Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Kes cerai orang muda tinggi-SINAR HARIAN

MOHD IDROS MOHD ALI


TASEK GELUGOR - Kadar perceraian dalam kalangan generasi muda masa kini agak tinggi berikutan masalah komunikasi yang timbul bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Nozli Che Mat berkata, kumpulan ini merekodkan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan perceraian yang didaftarkan di negeri ini setiap tahun.

Beliau berkata, mereka yang berumur antara 25 hingga 35 tahun tidak banyak berkomunikasi dengan pasangan masing-masing kerana sibuk dengan tugas dan gajet teknologi telekomunikasi.

“Antara 900 hingga 1,000 perceraian berlaku di Pulau Pinang setiap tahun dan generasi Y adalah kumpulan yang tertinggi.

Ini diikuti dengan pasangan berumur bawah 25 tahun. Kebanyakannya baharu berkahwin dan masih belum mengenali hati budi pasangan,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan akad nikah beramai-ramai di Masjid Jamek Pokok Machang di sini semalam.

Menurutnya, banyak pasangan yang melayari bahtera perkahwinan antara satu hingga lima tahun tidak dapat bertahan lama dan akhirnya berpisah kerana tiada persefahaman dan masalah lain.

Bagaimanapun, pasangan yang stabil adalah kalangan mereka yang berusia 40 tahun ke atas kerana sudah melalui proses itu agak lama dan saling memahami kehendak dan keperluan satu sama lain.

Setiap tahun antara 3,500 hingga 4,000 pasangan bernikah di negeri ini.

Sementara itu, ketika berucap Nozli berkata, generasi Y bercerai disebabkan isu remeh dan kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan jika mereka bertindak secara matang.      

“Ada kes disebabkan anak demam pasangan itu bercerai apabila suami memarahi isteri kerana anak sakit.

“Ada juga kes akibat sinki tersumbat, suami marah isteri dan terus melafazkan cerai,” katanya,

Menurutnya, masalah kecil seperti itu perlu dielakkan untuk menjamin keharmonian rumah tangga yang dibina dengan pengorbanan besar dan penglibatan pelbagai pihak lain. 

Beliau berkata, kemunculan pelbagai gajet dan telefon canggih turut mendatangkan masalah kepada pasangan apabila masing-masing lebih banyak memberi tumpuan kepadanya berbanding dengan pasangan.

“Kemunculan laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp mengganggu kemesraan pasangan kerana masing-masing tersalah tumpuan. Sepatutnya mereka tumpu kepada pasangan dan bukan dengan orang luar yang berada dalam laman sosial. 

“Bukan senang nak kahwin. Pengantin lelaki perlu mengumpul duit yang banyak untuk memenuhi permintaan keluarga perempuan. Oleh itu, apabila sudah berkahwin jagalah pasangan itu baik-baik dan tidak sambil lewa,” katanya.




Celoteh 1: 
Suami : Kereta awk berhabuk , walaupun awk xpernah ajak anak awk naik kete awk tu, tu penyebab anak demam..
Isteri : Awk bukan jage pon anak awk. Sy yg jage. sy jarang bwa anak naik kete , boleh jd pnyebab ank demam juga yer....@#$%^&*()

Celoteh 2: 
Isteri : Abg, sampai bila kita jadi macam pelarian ni. Kita cari rmh nak?
Suami: Nantilah, biar duit cukup dulu. 

Celoteh 3:
Suami : Org kate doh, singki tu jage molek, jage molek. dok panda jage kebersihan!
Isteri : Sy penat gop abe weh. Kawe dohlah khije, anak lagi hal dlm rmhtangge, kawe sore jah yg jago? abg tengok sajer. Adatlah abe weh, doh isteri kite tolong kite cari duit, abg kenalah kompromi tolong etek sy jage hal dlm rmh tangge. tengok sinki kotor tolong buaang retek sampoh tu. nim main nok bleber ke kawe sore. dok aci ar gtu.


Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer