Alunan zikir indah

Di Bawah SATU cahaya..



WHICH STARTED HERE!!~~LETS SEE!!~~

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Just Play it!

Andaiku pergi

KeredhaanMu..|||
Damba KasihMu|||

Setiap detik nafasku, sentiasa bersamamu, wahai bidadaraku,
suami yang ku kasihi.Ku mencintaimu kerana kamu
melabuhkan cintamu pada-Nya.

Sidratul-Muntaha(Antara ayat dalam surah Al-Najm)

(12) Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (13) Di sisi "Sidratul-Muntaha"; (14) Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".

(30) Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya. (31) (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.


42) Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; (43) Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan; (44) Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan.(45) Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim); (46) Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati); (47) Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;


(54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)? (55) (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu! (56) Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat); (57) Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara hari kiamat itu. (58) Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? (59) Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? (60) Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan? (61) Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu) dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

Nak kata apa2. Tulislah kat bawah tu yer

No comments: