Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Pembuangan bayi

Pembuangan bayi boleh dikatakan hampir saban hari dikeluarkan dalam berita.Masalah social dikalangan remaja pada hari ini sangat membimbangkan.Apatah lagi, kejadian-kejadian yang berlaku banyak didedahkan di Terengganu. Negeri yang dahulunya rendah dari segi catatan masalah sosialnya. Tetapi, hari ini,kita dapat lihat, Terengganu sudahpun menjadi Negeri yang memalukan. Aku sbg rakyat Terengganu, amat kecewa dengan segala macam kerosakan yg berlaku di Negeri sendiri..

Yang pastinya, Semua ini menunjukkan betapa maruah remaja kita sekarang ini berada di tahap terendah! Sangat menjijikkan. Aku juga tidak tahu bagaimana lagi ingin mencegah masalah social yang berlaku pada hr ini. Banggakah wahai rakyat Terengganu dgn apa yg berlaku?

Kalau dulu H1N1 merebak dan kemudiannya beransur hilang. Tp, kini muncul lagi..Adakah kita semua tidak sedar dengan balasan Allah. Mahukah kita menjadi seperti kaum Thamud, kaum Add yg sebelum ini dilaknat Allah drpd muka bumi ini lantaran kekufuran mereka terhadap perintah Allah. Adakah kita mahu mengecewakan penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. Berbaloikah Nabi Muhammad S.A.W bermati-matian memperjuangkan Islam jika ini balasan kita, jika inilah akhlak yg kita tunjukkan?

Sedarlah wahai umatku dgn apa yg tlhpun berlaku..Jangan hanya berpeluk tubuh. Buatlah apa cara sekalipun demi menyedarkan muslimin dan muslimat keseluruhannya. Bila kita mengaku kita Islam, berpeganglah kpd ajarannya. Apabila kita mengaku Allah Tuhan kita, patuhilah ajaran dan larangan-Nya. Kita harus ingat,bahawa kemurkaan Allah S.W.T itu sangatlah besar. Jangan sampai kemurkaan Allah ditahap tertinggi baru kita nak insaf. Saat itu tiada gunanya lagi. Nasi sudahpun menjadi bubur, kerana kita tidak akan pernah mendapat kemaafan Allah lagi dan nerakalah tempatnya..

Disimpulkan, dr riwayat imam-imam dan hadis, Inilah antara org2 yg tidak dapat mencium bau syurga..

a) Org2 yg mengabai dan mensia2kan tangggungjawab yakni:-
(i) Tanggungjawab ibu bapa kpd ahlinya..Anak-anak terbiar tanpa didikan ibu bapa- Ibu bap abaca Quran hr2, tp anak huruf pun xkenal.Mak pakai tudung, anak2 lantaklah, ibu bapa ke masjid mengimamkan solat untuk org ramai, tp anak- entah kat disko mana? Begitulah juga dgn lagak sang suami yg mngabaikan tanggugjawab rohani terhadap isteri2 mereka..xsolat xpe,pakai baju nipis dpan khalayak pun xpe, dah dia yg belikan.…malah, cantik pula katanya. Ada ke patut?
(ii) Tanggungjawab imam terhadap makmum
(iii) Tanggunjawab ulamak terhadap umatnya
(iv) Tanggugjawab pemimpin terhadap rakyat.

b) Org yg mencari ilmu tp digunakan ilmunya untuk kepentingan duniawi semata
c) Org yg sering bertangguh untuk beramal…Contohnya,Nantilah, sampai seru baru pakai tudung.
d) Semua penderhaka
e) Peminum arak
f) Org yang suka memutuskan perhubungan silaturahim
g) Org2 yg sombong
h) Org2 yg berzina
i) Isteri yg minta diceraikan.

Oleh: Ust. Amaluddin Mohd Napiah


Nauzubillah. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan.
Oleh itu, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Amal makruf NAhi mungkar. Aku rasa terpanggil untuk menyatakan kekesalan lantaran banyaknya kerosakan akhlak dikalangan remaja yg dikatakan beragama Islam pada abad ini..



“Sampaikan olehmu walaupun satu ayat yakni yg membawa kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sama2lah kita beramal demi mencapai kehidupan d akhirat kelak.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

No comments: