Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

POKOKNYA, KEMBALI PADA ALLAH

Hidup ini umpama sebuah pentas lakonan...Pelbagai watak dan perwatakan. Penuh dengan persoalan dan pertanyaan. Mengapa,apa, bila, bagaimana, siapa??? Setiap pergerakan kita ada ketikanya duka dan gembira..Perjalanan yang panjang memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam mencapai klimaks kepada sebuah penghidupan.Memetik kata yg diambil dr blog seorang kwn, Jadilah seperti batu. Apabila dilontarkan ke dinding, ia akan melantun kembali....Jgn jadi seperti jeli, Apabila dilontarkan terus menusuk kedalam. Sangat mendalam erti disebalik kata itu....

Batu..Adalah sesuatu yang keras...Biar apa pun yang dilaluinya, tapi dia masih tetap seketul batu....Walaupun terkadang lekuknya dek hujan yang menimpa...Tp, xbermakna dia akan terus lemah...Teguhnya pada pendirian. Tahannya pada cabaran. Dan, akurnya pada istiqomah...Lihatlah, air hujan yang menimpanya...secara berterusan membuatkan dia akur... Pasrah pada takdirnya...Tp, dia tidak lemah. Dia masih seketul batu....Yg kuat dan tegar dalam menempuh setiap halangan demi halangan.

Dan, itulah juga batu yang berada nun jauh di dasar lautan..Iaitu karang(marjan). Biarlah kita menjadi sepertinya..Kuat! Demi menjadi sumber perlindungan kepada invertebrata yang lain. Dan batu bukan sebarang batu...Yang bukan mudah didapati melainkan hanya di air masin..Satu-satunya...walaupun kejap dgn pendirian, tapi masih boleh menerima hentaman.


Jeli...bentuk fizikalnya, walaupun kenyal ia sangatlah lembik..Sekali terlontar terus pecah berderai...Begitulah ibaratnya kita yang terlalu mudah jatuh. Hanya kerana satu kegagalan. Jeli...adalah satu bahan yg begitu lemah dalam menerima hentaman walaupun sekecil-kecil hentaman..Jangan jadi seperti Jeli. Apabila disakiti, berbekas selama-lamanya..Meninggalkan parut yang mendalam.

Inginkah kita menjadi seperti jeli....Apabila parut terlalu lama dibiarkan, lalu menjadi satu tompok yang hitam. Seperti sang rembulan..Tersorok di balik Awan...Bagaimana mungkin bumi disinari cahaya...?Bagaimana mungkin boleh menjadi faedah kepada yang lain.?Andai mendung selalu bertandang? Fikirlah dengan sebaik-baiknya..Biarkan matahari menunjukkan diri....
Cerahlah bumi...bila ia menampakkan diri..Kata orang,buang yang keruh ambil yang jernih...

Bermaknanya disini,apabila kita menjadi manusia....
Jadilah manusia yang tahan ujian. Sekali gagal bukan gagal selamanya.......
Dan setiap yang bernama hamba Allah tidak akan terlepas daripada sebarang ujian dan dugaan...
Allah itu maha adil...
Setiap ujian pula pasti ada hikmah di sebaliknya....
Apapun yang berlaku, yang pastinya kembalilah pada Allah.
Kalau kecewa, jangan biarkan diri hanyut oleh kekecewaan.
Kalau gagal, berusahalah sehingga dapat mencapai kejayaan....

Berserahlah pada Allah.

Allahlah segalanya dalam hidup jiwa2 yang bernama hamba....Membuatkan aku tersedar.
Jangan biarkan jiwa ini kosong tanpa ALLAH. Kita tidak pernah bersendiri...kerana kita ada Allah!
ALLAH MAHA BESAR!
Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

No comments: