Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Hakikat sebuah kehidupan

Kematian, kegagalan, kehilangan dan kekalahan. Dan semuanya ini boleh menumpahkan airmata yang tersimpan.Itulah lumrah dalam kehidupan kita....Perlukah kita takut untuk bercakap mengenai mati..? Jawapannya, sudah tentu tidak. Jangan sesekali engkau takut untuk berbicara berkenaan mati kerana Setiap drpd kita pasti akan menemuiNya. Cuma lambat atau cepatnya kita pergi itu semua dalam pengetahuan Allah S.W.T.

Ya Allah,
Ampunkanlah aku atas setiap dosa dan noda..
Diri ini terlalu kerdil, dipandangan-Mu,
Terkadang kealpaan menghimpitku,
Terkadang aku lalai dalam menunaikan ibadat kpd-Mu,
Oh , betapa aku hamba-Mu yg lemah,

Aku tau kematian selalu meghampiriku..
Sebetulnya aku milikMu,
Bila2 saja kau berhak ke atas ku..
Mengambil aku semahu-Mu


Maka, Ya Allah, kupohon padaMu,
Ambillah aku apabila sudah tiba masa dan ketikanya,
Tetapi, Aku ingin kembali kpdMu dalam imanku pdMu,
Aku ingin pulang pd-Mu dengan hatiku padaMu,
Biarlah aku dalam rahmatMu,
Ambillah aku dalam redha-Mu...Tuhan.

Ya Allah,
Jangan kau palingkan htku drMu,
Aku ingin selalu dalam cintaMu,
Labuhkanlah cintaku pdMu,
Ya Rabb, penciptaku..
dan pencipta moyangku.. Adam dan HAwa,
Juga pencipta segenap yg ada di alam ini..
Semuanya dibawah penguasaanMU,
Aku kagum , Ya Allah.

Ya Allah, jauhkanlah aku drpda sifat yg kau murkai,
Dekatkanlah aku dgn sifat yg Engkau redhai.
Dan istiqomahkanlah aku dalam melakukan ibadat pdMu..
Tegarkanlah aku dlm meninggalkan larangan-Mu..
Aku ingin menjadi hamba yg taat padaMU.


YaAllah,
Jadikanlah aku sbg hambaMu yg sentiasa mendahulukan Ad-dinMu dalam apa jua keadaan,
Dan saatnya kematian itu menjelma...
putuslah hubunganku dgn segala yang ada didunia ini....
Maafkan aku atas segalanya.

Tp, mampukah kita menerima kematian insan-insan yang kita sayangi?? Biar apapun, saatnya kematian itu pasti menjelma...

Ingatlah bahawa , Allah lebih menyayangi mereka..Mampukah kita menerima sebuah hakikat kematian? Dan bagaimana harus kita jalani hidup kita tanpa mereka2 yang kita sayangi?Hargailah mereka yang kita sayang sebelum mereka meninggalkan kita..

Tabahkan hatiku dalam menerima setiap ujian dan dugaan dr-Mu,.Biar airmata darah sekalipun yang kluar.Yang pergi tetap pergi...Sesungguhnya panggilan Allah telah tba utk hamba -hamba yg disayanginya. Allah lebih menyayangi mereka dan Allah lebih berhak ke atas setiap milik-Nya. Berdoalah semoga mereka2 yang kita sayangi akan ditempatkan di Syurga Alllah S.W.T.
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

No comments: