerdil ini.. InsyaAllah.. Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Manusia sekarang


Suatu hari, ku tengok sdara terdekat menghisap rokok. Lalu aku pon berpura2 mintak satu. Lalu, kukatakan padanya, abang dia xmerokok, knp dia merokok. Dia jawab, “KUBUR MASING2”.. Owhh, begitu rupanya jawapan dia. Tak perlu menunggu orang lain memberi jawapan sebegitu.. Macmmn dia boleh terfikir nak jawab sebegitu. Dan ada plk orang ditepinya yang aku kira sepatutnya jauh lebih matang daripada aku menjawab.. “MUNG JAGALAH DIRI MUNG TU! XPAYAH NAK TEGUR2 ORANG".. Munasabah sangatlah, kalau dia xboleh menjadi seorg suami yang baik pun. Tunggu rumah jer nanti duit isteri bagi. Hal rumah tangga pun xboleh diuruskan. Membiarkan isteri seorang diri terlingkup, tergolek sendirian menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak. Ada suami , serupa tiada suami. Itulah dia org yang menjawab suruh aku jaga diri sendiri Untung dia dapat seorang isteri bergelar ustazah, tapi apalah sangat nilainya ustazah itu seorg isteri jika perangai suami sebegitu rupa.



Lalu, kubacakan surah Al-Asr. Surah yang menyuruh kita berpesan2. Tp, tetap begitu jwpn dr dia.. Suruh aku jaga diri.. Bila hati sudah keras seperti batu, jawapan bodoh sajalah yang dia ada.Nama saja seorang suami dan orang yang jauh lebih tua daripada aku, tetapi langsung tidak matang dalam berhujah. Terlalu kebudak-budakan.X perlulah suruh aku jaga diri, sbb xsuruh pun mmg aku akan jaga diri…Kalau begitu katanya,sia2 saja Nabi Muhammad diutuskan jika nabi Muhammad sendiri disuruh jaga diri sendiri..Ya, sia2 untuk orang2 yang keras hati macam dia.



Bermula daripada saat ini, hilang respect aku pada dia sbg org yang lebih tua dariku.
Inilah yang dikatakan zaman. Aku sedar betapa beratnya tugas ulama2 dan para ustaz dalam membetulkan masyarakat sekarang..Ada saja jawapan yang bodoh daripada mereka2 yang cetek ilmu pengetahuannya menyebabkan ustaz2 penin kepala..langsung tidak tergerak hati mereka untuk berubah, malahan yang menegur pulak dimarahnya.. Dan yang jadi pengajaran kpd aku sendiri, Aku jangan gatal2 mulut nak tegur orang lagi, sbb last2 aku sendiri yang dikatakan begitu.
Selemah2 iman , cukuplah membenci dalam hati. Cukuplah xsuka tengok, xpayah nak kata2.. Itulah manusia zaman sekarang.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Nama anak


Sudah pun masuk 4 bulan kandunganku. Banyak juga yang telah aku alami. Cuma sekarang dah kurang loya2 dan muntah.




Nilah antara ubat2 yang aku kena makan.




Kawan sepejabat bagitau, fikirlah dari sekarang nama anak..Hurmm..So, ada juga baiknya kalau aku beli buku "Diari Hamil Menanti detik kehadiranmu. Pasti ada nama2 anak..di dalam buku ini. Harap 11 April nanti Hb akan naik..InsyaAllah!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Sesekali bersyahdu....

Ketawa dan airmata
itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pastiku rasa
begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
ia mengajarku erti setia
apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan

Walaupun sering kau kutinggalkan
itu tiada bermakna
kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata.



Cinta, rindu dan sayang semuanya milik Allah.. Jika Allah takdirkan ia bukan untuk kita, terimalah hakikat itu dengan hati yang redha dan ikhlas...Dan jika ia memang untuk kita, hargailah ia disaat ada..Jangan sesekali ada rasa menyesal akibat kita kurang menghargainya disaat ia ada..Hayatilah lirik lagu ini yang sangat menyentuh rasa...Peach, no war...

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Frust


Hari ni, 28 Mac appointment dengan Nurse. Nurse bagitau Hb aku rendah. 10.6. Disebabkan Hb rendah aku kena jumpa nurse 2minggu dalam sebulan. Nurse mencadangkan aku makan itu dan ini. Tapi, aku xde selera makan.. Dahlah pagi tadi xmakan apa2. Pukul 10 mtd aku turun ke kantin nak makan laksa Penang. Itu je yang menyelerakan aku.




Sampai2 di Kantin kata kak Ya , Laksa Penang dah habis.. Owhh. Betapa frustnya aku rasa sehimggakan terasa sebak didada. Aku xdapat nak bercakap, dan minum air kosong beberapa gelas hingga terasa nak muntah..Apa tidaknya, mknn yang aku idamkan nak makan xdapat makan.. Hurmm, xpelah . xde rezekiku agaknya…Aku harap dapat bertahan untuk hari ini.. InsyaALLAH!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

11 Mac 2011


Menunggu 11 Mac adalah saat2 mendebarkan. Ternyata bermacam peristiwa yang berlaku menjelang 11 Mac.. Menanti minggu 11 Mac, keretaku terlanggar tunggul kayu. Rosak bahagian depan dan perlu ditukar. Ahad pergi kerja dalam keadaan kereta rosak. Hari tu pergi balai polis Manir konon nk war report claim. Tp, Polis Manir suruh pergi ke JPJ untuk wat claim. Pergi jumpa kawan adik untuk tahu harga sebenar kerosakan. ternyata xberbaloi untuk menuntut claim insurans. Tp, pergi juga ke JPJ kat bandar. Lama juga melanggut kat balai polis. akibat terlalu lama, Sabri plak nak g interbiu, kami balik je tanpa membuat apa2 report.



So, kami pergi ke kedai untuk buat anggaran sebenar. Setelah menunngu habisnya hari minggu. Hari Ahad Sabri ada hal. Hari Isnin baru dapat hantar. Dan hari ni, hari Rabu. Dalam perjanjian, kereta dh boleh ambil. Tp, xde lagi bengkel telefon. Kejadian hari ahad. Dalam keadaan yang berserabut denga kepala sakit dan pening, Telefon tertinggal dan selipar pulak putus. Tapi nasib baik, rezeki masih menyebelahi. hari tu, memang betul2 dugaan buat aku. Itulah hadiah hari lahir untuk aku..



Selepas hari lahir, aku kena penyakit xleh makan. Masuk air, muntah air, Masuk nasi muntah nasi, Masuk susu, muntah susu. Badan jadi lembek akibat perut kosong dan muntah. Apabila pergi ke klinik, doktor beritahu, aku terkena alahan. Alahan yang teruk dan jika terlalu teruk aku perlu ditahan di wad untuk dimasukkan air. Ngeri mendengar kata2 doktor, aku nyatakan bahawa aku masih boleh bertahan.



Begitulah aku menyambut hari ulangtahun kelahiran pada tahun ini. sebelum hari ulangtahun ada hadiah dan selepas hari ulangtahun pun dapat juga hadiah. Apapun, semua itu adalah ujian buat aku. Hamba Allah yang tidak berdaya lagi lemah. Aku harus selalu kuat dalam menghadapi ujian2 dari Dia dan aku perlu bertahan. Sabarlah. Waktu ujian ini akan selalu ada dan aku harus pandai dalam menangganinya.


"Walau apapun dugaannya, Berilah hambaMu ini kekuatan dan keikhlasan dalam menerima setiap ujian dan dugaan dari-Mu ya Rabb." Berilah kesihatan dan keselamatan kepadaku sepanjang menjaga amanahMu ini. Semoga dia menjadi anak yang soleh, solehah . Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Bengkak pipi..


Kalau 2 minggu yang lepas, pipi gusi sebelah kanan. Aku andaikan, mungkin sebab gigi buruk. Gigi yang dikatakan buruk itu, sebenarnya sudah ditampung suatu waktu dahulu dan tampung masih terlekat kukuh. Bila dirujuk kpd doktor, doktor kata gigi ini perlu dicabut tetapi perlu menghabiskan antibiotik terlebih dahulu. Minggu ketiga, baru berjumpa doktor. Doktor pula cakap, gusi dh x bengkak. So, aku bgtau cabut jelah gigi yang dikatakan rosak. Doktor pula bagitau dia hanyalah doctor ganti sahaja. Hurm. Dan yang dia sanggup buat hanyalah cuci dan tampung gigi sahaja. Itupun pada 27 Mac. Lambat lagi tu…




Hari ni pula, gusi sebelah kanan bengkak. Tp, bila kuperhatikan bukan gusi yang bengkak. Tapi pipi. Nampak jelas dari luar perbezaan pipi kiri dan kanan. Aku jadi hairan. Kalau ikut teori, gigi kiri sakit sebab berbalas sakit dengan gigi kanan. Itu kata mak. Lepas ni okaylah. Sama pendapat dengan suamiku.. Hurm, kalau sebelum sakit gigi, aku berus gigi pagi dan malam. Kini, aku akan memberus gigi setiap kali selepas makan. Kalau dulu aku makan apa yang aku inginkan. Sekarang aku dah xmakan benda2 yang keras. Kata cikgu cikgi disekolah, mungkin aku alahan. Tp, aku masih belum berpuashati dengan jawapan2 ini. Lalu dicari di internet. Jawapannya ada di sini.




http://informasitips.com/waspadai-masalah-gigi-berlubang-pada-wanita-hamil


Aku akan berusaha merawat mslh ini. Tp, menunggu 27 Mac adalah terlalu lama bagiku. Bermacam hal lagi boleh terjadi dalam jangka waktu ini.. Tp, aku harap , aku cepat2 sembuh.

Ini adalah sumber2 makanan:

sumber makanan
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Setelah masuk 2 bulan


Rasa loya dan nak muntah makin menjadi2. Gigi terasa sengal. Saling bertukar. Sekejap sakit kat atas, kanan, sekejap kiri, dan sekejap dibahagian bawah.Mungkin disebabkan kekurangan kalsium.




UPdate: 3 Mac 2011



Bismillahirrahmanirrahim

“Ya Allah jagalah anakku selama berada dalam kandunganku dan sihatkanlah (sembuhkanlah) dia. Engkau adalah Zat yang boleh menyembuhkan. Tiada ubat kecuali kesembuhanMu yang tidak akan membawa penyakit. Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dalam bentuk yang sempurna. Tetapkanlah keimanan dalam hatinya untuk tetap beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu. Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal cerdas, berilmu dan dapat mengamalkan ilmunya. Ya Allah berilah dia umur panjang, badan yang sihat, budi pekerti yang luhur, lisan yang fasih serta suara yang baik, untuk membaca Al Quran dan Hadis dengan mendapat barokahNya Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam semesta.”

Amin..


Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Dah masuk 3 minggu..


Ada hikmahnya aku xdapat KPLI lagi. Rupanya, Allah ingin menganugerahkan rezeki dalam bentuk yang lain.







Hari ni 30jan 2011,wat test dan result adalah merah pada kedua2 tanda. tiada kata yang dapat kuungkapkan saat aku mendapat keputusan ini. Alhamdulillah! Semoga abang dan Ida dapat menjaga amanah yang dianugerahkan ini dengan sebaik-baiknya serta dapat mengharungi setiap ujian dan cabaran yang bakal mendatang. Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Jangan menilai peribadi menerusi pakaian

KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto seksi yang ‘menyerlahkan’ sebahagian payudaranya, tersebar di laman gosip dan forum.

Namun, anak keempat daripada 15 beradik itu meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian.



Nursyella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 25, berkata dia mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.

“Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya.

“Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara.


“Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.

“Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya.

“Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi,” katanya kepada Metro Ahad.

Nursyella mempunyai tiga album, bermula dengan judul Manis, disusuli Pasti Kembali dan terakhir pada 2006 dengan album koleksi 60-an. Antara lagu popularnya ialah Menangis Dalam Hujan dan Kaulah Bintang.

Dia yang menjadi artis rakaman ketika berusia 15 tahun, pernah beberapa kali dikaitkan dengan kontroversi mengenai pembikinan sebuah albumnya di Indonesia, empat tahun lalu.

Ada yang mendakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang VIP hingga sanggup mengeluarkan modal untuk menerbitkan albumnya di negara jiran itu. Dia juga pernah dilabel artis kelas rendah dan dituduh menjadi GRO.

Sejak kebelakangan ini, timbul gosip menerusi blog dan forum hiburan mendakwa dia ‘dibela’ seseorang hingga menyebabkan hidupnya kelihatan mewah.

Nursyella, ketika mengulas kontroversi itu, menjelaskan, segala yang dikecapi dia dan keluarganya ketika ini adalah hasil titik peluh sendiri tanpa menerima bantuan atau tajaan seperti didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya, orang tidak tahu betapa susahnya dia membina perniagaannya hingga berjaya ke tahap sekarang, sebaliknya cuma tahu memfitnahnya dengan pelbagai tuduhan.

“Alhamdulillah, rezeki saya murah. Apa yang saya usahakan memberi pulangan berbaloi, bermula dengan membuka restoran, salun, spa dan kemudian butik pengantin.

“Allah limpahkan rezeki kepada saya dan ketika ini saya dalam proses membuka cawangan butik ketiga tidak lama lagi, semua itu saya usahakan sendiri dan dengan bantuan keluarga. Saya ada 15 adik-beradik dan mereka banyak membantu dan mengusahakan perniagaan bersama saya.

“Saya juga diberi peluang menceburi pelbagai lagi projek yang memberi pulangan lumayan, jadi tidak mustahil orang lihat saya mewah kerana memang saya berkemampuan.

“Bukan mahu berlagak tetapi semua yang saya kecapi turut dikongsi bersama keluarga, terutama ibu bapa,” katanya yang merancang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada tahun ini.

Empayar perniagaannya juga semakin berkembang apabila Nursyella turut memasarkan produk perubatan herba khusus untuk wanita dan kini mendapat permintaan menggalakkan.

“Saya bercita-cita besar dalam perniagaan, malah dilatih sejak kecil dalam perniagaan kerana kami sekeluarga orang susah sebelum ini dan kini mungkin saatnya merubah nasib keluarga.

“Sebenarnya, saya malas nak layan kontroversi ditimbulkan tetapi semakin saya mendiamkan diri, bermacam pula tuduhan, cacian dan fitnah dilemparkan hingga mengaibkan maruah saya.

“Diharapkan tiada lagi fitnah dilemparkan kepada saya lepas ini, cukup dengan pandangan serong terhadap saya dan sebab itu saya tampil untuk menjelaskan apa yang sebenarnya saya lakukan,” katanya.

Metro Harian-23 Jan 2011



KOMEN SAYA



Jika tidak dinilai peribadi melalui pakaian, melalui apakah kita sepatutnya menilai peribadi dan hati budi seseorang? Jika hamba Allah ini melihat seseorang yang berpakaian compang-camping, pakai parang panjang di pinggang dan berjalan pulak terhuyung hayang adakah hamba Allah ini sekadar tercegat melihat ataupun pergi bertanya kepadanya, " abang , boleh sy tolong?" Hanya orang yang tidak menilai melalui pakaian saja yang akan berbuat demikian. Betapa rendahnya nilai agama diletakkan. Apa nak jadi dengan dunia zaman skrg yer?



Fitnah adalah sesuatu yang dituduh oleh seseorang kepada seseorang yang lain terhadap apa yang tidak dilakukan. Apabila sesuatu itu sebetulnya dilakukan oleh yang empunya badan dan diakui sendiri, Apakah itu dinamakan satu fitnah? Sesungguhnya setiap yang diberikan oleh Allah merupakan ujian kpd kita. Allah sangat murka terhadap orang yang mempersendakan agama. Sedangkan agama menyuruh kita menutup aurat, kita pula dengan bangganya mendedahkan aurat.


Sebetulnya yang di dalam itu, Allah yang tahu. Yang namanya makhluk, takkan pernah dapat menilai seseorang tanpa melihat luarannya. Jika ingin membeli buah, lihatlah luarannya dahulu. Kalau nak lihat kat dalam, payah jugak tu.. Jarang2 penjual je yang bagi tengok kat dalam.



Kepada teman2, ambillah iktibar daripada rencana ini. Di akhirat kelak, setiap amalan kita akan ditanya. Adakah kita mahu menjawab kpd Allah sebagaimana kita menjawab kpd manusia yang sama seperti kita? Sesungguhnya, setiap anggota badab yang diberikan oleh Allah , bukan untuk disia-siakan. Dan setiap rezeki yang kita dapat haruslah ditimbangkan halal haramnya. Rezeki, kesihatan, kekayaan dan segala macam bentuk kemudahan lagi yang diberikan Allah adalah ujian untuk kita, Ingatlah! Ingatlah wahai saudara yang mengaku Islam, janganlah kalian sekadar Islam pada nama, tp pada perlakuannya anda jauh menyimpang dari ajaran Islam.



Apabila kita susah, tp kita masih takbur untuk mematuhi perintah dan larangan Allah, sungguh kita termasuk di kalangan org2 yang merugi.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Bersalin.


Mak Long datang ke sekolah, termenung jauh. Ku Tanya, “ Apa citer ni? Moyok jer nampak?” Katanya, “ Dia risaukan anaknya yang berada dihospital kerana melahirkan anak secara pembedahan. Anaknya sudahpun dibolehkan keluar, tetapi cucunya terkena penyakit kuning. Jadi, tidak dibolehkan untuk keluar. Disebabkan itu, anaknya yang dibedah terpaksa berulang alik ke hospital untuk menyusu anak. Yang menyedihkan Mak Long, anaknya hanya boleh duduk dan tidak boleh berbaring. Jika demikian keadaan ruangan katil di Hospital yang tidak cukup, Mengapa setiap orang yang bersalin diwajibkan bersalin di Hospital. Sedangkan kebajikan pesakit langsung tidak dijaga. Pesakit diberi makan ayam yang kita sedia maklum tidak sesuai untuk orang yang dibedah.


Masih kuingat mak melahirkan adik2 di rumah. Kadang2 bidan yang sampai dulu, baru sampai nurse. Tp, tiada pula mslh yang terjadi. Bila pihak hospital mewajibkan setiap ibu yang bersalin di hospital, Keadaan ini sangat menyusahkan para ibu. Apa tidaknya, Kalau di rumah si ibu boleh diberi makan atau minum terlebih dahulu supaya bertenaga. Di hospital si ibu kehausan dan kelaparan lantaran tidak diberi apa2 makan atau minum seteguk air pun sebelum melahirkan. Betapa siksanya si ibu apabila melahirkan anak di hospital.
Luka yang dialami si ibu yang melahirkan anak di hospital sangatlah besar , berbanding luka yang dialami si ibu yang melahirkan di rumah. Knp terjadi hal yang sedemikian?


Belum cukup dengan kisah ini, Ada juga kisah doctor tertinggal alat bedah di dalam perut. Kecuaian itu sangatlah dikesalkan krn terjadi di hospital. Melahirkan secara normal atau secara bedah? Semuanya berisiko. Begitulah besarnya risiko seorang wanita, bagi mendapatkan seorang zuriat. Bermula daripada mengandung. Pelbagai alahan perlu di alami, muntah2, loya dan sbgnya. Dan seandainya keguguran, rahim terpaksa dicuci, juga sangat menyakitkan. Jika tidak gugur, seorang ibu akan membilang hari bertarung dengan maut. Sukarnya untuk mendapat seorang anak. Seharusnya, hargailah seorang isteri dan ibu anda! Ingatlah pengorbanannya untuk org yang dicintainya..Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita...yang bergelar isteri dan ibu.


Banyak cerita dan peristiwa yang kudengar, membuatkan aku ngeri apabila memikirkan soal ini. Jika ingin membuat pregnant test, aku akan berfikir 1000 kali. Lantaran itu, biarlah aku membuat tanggapan, mungkin belum sampai waktu... Mak Long cakap "Anak aku tu mujur suaminya kerja kat sini jer, Kalau kamu?". Suami kerja jauh? Hurm, ntahlah. Akan adalah jalannya...Mcmmn agaknya, bila aku mengandung dan seterusnnya melahirkan? Moga aku diberi kekuatan & dipermudahkan Allah S. W. T. atas segala-galaNya..Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer


Sedang cetak nama student tahun 4 & 5. Mmmm. Banyak lagi yg lom siap. Ni , yang tngah wat .



ALAH NK G TEMAN KWN AMBIK DUIT LAH PLAK.. kNA TINGGAL DULU...
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Hati...selalu terluka..


Apb hati terluka bak kaca yang terhempas ke batu tanpa boleh dicantum lagi, Terasa seperti mahu saja ku melangkah pergi..Pergi jauh, sejauh-jauhnya dari dunia ini yang seperti tidak lagi memerlukan aku di sini…..Aku xlayak masuk ke SyurgaMu namun tak pula aku sanggup ke neraka-MU...Ampunkanlah dosa2ku...



Andai diriku diuji, biarlah aku mampu bertahan dgn ujian-Mu , Ya Allah!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer