Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Yang bernama hati

Duhai hati,
Kanapa harus bersedih?
Sedangkan saat kau berduka lara,
Tiada siapa yang mahu berkongsi,
Saat kau perlukan teman,
Tiada yang ingin menemani,

Duhai hati,
Mudah benar terguris,
Oleh satu kaca kata,
Yang menikam,
Lantaran, satu putusan,
Yang perlu di noktahkan.

Duhai hati,
Betul kau terasa sangat susah,
Tp, siapa yang peduli dengan kesusahanmu?
Siapa yang mengerti akan keperluanmu,
Tiada siapa2, bukan?

Lalu, Kenapa kau harus terasa berat dengan kesusahammu?
Seharusnya, kau tabah,
Sabar menempuhinya, sendirian.
Iya, sendirian..

Kerana, suatu saat, kau juga akan bersendiri,
Menuju alam kekal abadi,
Menunggu panggilan dr Yg Satu,
xperlu terkilan,
Andai ada yg xdapat Kau tunaikan,
Andai ada yang xdapat Kau miliki,


Duhai hati,
Kau resah dan gelisah,
Memikirkan masa depan,
Tp, siapa yang peduli dengan kegelisahanmu?
Lalu,sendiri lagi,
Sendiri bertemankan sepi,

Duhai yang bernama hati,
Mungkin sudah takdirmu,
Hadapi segenap ujian,
Tanpa siapapun yang sanggup bersama denganmu,
Sepantasnya, kamu perlu ingat,
Bahawa, kamu di sini hanya sementara,

Andai takdirnya, kau bersendiri,
Redhalah,
Kerana, kamu sebenarnya, masih ada Dia,
Dia yang selamanya di hati..
Tp, andai ada insan yg sudi mememani,
Syukurlah pada Dia,
Yg bisa memberi,
Seorang insan, sbg wasilah dr-Nya untuk-Mu,

Dia, yang memberi kau walau senafas udara,
Menyediakan meskipun seteguk air,
Menyediakan rezeki, walau dalam sekecil2 rezeki,


Duhai hati,
Kau harus percaya,
Allah tidak akan pernah mensia2kan hamba-Nya,
Dalam segenap sudut di dunia ini,
Dia sentiasa mengambil berat terhadapmu,
Sentiasa memerhatikan gerak langkahmu,
Selalu dapat membaca apa yang terlintas olehmu,
Seharusnya kau tahu, Dia sangat menyayangi hamba-Nya,


Kaulah di antaranya.
Hati-hati yang terpilih, olehnya,
Untuk menerima kesusahan demi kesusahan,
Kerana kesusahan itu adalah ujian,
Yang akan menjadi kekuatanmu,
Dalam menongkah arus kehidupan,
Yang tidak pernah berkesudahan,
Sehinggalah,
Kau diambil-Nya…

Dan aku,
Akulah yang memiliki hati itu,
Tidur xlena, Mandi x basah, Makan x kenyang,
Hati yang perlukan pengorbanan,
Hati yang perlu hadapi setiap kesusahan,

Lalu?
Hati ini, seharusnya ikhlas,
Dalam menerima setiap mehnah,
Yang diberikan oleh-Nya.

Dan seharusnya, hati ini,
Sedar,
Akan setiap aturan-Nya,
Akan tiba juga saatnya,
Muncul mentari gilang gemilang,
Menerangi kehidupan.
Yang suram dan kelam.

Bingkisan sendu,

Dr insan.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

1 comment:

Norhafiza said...

terharu aku membacanye....sedihnyer...huhuhuhu....