Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Hari minggu ke Hescom


Hari minggu 11-12 Disember 2010 aku berada di Kl. Seawal 9.00pm aku bertolak ke Kuala Terengganu dengan tiket bus Sani pukul 10.00 pm, 10 Dis 2010. Pagi 11 Dis 2010, suamiku yang kurindui datang mengambil aku di stesen Bus Putra. Aku akui, mlm itu aku tidak boleh pejamkan mata semasa di dalam bus. Dan pada paginya, aku menumpang di rumah Saiddah Sofiyyah dan Sa buat sementara waktu. Terima kasih banya2 kepada kalian berdua kerana sudi menumpangkan saya...Dan siap2 minum air teh dan sarapan sdikit sbnyak.


Setelah selesai, aku dan suami kembali bertemu dan kami makan pagi di sebuah kedai di Sentol, sambil suamiku menunggu kereta siap dibasuh. Sedang kami makan, aku terpandang seseorang. Cikgu Amin! Hai, tinggal 1 negeri. sejak aku berpindah sekolah, tidak pernah lagi aku menemuinya baik di Mydin, di Bandar atau dimana2. Dan tiba2, kami terjumpa di Kedai kat Sentol ni.. Sempat jugalah kami bertegur sapa sesama keluarganya terutama anak dan isterinya..


Setelah selesai, kami bertolak ke Sogo dan membeli sedikit barang. Memang barang yang kubeli betul2 kuinginkan. Selesai di Sogo, kami bertolak pulang ke Stesen komuter Sentol dan suamiku bersolat di masjid. Alhamdulillah! Dalam keadaan apapun, solat didahulukan. Selesai solat, barulah kami bertolak ke MyHome Hotel
Agak jauh rasanya tempat yang ingin kami tuju.


Sampai di hotel, kami mempersiapkan diri. Mandi, gosok pakaian dan seterusnya apalagi, Aku terbaring keletihan. Kugagahkan juga diri untuk ke Majlis HESCOM 2010.
Ada seorang Ustaz yang ingin menumpang kami. Dan malam itu, kami meredah kepekatan malam mencari hotel Budaya. 2 , 3 kali jugak kami berpusing2 mencari Hotel tu..Agaknya dah brp kali kami sampai daa.. Mcmmn nak jumpa, kalau ini laman budayanya?





Tp, akhirnya setelah bertanya beberapa orang termasuk budak Sabahan, kami jumpa jugak laman budaya. Lucu juga, dahlah 2 kali ditanya pada budak yang sama. Dijawab juga dgn jwpn yang sama. " alah laman budaya, hari2 kami lalu bah!". Sempat jugaklah kami ber "bye2".Kikikkik. Kelakar sungguh! Org semenanjung bertanya pada org Sabahan.


Tahniah kepada suami yang tidak pulang dengan tangan kosong. Ada juga hadiah yang diraihnya. xterucap kata tahniahku padanya mlm itu lantaran kepalaku yang berdenyut2, minta istirehat. Ustaz padamulanya, ingin menumpang kami tetapi berubah fikiran. Mugkin dia bimbang jika kami tersesat kami.. Hihiii. Malu juga pada Pak Ustaz, tp tebalkan muka je laa.. hihiii. Ustaz2. Kesian dia..Terpaksa mkn buah langsat dengan kami.


Dan esoknya, pagi lagi kami makan dengan Sdr Puzi dan isteri. Peserta yang turut membaca sajak pada malam HESCOM. Dan sempat berbual2. " Nanti, datanglah rmh kami di Kedah", Kata isterinya. Apa yang mampu kukatakan. :InsyaAllah, kalau xde aral, sampailah kami..Selesai makan kami bertolak pulang ke Sentol kerana suami terpaksa menyelesaikan kerja dipejabat.


Seharian dipejabat. Sempat juga aku bertegur sapa dengan bekas rakan sekerjaku. Menemani orang tersayang. Sekali sekala bagus juga.. Selepas maghrib, kami mendengar kuliah maghrib, berkenaan solat. Memang sebetulnya kita memandang remeh soal itu, dan sebelum ini pun, kita jarang didedahkan soal itu. Iaitu soal tertinggal rukun solat samada solat bersendirian atau solat berimam. Selepas itu, barulah kami bertolak semula ke Stesen Putra. Suamiku menghantarku pulang ke Stesen Putra. Alangkah sekejapnya masa kurasakan berlalu. Dan perpisahan lagi buat kami berdua.
Pasti akan menjadi detik indah dalam memori kami berdua. Terima kasih abang. Ida selalu mengharapkan detik2 waktunya kita luangkan bersama2...


Dan kini, aku kembali menjadi Sang perindu...Rindu pada dia di kejauhan.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Selamat menyambut 1Muharam 1432H

Satu Muharram detik permulaann
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan ummat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta...

(Korus)
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah..
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman..
Untuk Sepanjang Zaman..

Untuk Sepanjang Zamaaaaannn.....



Kalau dulu,tergiang2 lagu ini di udara dan menjadi nyanyianku setiap kali menginjak ke Tahun baru. Hari ini, adalah hari terakhir bagi tahun 30 Zulhijjah 1431H. Esok bermulah lah 1 Muharam 1432H. Selamat menyambut Tahun baru yang bakal menjelang kepada semua muslimin dan muslimat diseluruh dunia.




Kisah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Memerlukan keberanian dan ketabahan. Betapa Umar Al-Khatab dengan beraninya mencabar kaum Quraisy Mekah supaya menyekatnya daripada berhijrah. Nabi Muhammad dalam ancaman pembunuhan.



Rasulullah menyusun strategi dengan perpindahan dari Mekah ke Gua Thur melalui Pantai Laut Merah seterusnya Madinah. Semasa bersembunyi di Gua Thur, ternyata Nabi dilindungi dengan pukat labah2 demi mengabui mata Quraisy Mekah. Meskipun persembunyian Nabi dapat dihidu oleh Suraqah tetapi setelah kudanya tersungkur sebanyak 3 kali dan ditolong oleh Nabi,dia akhirnya berpura2 tdak menemukan Nabi lantaran dijanjikan untuk diberi kebesaran di Raja.



Dengan cubaan2 itu, akhirnya Rasulullah dan pengikutnya sampai di Kota Madinah dengan disambut meriah oleh penduduknya. Masjid Nabawi didirikan. Kaum Muhajirin dan Ansar disatukan. Setelah melalui 2 Baiah iaitu:

Baiatul Aqabah I: Tidak akan mempersekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta untuk menutup apa yg ada di depan atau di belakang kami dan tidak akan membantah baginda dalam hal kebajikan.
Baiatul Aqabah II: Janji bahawa akan melindungi diri baginda seperti melindungi anak isteri mereka sendiri


Akhirnya, terbentuklah Piagam Madinah.

Kandungannya termasuklah:

  1. Kesatuan umat Islam, tanpa mengenal perbedaan.

  2. Persamaan hak dan kewajiban.

  3. Gotong royong dalam segala hal yang tidak ter¬masuk kezaliman, dosa, dan permusuhan.

  4. Kompak dalam menentukan hubungan dengan orang-orang yang memusuhi umat.

  5. Membangun suatu masyarakat dalam suatu sistem yang sebaik-baiknya, selurusnya dan sekukuh-kukuhnya.

  6. Melawan orang-orang yang memusuhi negara dan membangkang, tanpa boleh memberikan bantuan kepada mereka.

  7. Melindungi setiap orang yang ingin hidup berdampingan dengan kaum Muslimin dan tidak boleh berbuat zalim atau aniaya terhadapnya.

  8. Umat yang di luar Islam bebas melaksanakan agamanya. Mereka tidak boleh dipaksa masuk Islam dan tidak boleh diganggu harta bendanya.

  9. Umat yang di luar Islam harus ambil bagian dalam membiayai negara, sebagaimana umat Islam sendiri.

  10. Umat non Muslim harus membantu dan ikut memikul biaya negara dalam keadaan terancam.

  11. Umat yang di luar Islam, harus saling membantu dengan umat Islam dalam melindungi negara dan ancaman musuh.

  12. Negara melindungi semua warga negara, baik yang Muslim maupun bukan Muslim.
  13. Umat Islam dan bukan Islam tidak boleh melindungi musuh negara dan orang-orang yang membantu musuh negara itu.

  14. Apabila suatu perdamaian akan membawa kebaikan bagi masyarakat, maka semua warga negara baik Muslim maupun bukan Muslim, harus rela menerima perdamaian.

  15. Seorang warga negara tidak dapat dihukum karena kesalahan orang lain. Hukuman yang mengenai seseorang yang dimaksud, hanya boleh dikenakan kepada diri pelaku sendiri dan keluarganya.

  16. Warga negara bebas keluar masuk wilayah negara sejauh tidak merugikan negara.
  17. Setiap warga negara tidak boleh melindungi orang yang berbuat salah atau berbuat zalim.

  18. Ikatan sesama anggota masyarakat didasarkan atas prinsip tolong-menolong untuk kebaikan dan ketakwaan, tidak atas dosa dan permusuhan.

  19. Dasar-dasar tersebut ditunjang oleh dua kekuatan. Kekuatan spiritual yang meliputi keimanan seluruh anggota masyarakat kepada Allah, keimanan akan pengawasan dan perlindungan-Nya bagi orang yang baik dan konsekuen, dan Kekuatan material yaitu kepimpinan negara yang dicerminkan oleh Nabi Muhammad saw.




Betapa susah payahnya nabi berhijrah. Bagaimana dengan penghijrahan kita? Kalau dulu, pakai tudung kecik, baju kecik, dan apa2lah lg yg kecik ,sekarang, apa salahnya tukar pakai yg besar. Yg lebih sopan? Kalau dulu, kita suka tngok wayang, pergi Kelab dangdut, apa salahnya kita berhijrah pergi ke pusat2 ilmu. Kalau dulu, kita tidak kisah soal pergaulan, berpegang tangan, buka tudung sebebas2nya, skrg apa salahnya kita lebih menjaga adab pergaulan kita? Kalau dulu, kita suka tengok idola kecil, mentor, AF & apa2 lg, skrg apa salahnya kita tengok siaran yg jauh lebih berfaedah seperti belajar al-Quran, Mari mengaji , Hal Ehwal Islam dan sebagainya? Kalau dulu kita, adalah manusia yg jahil dalam agama, skrg apa salahnya kalau kita mencari dan terus mencari ilmu Allah. Dan kalau dulu kita salah memilih pemerintah, apa salahnya kita tukar dengan yg baru? Hijrahkan diri sendiri ke arah yang lebih baik. Semoga Allah membuka hidayah buat kita.. InsyaAllah!

Hurm, Apakah azam baru kita?


Bersamalah memasang azam untuk meningkatkan ilmu, iman dan amal. Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak pengertian, kebahagiaan dan rahmatNya ke atas kita.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok jauh lebih baik drpd hari ini buat kita.. Amin.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Beritahulah daku...


Malam tadi, aku pergi hantar adik umi dengan kereta. lalu, kumaklumkan sepatah kepada si dia yang kucintai.. Selepas kuhantar, tiada blsn kuterima.. Urm, mungkin masih awal, atau pun dia xmenyedari mesejku..


Pulang dari mengahantar adik, masih tiada jawapan dari dia.. kemanakah? Mengapa? Dimana dia? Pelbagai persoalan muncul dibenakku.. Emak ajak makan nasi, tapi seleraku terus hilang.. " Xmengapalah mak, tak lapar. " Kataku...RAsa bimbangku mengatasi selera makanku.. Urmm.


Sementara menunggu mesej dari dia, aku menonton televisyen. Mengisahkan sebuah keluarga yang tunggang langgang. Seorang suami memberi makan anak dan isteri dengan harta haram. Dan langsung tidak menitikberatkan soal sembahyang. Anak menjadi bohsia, dan isteri melawan. Sangat hancur keluarganya.Suami langsung tidak mahu bertanggungjawab dengan anak-anaknya. Isteri yang tidak tahan dengan tekanan hidup pula mahu membunuh diri. Betapa singkatnya fikiran. Adakah dengan membunuh diri, akan hilang segala tekanan hidup? Adakah dengan berasuah, akan cepat menjadi kaya. Sebetulnya tiada jalan yang singkat di dunia ini. Kita perlu kembali kepada ALLAh.
Allah tak akan menguji hambanya, diluar kemampuan. Dan kita seharusnya sabar dan tabah dengan setiap ujian dn dugaan


Pengajarannya, kehidupan kita penuh dengan onak dan duri. Bekerluarga adalah satu fasa kehidupan yang penuh dengan kerumitan. Dan harus kita ingat, bahawa Islam tidak pernah merumitkan keadaan, melainkan kita sendiri yang merumitkannya.



Dalam melihat cerita tersebut, aku menerima mesej.. " Abg pergi ke Danau Kota, makan." Betapa leganya, hati ini.. Alhamdulillah!. Abang, Ida sangat memerlukan abang. Apapun yang abang lakukan, Ida teringin untuk mengetahuinya. Abang sedih, gembira. Apapun, perasaan abang, kongsilah dengan Ida. Ida adalah isteri abang yang xkan pernah jemu mendengar segala luahan hati abang. Sama-samalah kita harungi susah payah hidup ini. Kerana kita sudahpun berjanji setia, saat lafaz yang abang ungkapkan dulu .."

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Detik mula hidup berumahtangga..


Pejam celik,pejam celik sudahpun 2 bulan diri ini bergelar isteri kepada seorang suami... Alhamdulillah! Semoga rumahtangga kami sentiasa dilimpahkan mawaddah dan sakinah selamanya..InsyaALLAH!


Ujian?

Manusia diberi anggota badan untuk membuat pekerjaan. Akan ada saja kerja yang ingin dilakukan sehinggakan tidak punya masa untuk berehat. Apabila kita demam, Sistem badan secara automatik menjadi lemah. Kita sama sekali tidak punya kekuatan dan keinginan untuk melakukan kerja. Ini bermakna, tubuh kita perlukan rehat. Jadi, kepada diri ini, yang telahpun hadapi demam, dan andai demam lagi pada masa akan datang, perlulah banyak bersabar kerana Allah anugerahkan demam supaya anggota tubuh kita berehat.



Demam yang menimpa ini juga adalah anugerah Allah SWT di atas dosa-dosa yang dilakukan selama ini. Ini tandanya masih ada kasih sayang Allah untuk kita sebagai hamba sentiasa melakukan muhasabah diri diatas kesilapan yang dilakukan.Disaat kita demam, sudah pasti kita lebih menghargai waktu sihat. Jadi, waktu sihat perlulah digunakan sebaik-baiknya untuk melakukan amal ibadat kepada ALLAH S.W.T.



Dan, kini Allah kembali menganugerahkan kesihatan. Alhamdulillah. Ini, bermakna Allah kembali membuka peluang kepada kita untuk kembali menebus waktu sakit dahulu.. Jadi, gunakanlah waktu sihat untuk perkara-perkara yang baik. Semoga diri ini sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi mehnah dariNya.. InsyaALLAH!






Begitu juga dengan pekerjaan. Kita cuba lakukan yang terbaik. Tp, pasti ada tidak memuaskan hati sesetengah pihak. Jadi, ada lagi yang harus kita perbaiki. Kadang, ada juga perasaan geram dengan pelajar. Kita bercakap perkara yang sama. Dan hampir setiap kali juga, mereka membuat kesalahan yang serupa. Agak menyakitkan. Tp, mungkin itu adalah ujian. Ya, ujian kepada kita sebagai pekerja dan hambaNya..


Semoga , Allah memurahkan rezeki kali ini untuk mendapat pekerjaan sebagai seorang guru, yang sudahpun begitu lama menjadi impian. InsyaALLAH! Dengan izinNya, kami mendapat pekerjaan tersebut. Dan, semoga Allah memurahkan rezeki kami mendapat zuriat yang soleh dan solehah.Amin.



Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

13 September 2010 bersamaan 4 Syawal 2010


Bermula detik diri ini menjadi seorang isteri kepada suami… Alhamdulillah. Bercinta selepas kahwin. Percintaan yang lebih suci dan murni. Lebih indah dan nikmat. Abang. Itulah ungkapan yang kupendam selama ini, akhirnya terungkap jua. Panggilan yang sangat istimewa hanya untuk seorang yang istimewa bergelar suami..Alangkah indahnya hidup berumah tangga. Nikmat yang Allah anugerahkan padaku…Nikmat seorang suami yang soleh.. Dambaan setiap wanita..Dan akulah wanita yang bertuah itu..



Abang.
Bimbinglah Ida supaya sentiasa berada di jalan-Nya. Ida akan berusaha sedayanya untuk menjadi seorang isteri yang solehah kepada abang. Isteri yang sentiasa di hati abang. Ida sangat bahagia miliki suami seperti abang. Andai ada khilaf Ida, tegurlah. Ida sedia menerima dengan terbuka setiap nasihat dan teguran dari abang. Semoga bahagia mengiringi kita hingga ke syurga.



Terima kasih abang atas segalanya. Syukur kpd Allah yang menganugerahkan seorang suami padaku..Alhamdulillah!


Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Berakhir Ramadhan bermulanya Syawal, Ku menanti Saat lafaz sakinah

Tahun demi tahun, berputaran. Begitulah yang kita lalui hampir saban tahun. Benda yang sama. Dan aku meniti hari, dengan penuh debaran. Menanti saat lafaz sakinah. Dari seseorang yang akan menemani hari-hariku yang bakal mendatang. Saat itu, aku bukan lagi cik, tetapi puan. Puan Rashidah! Hurm..

Apa yang kuharapkan, aku mampu melalui hari2ku dengan ceria dan bahagia. Begitu juga dirinya.. Saling mengerti dan memahami.Dan kuingin dia mampu tersenyum bahagia bila denganku...

Hidup berumah tangga. Satu kehidupan fasa baru bagi seorg wanita yang menginjak dewasa.. Dan hidup berumahtangga seharusnya penuh dengan kematangan dan kedewasaan. Kerana banyak ilmu kehidupan yang bakal kita hadapi.

Mampukah diri ini untuk menjadi seorg isteri kecintaan suami?


SALAM RAMADHAN, SALAM AIDILFITRI

~SEMOGA SEGALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR~

INSYAALLAH!

2 SEPT 2010-SKDM
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Hidup harus tetap bersemangat.

Aku terima mesej daripada kak Ana. K itu akan sampai minggu depan.huuuuuuuu. Akhirnya, benda itu akhirnya aku miliki. Dan. aku tahu, benda ini sedikit sebanyak menyenangkan keluargaku. Meskipun, aku perlu mengorbankan segenap masaku di ruang kecil yang bernama opis. Tp, tidak mengapa. Aku harus tetap tabah bersemangat. DAn tekadkuku, aku xkan pernah menyusahkan dia.Aku tahu dia sedia untuk bersusah denganku. Tp, aku xtega menyusahkan dia.

Selagi ada kudratku, Aku akan terus berjuang. Demi, membayar benda itu. Iya, aku akan tetap bekerja. Menjadi seorg anak yg bekerja kpd ibu bapa, dan akan menjadi seseorang yang bekerja kepd dia. Aku perlu pandai membahagikan tugasku. Tugas di rumah dan di pejabat.

Andai itu bisa membahagiakan mereka. Bisa memudahkan mereka. Biarlah. Yg harus aku ingat! Allah tidak akan menyusahkan hambaNya. Rezeki Allah itu ada. Kita perlu sentiasa berusaha untuk yang lebih baik.

Cuma, aku perlukan sedikit pengertian. Pengertian dari dia. Pengertian dari org di sekelilingku..Pengertian bahawa, aku hanya insan yang ingin mencari hanya secebis bahagia. Sebelum diri ini dibawa pergi. Menghadap Dia Sang Pencipta.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Yang bernama hati

Duhai hati,
Kanapa harus bersedih?
Sedangkan saat kau berduka lara,
Tiada siapa yang mahu berkongsi,
Saat kau perlukan teman,
Tiada yang ingin menemani,

Duhai hati,
Mudah benar terguris,
Oleh satu kaca kata,
Yang menikam,
Lantaran, satu putusan,
Yang perlu di noktahkan.

Duhai hati,
Betul kau terasa sangat susah,
Tp, siapa yang peduli dengan kesusahanmu?
Siapa yang mengerti akan keperluanmu,
Tiada siapa2, bukan?

Lalu, Kenapa kau harus terasa berat dengan kesusahammu?
Seharusnya, kau tabah,
Sabar menempuhinya, sendirian.
Iya, sendirian..

Kerana, suatu saat, kau juga akan bersendiri,
Menuju alam kekal abadi,
Menunggu panggilan dr Yg Satu,
xperlu terkilan,
Andai ada yg xdapat Kau tunaikan,
Andai ada yang xdapat Kau miliki,


Duhai hati,
Kau resah dan gelisah,
Memikirkan masa depan,
Tp, siapa yang peduli dengan kegelisahanmu?
Lalu,sendiri lagi,
Sendiri bertemankan sepi,

Duhai yang bernama hati,
Mungkin sudah takdirmu,
Hadapi segenap ujian,
Tanpa siapapun yang sanggup bersama denganmu,
Sepantasnya, kamu perlu ingat,
Bahawa, kamu di sini hanya sementara,

Andai takdirnya, kau bersendiri,
Redhalah,
Kerana, kamu sebenarnya, masih ada Dia,
Dia yang selamanya di hati..
Tp, andai ada insan yg sudi mememani,
Syukurlah pada Dia,
Yg bisa memberi,
Seorang insan, sbg wasilah dr-Nya untuk-Mu,

Dia, yang memberi kau walau senafas udara,
Menyediakan meskipun seteguk air,
Menyediakan rezeki, walau dalam sekecil2 rezeki,


Duhai hati,
Kau harus percaya,
Allah tidak akan pernah mensia2kan hamba-Nya,
Dalam segenap sudut di dunia ini,
Dia sentiasa mengambil berat terhadapmu,
Sentiasa memerhatikan gerak langkahmu,
Selalu dapat membaca apa yang terlintas olehmu,
Seharusnya kau tahu, Dia sangat menyayangi hamba-Nya,


Kaulah di antaranya.
Hati-hati yang terpilih, olehnya,
Untuk menerima kesusahan demi kesusahan,
Kerana kesusahan itu adalah ujian,
Yang akan menjadi kekuatanmu,
Dalam menongkah arus kehidupan,
Yang tidak pernah berkesudahan,
Sehinggalah,
Kau diambil-Nya…

Dan aku,
Akulah yang memiliki hati itu,
Tidur xlena, Mandi x basah, Makan x kenyang,
Hati yang perlukan pengorbanan,
Hati yang perlu hadapi setiap kesusahan,

Lalu?
Hati ini, seharusnya ikhlas,
Dalam menerima setiap mehnah,
Yang diberikan oleh-Nya.

Dan seharusnya, hati ini,
Sedar,
Akan setiap aturan-Nya,
Akan tiba juga saatnya,
Muncul mentari gilang gemilang,
Menerangi kehidupan.
Yang suram dan kelam.

Bingkisan sendu,

Dr insan.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Apabila lelaki perasan bercerita


Hurm, dia ni hensem. Ramai perempuan berminat. Keliling pinggang..Woo..Punyerlah dasyat!Asyik terasa bangga bila perempuan muda panggil dia abang walhal dia dah pun layak dipanggil atuk...Ada isteri. Tp, masih mencari perempuan diluar. Xmau kawen. Katanya kawen ramai2 bazirkan duit.Bukan terasa segan dgn pernyataan sebegitu, tp rasa begitu bangga bila bercerita... Xada langsung dalam diri dia rasa berdosa. Katanya itu anugerah Tuhan padanya. anugerah Tuhan? Mudah menjinakkan perempuan. Konon nk suruh aku kagum dgn dia...Heyyyy! Aku jelik mendengarnya...


Itu baru bab perempuan. Bila masuk bab pekerjaan pulak. Dia paling berkuasa di kawasan tu... Dia berhak buat apa saja.. Org yang dah dapat kelulusan pun , dia kata dia boleh sekat lagi... Lihat! Betapa berkuasanya dia...Hinggakan ular pon boleh tunduk dengan dia... Wah, Hebatnya! Nak kata dia lupa, tp dia boleh lagi bercakap pasal munajat dia pada Tuhan... Hurmm. Mcmmn agaknya yer?


Lantaklah dia nak buat apepun. Aku pedulik apa! Selagi dia xsekat periuk nasi aku. Citerlah. sampai berbuih2 mulut pun. Yg jadi mslhnya, dia suka sangat ugut aku. Konon aku ni bukan apa2 pada dia...klo dia nak buang aku bila2 masa jer..aku ni setaraf je dgn tukang kebun. Ceh! skali skala terasa cam melukut di tepi gantang jerr...Selalu jer rasa bimbang.. Dan bila aku lari dari dia, seakan dia nak tahan aku jerr. Alasannya, aku membelakangi dia.. Mmg aku xberitahu dia, tp aku xpernah berniat nak membelakangkan dia... Kata si Saufi, dia xberhak menghalang kita....Nak tukar xperlu inform pada dia pon. itu hak kita. Entahla.... Harap2 mcmtulah..


Apa yang aku harap. Biarlah aku dapat lari daripada dia. Meskipun surat pelepasan dan kelulusan dari pihak yang berhak sudah pun aku dapat, Tp, kalau dia gunakan kuasa dia tuk buruk2kan aku, xdapatlah aku nak lari...Begitulah ugutnya padaku..Segalanya mungkin. Aku berharap sangat, moga2 Allah lembutkan hati dia untuk aku.. Melepaskan aku dengan tenang. Tanpa rasa sebagaimana yg dia katakan. Biarlah aku pergi, andai itu boleh mengelakkan aku daripada mendengar perkara2 yang tidak sepatutnya..

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Musim cuti sekolah


Biasa..musim cuti sekolah. Saya akan keseorangan di rumah sewa...huhuuu...Duk sorang2 kat umah sewa ni...bisa hilang selera makan.. Kuih muh terasa pahit, nasi lemak terasa hambar, air teh kegemaran pon rasa semacam jer...Kenyang jer memanjang..Ntah lerr..Hantar email ke PPD Marang..Maklum. Kat sekolah xdapat nak send.Alang2. minum airlah sat.


Lam hati ni.. rasa cam sayu jer..Ntahnyer... ingat apa lah agaknya....Jgn berada dalam kesunyian. Syaitan akan mengganggu! Huhuuu..Elakkan Syaitan. So, apalagi. Time nilah nak dekat2kan diri dengan Dia... Mengadu pada Dia.. InsyaAllah dia memahami apa yang kita rasa.



Sememangnya kita perlu begitu..mengingati 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain. Terkadang kita berfikir2 untuk membuat kebaikan. Menunggu saat yang sesuai untuk memberikan bakti kita kpd seseorang. Adakah seseorang itu akan terus tetap disitu? Yakinlah,Kita akan menyesal apabila seseorang itu berlalu tanpa berpaling lagi kepada kita. Dan kita tidak sempat memberikan bakti yang kita hajatkan


Yang pastinya....

Semuanya kita yang menghalatujukan arahnya! Walaupun begitu, berserahlah kpd Dia.. Kerana sehebat manapun perancangan kita, Dia lebih hebat dalam merancang..Ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya...


Jadi, jangan sesekali biarkn diri bermimpi di siang hari.. Kerana khayalan tidak akan pernah membawa kita kemana2, jika tidak disertakan dengan tindakan.Hidup ini penuh dengan warna dan corak...Dengan corak2 inilah, kita dapat mengenal keindahan ciptaan-Nya...

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

BUAH NINJA/CONGKAK

Kali ni, sy nk kenalkan buah congkak..Pg ni, Isnin, 24 Mei 2010 bersamaan 10 Jamadilakhir, 1431H, tetiba jerk PK 2, Cikgu Ismail tahan keta Jiha dan tunjukkan something lam plastic.. Dia suruh sy ambik. Pd mulanya, sy ingatkan dia nk bergurau. Boleh plak lam kepala ni pikir lintah.. Ada ke patut.. Rashidah2. Lam kepala otak ni, asyik terbayang bnda2 mcmtu..xpatut.

Sy takutlah cikgu wea terasa ati sbb sy wat camtu….So, sy pergilah balik mintak ngan dia….Ni lah buah congkak yg sy maksudkan.



Nak kata sy ni, org Bandar. Of courselah x. .sy ni, mmg org darat.. Kalau nak dikira patutnya sy tau buah ni.. Tp, ms yg ditunjukkan nilah, first time sy mengenali buah ni… Ai, memalukn kaum nih? Buah congkak xkenal…Kata Pk 1, cikgu Mat benda ni tergolong dalam buah, bukan biji-bijian. Tp, sy tengok sebijik cam kekacang. Ntah lerr.

Sy ambiklah sebiji nak rasa. Sbb nak tau rs dia mcm mn…Ermmmmmm. Rasa dia ada iras2 cam biji buah nangka yg direbus. Time sy kecik2 dulu, mak rajinlah jugak, rebus biji nangka… Sekarang payah dah nk jumpa biji nangka rebus mcm dulu2 tu…Bezanya dulu ngan skrg.. Kalau dulu, ubi kayu, tu jd mknn ptg2, skrg xde dah…

Bnyak lg buah2 hutan yg sy xkenal agaknya.. So, layakkah sy jd org darat nih? Aissyyy….Disebabkan cam dh xlayak jer bergelar org darat, sy ni bolehlah dipanggil org rojak. Darat boleh, timur boleh, selatan pon boleh. Sabah pon boleh…Maklum. Xlekat sangat kat kg.Hidup asyik merantau jerk. Apa2 je lah…Ha! Korang lak mcmmn? Kenal x buah ninja/congkak ni..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Wat keje di tengah malam

Register email budak2. Lom siap lagi...sambil2 tu pekena air dulu...

ni lah sikit suasana umah yg aku duk kat merchang.

Tengah2 register bnyaklah pulak mslh yg wujud..huhiihoho....
jd mcm tu lak. sorry...bla..bla..bla...Aduyai. smpai bila nk kna tunggu ni..dah clearkan history..delete cache,cookies...ermm nak delete pe lg ni...nk tunggu melanggut kat depan pc tengah2 mlm sorang2..smpai bila agaknya...sabar2.


So, tukar plan. aku register A++ tutor ni lah plak.. nasib baik bnyak jga email yg aku dah wat.


Dah nak kul 4. Daftar a++ dah.. ada lam 8 org lagi. 20 hb nak complete..sambung esoklah...dsebabkan yahoo pon xleh register.. so, ada baiknya g masuk tido.. dulu...InsyaAllah siap..ngantuk ni...
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

~SELAMAT HARI GURU~

16 adalah majlis sambutan haru guru...Dan aku tidak terkecuali dalam menerima hadiah guru...



Ni lah antara hadiah2 yg aku dapat..huuuu...Meskipun hadiah tu biasa2, tp aku terharu menerimanya.Mudah-mudahan,dapat juga aku pekerjaan sbg seorang guru....Itu harapan. Kalau xdapat, mungkin aku diamanahkan Allah dalam bidang yang lain...Anyway, thanks pelajar2 SKPP.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Jgn kau hampiri zina

Jgn hampiri membawa maksud yg sngt dalam..


Menjadi wanita itu adalah satu anugerah yg terindah. Meskipun begitu, bagaimana kaum Hawa dapat menghindarka diri drpd kejahatan tangan makhluk yg bernama kaum Adam?




Pertama sekali, sudah tentu dgn menutup aurat dalam erti kata yg sebenarnya.
Kedua, jgnlah bercakap dgn selunak2 suara.
Ketiga, berjalanlah dgn lenggok gaya yg biasa2 sj. Bkn yg menarik perhatian.
Keempat, xperlu terlalu berwangi2an.
Kelima,Tundukkanlah pandangan krn pandangan mata seorg wanita adalah panahan Syaitan.



Tetapi, bagaimana pula setelah seorang wanita menjaga akhlak dirinya, tetapi masih lagi menjadi tumpuan kaum Adam. Kenapa, sampai begitu sekali mereka ingin menguji kaum wanita? Tidak cukup lagikah kamu merosakkan perempuan2 di jalanan? Adakah kamu menyahut cbrn kaum sejenismu sehinggakan sangggup mendekati prmpuan2 yg menjaga auratnya....untuk dipermainkan?



Menyedihkan, apabila seorg lelaki yg berpelajaran tinggi tidak berfikiran selayaknya dia berfikir. Ego dan nafsu yg menguasai diri membutakan mata hati untuk menilai kebaikan dan keburukan. Ah, lautan dalam jgn kau duga, kelak dikau akan merana, wahai lelaki pemusnah!Jgn kau samakan wanita yg menjaga agama mereka dgn wanita jalanan, yg masih mentah. Begitu rela menyerahkan diri mereka kpdmu..



Kamu wahai Adam adalah pemimpin, iaitu pemegang amanah dan tanggungjawab. Segala yg berlaku akan dipersoalkan kpdmu kelak. Dimanakah anakmu? Amal solehmu? Jadi, kamu harus ada IHSAN. IHSAN boleh mengelakkan kamu drpd melakukan perkara2 maksiat, menjadikan kamu sbg org2 yg bertakwa kpd Allah...




Apa yg aku harapkan, semoga aku dihindari drpd kekejaman tangan kaum lelaki yg tidak bermaruah yg menjadi panahan Syaitan. Aku kesian kpd kaum Hawa yg menjadi mangsa kerakusan lelaki. Mereka menjaga diri sebaik mungkin, tetapi dianiayai hidup2..Tidak adil untuk wanita yg menjaga perbatasan mereka,dimusnahkan tetapi apa nk dikata itulah yg dinamakan ujian ke atas meraka..lantaran tangan2 buas yg tidak bertanggungjawab!
Nauzubillah!



Oleh itu, aku menyeru kpd kaum Adam. Marilah kita sama2 menjaga perbatasan pergaulan sesama kita.. Kalau yg menghindarkan itu hanya drpd satu pihak saja, gejala sosial xakan dapat dikurangkan.Jd, dua2 pihak kena ambil tindakan sewajarnya. Kawallah nafsu dengan akal dan iman. InsyaAllah, selamat dunia dan akhirat!

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Pembuangan bayi

Pembuangan bayi boleh dikatakan hampir saban hari dikeluarkan dalam berita.Masalah social dikalangan remaja pada hari ini sangat membimbangkan.Apatah lagi, kejadian-kejadian yang berlaku banyak didedahkan di Terengganu. Negeri yang dahulunya rendah dari segi catatan masalah sosialnya. Tetapi, hari ini,kita dapat lihat, Terengganu sudahpun menjadi Negeri yang memalukan. Aku sbg rakyat Terengganu, amat kecewa dengan segala macam kerosakan yg berlaku di Negeri sendiri..

Yang pastinya, Semua ini menunjukkan betapa maruah remaja kita sekarang ini berada di tahap terendah! Sangat menjijikkan. Aku juga tidak tahu bagaimana lagi ingin mencegah masalah social yang berlaku pada hr ini. Banggakah wahai rakyat Terengganu dgn apa yg berlaku?

Kalau dulu H1N1 merebak dan kemudiannya beransur hilang. Tp, kini muncul lagi..Adakah kita semua tidak sedar dengan balasan Allah. Mahukah kita menjadi seperti kaum Thamud, kaum Add yg sebelum ini dilaknat Allah drpd muka bumi ini lantaran kekufuran mereka terhadap perintah Allah. Adakah kita mahu mengecewakan penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. Berbaloikah Nabi Muhammad S.A.W bermati-matian memperjuangkan Islam jika ini balasan kita, jika inilah akhlak yg kita tunjukkan?

Sedarlah wahai umatku dgn apa yg tlhpun berlaku..Jangan hanya berpeluk tubuh. Buatlah apa cara sekalipun demi menyedarkan muslimin dan muslimat keseluruhannya. Bila kita mengaku kita Islam, berpeganglah kpd ajarannya. Apabila kita mengaku Allah Tuhan kita, patuhilah ajaran dan larangan-Nya. Kita harus ingat,bahawa kemurkaan Allah S.W.T itu sangatlah besar. Jangan sampai kemurkaan Allah ditahap tertinggi baru kita nak insaf. Saat itu tiada gunanya lagi. Nasi sudahpun menjadi bubur, kerana kita tidak akan pernah mendapat kemaafan Allah lagi dan nerakalah tempatnya..

Disimpulkan, dr riwayat imam-imam dan hadis, Inilah antara org2 yg tidak dapat mencium bau syurga..

a) Org2 yg mengabai dan mensia2kan tangggungjawab yakni:-
(i) Tanggungjawab ibu bapa kpd ahlinya..Anak-anak terbiar tanpa didikan ibu bapa- Ibu bap abaca Quran hr2, tp anak huruf pun xkenal.Mak pakai tudung, anak2 lantaklah, ibu bapa ke masjid mengimamkan solat untuk org ramai, tp anak- entah kat disko mana? Begitulah juga dgn lagak sang suami yg mngabaikan tanggugjawab rohani terhadap isteri2 mereka..xsolat xpe,pakai baju nipis dpan khalayak pun xpe, dah dia yg belikan.…malah, cantik pula katanya. Ada ke patut?
(ii) Tanggungjawab imam terhadap makmum
(iii) Tanggunjawab ulamak terhadap umatnya
(iv) Tanggugjawab pemimpin terhadap rakyat.

b) Org yg mencari ilmu tp digunakan ilmunya untuk kepentingan duniawi semata
c) Org yg sering bertangguh untuk beramal…Contohnya,Nantilah, sampai seru baru pakai tudung.
d) Semua penderhaka
e) Peminum arak
f) Org yang suka memutuskan perhubungan silaturahim
g) Org2 yg sombong
h) Org2 yg berzina
i) Isteri yg minta diceraikan.

Oleh: Ust. Amaluddin Mohd Napiah


Nauzubillah. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan.
Oleh itu, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Amal makruf NAhi mungkar. Aku rasa terpanggil untuk menyatakan kekesalan lantaran banyaknya kerosakan akhlak dikalangan remaja yg dikatakan beragama Islam pada abad ini..



“Sampaikan olehmu walaupun satu ayat yakni yg membawa kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sama2lah kita beramal demi mencapai kehidupan d akhirat kelak.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

NASIHAT KEHIDUPAN

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

Dr seorg teman buatku....
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Aurat wanita muslim

Syarat-syarat pakaian wanita muslim
1. Menutupi seluruh badan selain yang sudah dikecualikan , yakni wajah dan 2 telapak tangan.

2. Tidak ketat sehingga masih menampakkan bentuk tubuh yang ditutupinya.

3.Tidak terlalu nipis sehingga menampakkan warna kulit.

4. Tidak menyerupai pakaian lelaki

5. Warna yang tidak menjolok mata sehingga menarik perhatian orang.

6. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.

7.Dipakai bukan dgn maksud untuk mempamirkan kepada sesiapa.

Barangsiapa yg memakai pakaian yg mnyebabkan kegemparan didunia, maka Allah akan memberikan pakaian yg menghinakan di hari kiamat kelak.
(Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah)


Dipetik drpd buku Fardhu Ain Khusus Wanita
Nur Hidayah Abdullah
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

12 Rabiulawal-Kelahiran kekasih Allah

~Selamat menyambut Maulidur Rasul~







Junjungan mulia
~Al-Mizan~

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Dia Kekasih Allah “
~Hijjaz ~

Malu Rasanya Mengatakan Cinta
Kepada Dia Kekasih Allah
Kerana Dia Insan Mulia
Sedangkan Diriku Insan Biasa

ku Pujuk Jua Hati dan Jiwa
Meluahkan Rasa Cinta Membara
Didalam Pujian Ucapan Selawat
Tanda Penghargaan Seorang Umat

Selagi Upaya ku Turuti Ajarannya
Apa Terdaya ku Amalkan Sunnahnya
Moga Didunia Mendapat Berkat
Di Akhirat Sana Beroleh Syafaat

Kerana Peribadinya aku Terpesona
Kerana Budinya aku Jatuh Cinta
Rindu ku Padanya Tiada Terkata
Nantikanlah Daku Ditaman Syurga

Sesungguhnya Apa Yang ku Dambakan
Adalah Cinta Allah Yang Esa
Kerana Cinta Kepada Rasulullah
Beerti Cinta Kepada Allah


Secebis kata..

Sambutan Maulidur Rasul.. Sambutan ini sebetulnya tidak salah. Tetapi, sambutan itu, janganlah hanya sekadar sambutan sahaja. Pada hari Maulidur Rasul, kbnyakan artis2 memakai tudung litup. Bukan saja artis, tp, org kbnyakan juga turut berbuat demikian. Selawat ke atas nabi2 pula tidak putus2.Alangkah bagusnya, kalau keadaan seperti itu berterusan.


Kita sanggup berarak disepanjang lorong dan jalan, berpanas demi menyambut Hari kelahiran Nabi Muhammad. Melihat kpd kesanggupan tersebut, alangkah bagusnya kita..Kebanyakan ustaz2 menyuruh umat Islam mencintai dan mengingati nabi.Tetapi,sejauh manakah penghayatan kita dalam mengingati nabi Muhammad S.A.W? Bagaimana cara kita mengingati dan mencintai nabi?


Apa yang kita nampak,selepas 12 Rabiulawal, kita kembali ke asal.Kenapa kita tidak boleh untuk istiqamah dalam soal mengamalkan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah? Sayangkah kita kpd nabi? Nabi sememangnya sudah terbukti sygnya kpd kita, sehinggakan di saat ajal yang kian menghampiri pun, baginda masih menyebut2 kita umatNya..


Kalau kita sayang Rasulullah, ikutlah ajaran dan sunnahnya. Bukan sekadar sambutan sahaja. Kalau kita syg ibu bapa,suami, tidak cukup dgn sekadar menyambut hari kelahiran. Tetapi berusahalah untuk menjadi anak2 dan isteri2 yg soleh dan solehah.Jagalah maruah kita, walau kemanapun kita melangkah! Jagalah maruah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.


Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan umat Islam keseluruhannya..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Apa nak jadi..Dunia..dunia...


Hisy. Mlm td sy dikejutkan dgn satu berita yang buruk. Mcmmn sy blh teradd org yg tidak bermaruah. Dia btl2 tidak bermaruah.Tidak ada sedikitpun rasa malukah dalam diri? Andai diri tidak punya rasa malu, janganlah melibatkan org lain. Shamsul Alam! Itulah nama samaran/nama sbnr yang telah mencemarkan ruangan facebook sy..Nasib baik ada yang prihatin dgn keadaan facebook sy yang tercemar. Dan meminta sy cpt2 membuang gambar yang memalukan lagi menjijikkan. Huh! Manusia zaman sekarang. Sudah boleh disamakan dengan binatang.Dimanakah rasa malu mereka. Dimanakah iman dan agama mereka?


Manusia zaman sekarang ternyata sudah jauh menyimpang daripada ajaran agama.. Tiada lagi adab dan sopan..Kalau sy mengatakan mereka yang tidak maruah itu binatang, sudah tentu mereka akan marah. Tidakkah betul apa yang sy perkatakan? Pergaulan yang terlalu bebas. Anak-anak tidak kenal ayah mereka..Mereka melakukan perbuatan terkutuk secara terang-terangan. Apa nak jadi dgn duniaku? Maksiat menjadi kebiasaan. Aku jadi malu kpd diri sendiri. Anak bangsaku sudah rosak! Aku jadi tersepit ditengah2 kerosakan akhlak manusia. Ah, bencinya hidup dalam manusia yang penuh dgn kesesatan.



Kerana gambar bodoh itu, sy jadi tersangat malu..Dimanakah hilangnya maruah sbg manusia? Betullah semasa di Syurga dahulu. Malaikat agak membangkang dgn penciptaan manusia.. Namun, Allah lebih mengetahui segalanya. Malaikat akur dgn kejadian manusia, meskipun Syaitan tidak pernah seia kata dgn makhluk bernama manusia kerana kepatuhannya kepada Yang Maha Mencipta.. Sekarang, kita lihatlah terbuktilah kata malaikat. Manusia telahpun melakukan kerosakan demi kerosakan di muka bumi. Tapi, Allah lebih mengetahui segalanya. Jadi, dimanakah ketaatan kita kpd pencipta. Sedangkan malaikat yang tercipta drpd cahaya sangat mentaati Allah? Tidak sedarkah kita kejadian kita drpd apa? Begitu sombong kita yer! Langsung tiada rasa malu kepada malaikat.


Nak menyalahkan org, mmg menyalahkan pun. Tp, diri sendiri pun salah juga. Confirmkan aje sape2 yg add..Lpas ni kena lbh hati2lah. Tp, bnda2 mcm ni…xmustahil pisang boleh berbuah 2 kali…hurmm….


ps:(Terima kasih di atas keprihatinan awk pada sy,memberitahu berkenaan pencemaran seorang manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap laman facebook kepunyaan sy, sy sngat menghargainya)...
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

PERMATA ANTARA KACA


Lihatlah panorama dunia
Wanita bgikn hlg rasa malunya
Maruah yg mjadi maharnya
Tgadai sia bgi tiada bharga
Dimanakah budinya dimanakh akhlaknya
Sungh pilu & sayu mgngkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
kehrmtn diri tdk d peduli

OH WANITA
Kembali minsafi kpd asal ftrh kejadianmu
Dicptkan tuk dhrmati
Sntiasa dredhai tuhan pcpta
Kembli kpdNYA juga pd rasulNYA
Psti dhdrkn tuk taufiq & hdyhNYA
Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi umul mukminin
Rasulullah d jadikn suami
Ttawn kerena klhran budi pkrti
Bkn krn harta bkn krn nama
Tp krn budi yg disanjungi
KEMBALILAH....

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza antaranya..

<-Hijjaz->

Ambillah akar pokok sbg kekuatan,
kerendahan hati...
Jadiknlh pdnya taubat & simpan
di tempat keredhaan...
Tumbklah dgan pasak qanaah
simpanlh dlm kuali ketaqwaan...
Lalu tuanglah ke dlm air malu
didihlah dgn api cinta....
Tuangkn ke dlm gelas syukur
kipaslah dgn kipas harapn...
MinuMLAH DGN senduk pujian.....


Antara 2 CINTA yg ingin kumiliki,
Cinta INSAN & cinta ILLAHI,
Pasti yg utama adalah
CINTA ILLAHI,
krn cintaNYA cinta HAKIKI.
Antara 2 INSAN yg ingin kumiliki,
Kekasih HATI & sahabat SEJATI,
Pasti yg utama Sahabat SEJATI
Kerana SETIANYA sukar ditemui....

Mencari seorang TEMAN
Bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak BERDURI,
Bersedialah untuk DILUKAI,
Jangan terus mengalah untuk terus mencari,
Andai sudah temui
SAYANGILAH ia sepenuh hati....

Jangan difikir DERITA akan berpanjangan,
Kelak akan membawa PUTUS ASA
Pada ILLAHI,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah KABUS berlalu,
Pasti CERAH kembali.

Ujian adalah TARBIYAH dari ALLLH,
Untuk menguji tahap KEIMANAN kita,
Apakah kita akan SABAR atau sebaliknya.
Kesenangan yang datang selepas KESUSAHAN,
Semuanya adalah NIKMAT dan RAHMAT Daripada ALLAH..
Kemanapun melangkah, bumi kita berpijak,
Adalah d bwh naungan dr Illahi..
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Mengertilah


Apa yang aku ingin perkatakan di sini…Adalah:
Berkenaan sikap dan peribadi seorang lelaki..



Okay. Lelaki sbg suami.. Kenapa kamu ingin bernikah? Dimanakah letaknya org yang kamu nikahi? Adakah disisi untuk disayangi? Atau di bawah semata-mata untuk dihina, dipijak2 dan disakiti? Tahukah kamu bahawa yang dinamakan Hawa itu, jiwanya mudah tersentuh, sensitive dan peka..Apabila kamu sudah berniat untuk mengambilnya sbg isteri, kamu seharusnya bersedia untuk menjadikannya sbg org yg paling bahagia apabila bersama dgn kamu.


Bagaimana kamu ingin membuat dia bahagia? Boleh kalau kamu ingin memarahi dia, tp gunakanlah cara yang paling berhemat. Bukannya main marah je sesuka hati. Kesalahan kecik jer, tp berleter smpai esok pagi pun xhabis2 lagi…Jangan meleteri isteri di hadapan anak-anak.. Jika kamu begitu tegar berbuat sprt itu, nyata kamu bukan seorang lelaki yang berwibawa. Sebenarnya, kamu mengundang kebencian anak-anak terhadap diri kamu..Mahukah kamu disisihkan di hr tuamu? Pokok pangkalnya adalah asas kpd kbhgiaan. Kamu tidak ada asas.


Seterusnya, kamu sbg seorg bapa. Mengkritik sekeras-kerasnya anak2 bukan satu cara yg baik. Bolehkah kamu menghasut isteri supaya jangan sesekali menyokong anak-anak sbb dibimbangi anak2 makan diri? Apatah lagi menghasut di depan sekumpulan anak-anak.. Wajarkah berbuat sedemikian? Sudah tentu anak-anak yg mendengar akan terguris hati dan perasaan mereka.. Adakah mereka tidak cukup baik buat seorg insan bernama ayah? “Huh! Lebih baik aku buat jahat, buat baik pun tetap tidak nampak kebaikan aku!” Begitulah bicara si anak.



Apabila kamu menjadi ayah, jangan sesekali mengungkit apa yg telah kamu berikan. Bukankah itu sudah tanggungjawab kalian sbg seorg bapa?? Dan jangan sesekali meminta-meminta drpd si anak. Kerana dibimbangi anak-anak akan salah fhm. “Apakah selama ini dia tidak pernah ikhlas menjaga aku? Belum pun aku bekerja sudah meminta macam-macam. Aku beli itu , beli ini, tidak pernahkah dia nampak? Lebih baik aku xpayah beli apa-apa,!” Itulah yg akan bermain di dalam difikiran si anak.Apakah prsn kamu kalau kelak anak-anak betul2 menaburi duit kpd kamu tp tidak pernah menaburkan kasih syg. Rs bangga, rsa puas? Nyata kamu seorg yang tidak tahu dalam menilai erti kasih sayang.


Dan kamu sbg bapa seharusnya kamu mengajar anak-anak sifat yang baik. Mengajar apa yang sepatutnya. Menjadi guru tatkala di rumah. Ibu bapa adalah guru yang pertama bagi setiap org yang lahir. Menjadi contoh yg sebaiknya. Apabila subuh menjelang, kamulah org pertama yg bangun. Dan mengejutkan yang lain.Bukannya, kamu teruskan tidurmu..Bangun diluar waktu solat. Kamu juga seharusnya mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Kalau kamu sendiri tidak pernah menyentuh Al-Quran, bagaimana kamu ingin menyuruh anak-anak? Begitu juga dgn sifat mazmumah. Kalau kamu tidak segan silu melakukannya, bagaimana kamu ingin melarang anak-anak? Contohnya kamu merokok. Bagaimana kamu mahu melarang anak-anak spy tidak merokok?


Lelaki sbg ketua..Ada juga masanya, seorang ketua perlu mendengar pendapat anak buah. Jangan terlalu berpegang kpd kuasa veto yg ada pada kamu. Kalau tidak, kedudukan kamu pasti tergugat sama sekali.




Bagaimana ingin mewujudkan keluarga bahagia?



1. Kamu harus berpegang pd agama.(Amal makruf, nahi mungkar)
2. Kamu perlu sentiasa peka dgn sensitivity anak2 dan isteri
3. Kamu harus mepunyai nilai kepimpinan dan tanggungjawab
4. Jangan terlalu egois (Kamu seorg bapa, suami tidak semuanya kamu betul).
5. Sentiasa ingin memajukan diri
6. Mempunyai sifat pelindung, bukan penghentam!
7. Menyediakan tempat tinggal yang elok sbg tempat berteduh untuk keluarga.
8. Kamu harus menanamkan nilai kasih sayang dalam diri anak-anak.
9. Kamu juga harus peka dgn keperluan anak-anak.
10. Kamu perlulah lebih aktif dalam keluarga kerana kamu seorang ketua.


Daripada:
XXXXXXXX

Aku bukan yg terbaik, cuma Aku ingin kamu mengerti...wahai insan yg bernama abg, ayah,adik-adik lelaki, dan juga lelaki yg berada di luar sana. Mengertilah.

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Dimanakah tanggungjawab seorang lelaki?

Hidup adalah pentas lakonan. Apabila kita membaca penceritaan-penceritaan,walaupun rekaan tp kdg2 ia sebenarnya satu kenyataan. Bukan niat aku nk buat sbrg ulasan.Tp, aku terpanggil untuk membahaskan berkenaan LELAKI.

Hisyy, geramnya bila mengenangkan lelaki2 yang tdak ada rs tanggungjawab. Kenapa dia begitu tegar meminta duit drpd ibu dan bapanya? Begitu tegar meminta duit drpd adik-adiknya? Apakah tdak ada rs tanggungjawabnya kpd keluarga?

Hinggakan nak mengambil kursus perkahwinan pun, dia meminta duit drpd adik2. Kalau mcmnilah rendah rasa tanggungjawabnya, adakah dia mampu menanggung anak dan isterinya kelak? Perlukah dia kpd perkahwinan. Sedangkan nafkah pun tdak mampu diberinya.. Xperlulah menggatal nak kahwin jika tiada kemampuan.

Tidak adakah secebis rasa malu kepada keluarga? Bukan senang menjadi seorang lelaki. Apabila menjadi seorang anak kepada seorang ibu. Maka, ibulah tempat yang pertama di dalam hidupnya..Sekali mengenepikan ibu, mengguris hati ibu, tanggunglah akibatnya..Allah terus bayar cash di dunia..Apabila menjadi seorang abang, adik2 adalah di bawahnya..Dia perlu menjadi contoh teladan kpd adik-adik, menjaga tingkah laku dan kebajikan adik-adik. Apabila menjadi suami dan bapa , dia harus prihatin kpd isteri dan anak-anak.

Jangan kerana keduniaan, kamu menjadi buta..ingatlah kamu diuji dgn harta benda, perempuan2, kuasa, dan bermacam2 lagi. Kerana hal yg demikian, kamu menjadi begitu egois.Pentingkan diri sendiri…Keluarga kamu tolak ketepi…Sedarkah kamu, bahawa kamu asalnya hanya dr setitis air mani yg kotor. Janganlah terus-terusan kamu membiarkan diri kamu menjadi kotor. Ingatlah, hadirmu sbg khalifah Tugas kamu adalah untuk memimpin. Bermula drpd sebuah institusi keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.

Bercakap pasal lelaki. Betul, Hawa itu dijadikan drpd rusuk kiri Adam.Tp, aku jadi keliru…Kenapa Adam sekarang banyak sangat yg tidak boleh mnjadi tmpat brgantungnya Hawa? Hai, dunia..dunia…Kenapalah payah sangat nk melihat seorang anak lelaki yang baik, soleh dan bertanggunjawab? Payah sngatkah nk menjadi contoh dan teladan kpd org2 yang sepatutnya diteladani?

Tidak semua lelaki spt itu. Cuma, jgnlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..Kepada lelaki2,jadilah seorang yang komited dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan.

Jadilah kamu muslim sejati..yg sbnrnya kamu rskan.Maka, kamu harus tingkatkan hidupmu..Spy aku ada rasa segan.dan hormat, seterusnya rasa taat kpdmu..Kamu adalah pemimpin kepada aku. Bukan org yg aku pimpin!

ps:LELAKI, jgnlah kamu mrh dgnku..Sebetulnya aku juga bnyak kekhilafan. Tegurlah aku.Aku bukan ingin mengajar kamu. Cuma, hanya ingin meluahkan apa yg terbuku dhati ini.Supaya kamu nanti tdak terus-terusan leka dgn khidupanmu sbg LELAKI.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

Skali skala xbalik rmh


Apabila aku di sini, aku hanya memegang amanah. Dan xpernah sekalipun aku terasa megah dgn apa yg aku ada..Dan xterniat pun di hatiku untuk berada di atas. Apatah lagi mnjadi org kanan guru besar.


Sampai ht cikgu perli2 aku mcmtu...aku baru cdg nak mintak balik awal dgn guru bsar. Sbb nk tumpang balik dgn housemate dekat dgn kg aku. Tp,bila dia main perli2.Ckp aku ni xpelah nk mintak balik awal pun. Kang jadi org kanan GB..Nah. Melekatlah aku kat umah sewa ni sorang2. Balik lak lewat dr kebiasaan. So, baik xpayah balik. Smpai kat bndar lewat bnyak risiko.. Aku xnak jd insiden mcm hr tu lg..serik! biarlah xdpt balik pun xpe..Asal selamat.


Hurm, aku kat sini xterniat pun nk tunjuk pandai.Tp, kalau ada org tanya. Selagi dlm pengetahuan aku. Aku xhampakan.aku jwb sebaik yg mungkin.Janganlah kata aku ni hanya pandai bercakap.Xsemestinya, bila kita bercakap semua bnda kita kena tahu..Aku ni hanya hamba yang kerdil. Yang memiliki sifat Alim itu hanya Allah! Semua dala pengetahuannya.. Aku mcm org lain gak. Xtahu, aku jwb xtahu. Kalau xphm aku tanya..


Heh!xpuasht lah ni.. sbb xleh balik rmh!Hurm,xpelah. Mcmlah xbiasa xbalik rmh. Dulu, setahun xbalik rmh, boleh jerr.Pastu sebulan xbalik rmh, pun okay jeee. Phm pulak. Ni bila dah dekat mcm ni, kalau boleh nak balik rmh je tiap2 minggu.. Amboi!Aku kna ingat gak masa2 dulu..Rindu rs kat org2 yang ada kat kl ngan Labuan. Biasalah tuu

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer